WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PERHIMPUNAN SOKONGAN KEPADA NIZAR TANDA KITA SAYANGKAN RAJA-RAJA Posted: 10 Jun 2012 09:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APA salahnya kita adakan satu perhimpunan untuk menunjukkan kita setuju dengan YB Nizar yang berani menyatakan yang hak? Bukankah Islam mengajar begitu? Bukan tujuan perhimpunan untuk menunjukkan kita menderhaka kepada Raja, tetapi perhimpunan itu untuk kita nyatakan bahawa YB Nizar tidak bersalah. Masalahnya, adakah kita berani untuk membela YB Nizar? Atau, memang kita merasakan YB Nizar memang bersalah kerana menegur? Jadi, aku cadangkan satu perhimpunan dibuat dan tentunya lebih sesuai dianjurkan oleh PAS sendiri kerana YB Nizar adalah pimpinan PAS yang pernah jadi MB Perak sebelum `lanun' datang merampas. Sebagai rakyat yang cintakan kepada Raja, kita perlukan tokoh yang berani menegur Raja bukan orang yang hanya tahu membodek Raja. Anak yang baik akan tegur ayahnya jika ayahnya melakukan kesilapan. Sebagai contoh, ayahnya bermewah-mewah sedangkan anaknya tahu adik beradiknya ada yang tidak berkasut atau berbelanja untuk ke sekolah. Maka, anak yang baik pasti akan menegur ayahnya kerana tanda kasih anak kepada ayah. Sehubungan itu, sukar mahu diterima akal dan hukum perbuatan YB Nizar itu adalah derhaka jauh sekali menyalahi hukum Islam. Maka, kita perlu berani untuk menyatakan yang hak. Jika kita tidak berani, paling kurang kita wajib menyokong orang yang berani. Kalau kita tidak berani, menyokong orang yang berani menyatakan kebenaran pun kita tidak berani, bagaimana kita mahu memerintah negara ini dengan adil dan telus?/wfauzdin.blogspot.com |
PRU AKAN DATANG, WANITA CANTIK JANGAN MENGUNDI Posted: 10 Jun 2012 10:30 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AKU dah kata, bukan semua Menteri atau Presiden Parti ni cerdik-cerdik belaka. Kalau TPM pun bengap, pelik apanya menteri jadi baghal? Cuba baca kenyataan seorang tokoh politik yang termasuk di dalam golongan baghal yang aku sebutkan tadi, baca di SINI. Beliau berkata, perempuan-perempuan cantik tidak akan mengundi sekiranya sistem celup jari dakwat kekal dipraktikkan oleh SPR. Alasan beliau, perempuan-perempuan ini akan malu untuk bertemu dengan kekasihnya jika jari mempunyai kesan dakwat selepas mengundi. Lihat, ini bukan fitnah tetapi nilailah sendiri kenyataan dari pemimpin Bn tersebut. Kalau kita tidak sebut dia bodoh, kita mahu sebut apa lagi dengan hujah sedemikian rupa? Adakah kerana dihujung jari ada kesan dakwat maka kekasih akan lari meninggalkannya? Jika benar, ertinya perempuan itu tersilap memilih pasangan kerana kekasihnya hanya mencintai hujung jarinya semata-mata, dan lebih malang lagi kekasihnya itu pun mungkin tidak mengundi. Hakikatnya, majoriti golongan remaja yang sedang bercinta mereka kini menyokong PR. Ertinya, mereka telah bersedia untuk mengundi di dalam PRU akan datang bagi melihat Umno/Bn berkubur cepat. Maka, sekiranya remaja ini penyokong kuat PR, mereka mesti mahu memastikan pasangannya juga turut mengundi PR. Oleh itu, sekiranya remaja ini melihat di hujung jari kekasihnya ada tanda dakwat susah tentu beliau berbangga. Seandainya pula kekasihnya itu tiada tanda dakwat, ertinya kekasihnya tidak mengundi samada tidak cukup umur mahu pun tidak berminat untuk mengundi. Melihat kepada situasi sekarang di mana golongan remaja majoritinya menyokong perubahan yang ingin dibawa oleh PR, sudah tentu mereka akan marah sekiranya pasangannya tidak mengundi. Tetapi, pemimpin Bn ini berfikir di luar kotak kebijaksanaan dan tidak melihat situasi sekarang. Otaknya masih berada di zaman kuno lagi. Di zaman orang semua bercakap soal ketelusan pilihanraya, pemimpin ini bercakap soal berkasih-sayang. Aku harap SPR tidak menjadikan alasan bangang ini untuk membatalkan sistem mengundi menggunakan dakwat kekal ini. Cukuplah dahulu mereka menipu dengan memberikan alasan keselamatan untuk tidak menggunakan sistem ini./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan