RAKYAT MARHAEN |
- 'Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas' -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus
- Peserta Felcra tuntut janji
- Tanah sekolah ke JKKK: Mahkamah benar semakan kehakiman
- Aktivis dedah isu JKM terima ugutan bunuh
- Adakah Pusat Zakat Tu Milik UMNO..!!!!
- Umno MP says Anwar wanted bloodshed and death at Bersih rally
- NAILED! Musa Aman’s lies countered by Swiss UBS Bank in COURT EVIDENCE
- Siapa pemimpin diam yang dimaksudkan Muhyiddin?
- Tiada rakyat, tiadalah raja, titah Sultan Johor
- 11 Jun 2012 - Soalan No 2. Isu BERSIH 3.0 - 2 Org Polis didakwa
- Dakwaan jual maklumat sulit, SAMM buat laporan polis
- Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM
- Akhbar Umno bebas, Nizar jadi kambing hitam?
- Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap LGE
- WWW1 : Bertuahnya Proton
- Biar akhbar berbicara...siapa hina Raja Melayu
- MB: Nafi tidak ambil serius selesai isu stadium runtuh...."Semua Pihak Bersalah, Tapi Tiada Yang Betul-betul Bersalah"
- Allahhuakbar !!! Hidup Melayu !!!,. mana lebih baik?
- BR1M Akhirnya Jadi Program Beli Rakyat Satu Malaysia
- Aik! Belum bubar lagi?! Aduh!
- PRU 13 : Di Johor memang ada perubahan
- Dialog Anak Kelantan Di Perantauan Bersama YB Dato' Hj. Husam Musa
- Dialog Anak Kelantan Di Perantauan Bersama YAB Tok Guru Menteri Besar
- 14 KALI GANGGU CERAMAH PAS!!! Polis tidak halang, Ceramah PAS tetap penuh, Ceramah UMNO terus kosong
- Daftar Pemilih Masih Boleh Dibawa Ke Mahkamah
'Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas' -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus Posted: 10 Jun 2012 08:55 PM PDT Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas. Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid. Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. "Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jun 2012 08:52 PM PDT Wakil peserta, Zainal Salleh,72, kesemua peserta mula menyertai rancangan Felcra pada 1991 dan memeterai perjanjian dengan Felcra untuk dianugerahkan tanah pajakan milik Kerajaan Negeri sebanyak dua hektar setiap seorang bagi mengusahakan tanaman sawit. Bagaimanapun, kesemua peserta baru menyedari jumlah keluasan tanah yang diperoleh hanya 1.44 hektar dan kekurangan 0.66 hektar daripada syarat yang termaktub dengan perjanjian. |
Tanah sekolah ke JKKK: Mahkamah benar semakan kehakiman Posted: 10 Jun 2012 08:51 PM PDT KUALA TERENGGANU: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu Datuk Mohd Yazid Mustafa telah menolak bantahan pihak Peguam Negara yang menentang permohonan Darul Bayan Development Sdn Bhd (DBDSB) bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman (judicial review) untuk mencabar keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Trengganu dan 2 yang lain iaitu Responden di dalam kes tersebut. Read More / Baca Lagi >>Dengan keputusan ini, Mahkamah semalam membenarkan permohonan sekolah agama itu (gambar) untuk mencabar keputusan sebelum ini yang menghalang mereka mencabar perampasan tanah mereka dan diberikan kepada JKKK. |
Aktivis dedah isu JKM terima ugutan bunuh Posted: 10 Jun 2012 08:42 PM PDT Aktivis NGO Muhammad Khairul Hafiz Abdullah yang mengetengahkan isu taraf kewarganegaraan individu lepasan pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa menerima ugutan bunuh. Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai "Angkatan JKM" membuat ugutan itu melalui panggilan telefon. "Dia hubungi sebanyak tiga kali pada dua, tiga hari lepas. Tiada nombor yang keluar. Dia pakai nombor private (yang tidak tertera). "Dia cakap lagi kalau tak hentikan pendedahan, dia akan ambil tindakan. Dia cakap, dia tahu mana saya bekerja, anak saya bersekolah semua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Adakah Pusat Zakat Tu Milik UMNO..!!!! Posted: 10 Jun 2012 08:38 PM PDT Kereta jenazah yg parking di masjid al-kauthar,sumbangan Pusat Zakat negeri Sabah.. Ngapa pula diletak logo umno di situ? Pusat Zakat yg sumbangkah atau umno yg sumbang? atau Pusat Zakat Sabah ni umno sabah yg punya? atau umno keliru dan tak tahu nak beza,mana satu harta parti dia orang dan yang mana satu harta kerajaan dan rakyat? atau mmg stail umno ni menganggap semua harta kerajaan dan rakyat ni macam harta dia orang juga? |
Umno MP says Anwar wanted bloodshed and death at Bersih rally Posted: 10 Jun 2012 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR, June 11 — An Umno federal lawmaker accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of planning bloodshed and death at the April 28 Bersih rally that descended into chaos when violence erupted between police and demonstrators calling for free and fair elections. Read More / Baca Lagi >>Sri Gading MP Datuk Mohamad Aziz said in Parliament today that the opposition leader had given orders for protestors to breach the barricade around Dataran Merdeka, which the court had barred the public from over the weekend, and then "left them to be victims." "Permatang Pauh wanted bloodshed and death. He gave the signal but then he ran. Those who were victims were being used by the opposition," the Tabung Haji director said. The two-term MP said this after Anwar asked whether the government "was letting the higher-ups go scot-free" and stopped at just charging two low-ranking police officers for brutality against protestors. But Mohamad said it was Anwar who had caused the violence as police had allowed demonstrators to gather peacefully from the eve of the planned sit-in until the PKR de facto leader arrived at the historic square. |
NAILED! Musa Aman’s lies countered by Swiss UBS Bank in COURT EVIDENCE Posted: 10 Jun 2012 08:23 PM PDT However, we now challenge him to name the Swiss bank UBS AG liars as well, because their submissions to a current court case in Singapore confirm our evidence! In a sworn statement UBS AG declares that money was indeed paid to Musa Aman's own sons from a series of accounts that had received huge sums from logging concerns. The bank names the very accounts and payments that we referred to in our original reports, proving that the documents in our possession are not forgeries. Rather they are genuine bank statements. Read More / Baca Lagi >> |
Siapa pemimpin diam yang dimaksudkan Muhyiddin? Posted: 10 Jun 2012 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Siapakah yang dipersalahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila berkata Barisan Nasional kini berhadapan dengan publisiti negatif, dan menyeru para pemimpin berkenaan untuk berani dan menjawab segala dakwaan yang ditimbulkan. Read More / Baca Lagi >>Di majlis Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan semalam, walaupun Muhyiddin menyalahkan pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka menyebarkan dakwaan secara bijak dan luar biasa sehingga timbulnya persepsi buruk pada BN, tapi secara tidak langsung beliau turut menyalahkan para pemimpin BN yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan oleh pembangkang. |
Tiada rakyat, tiadalah raja, titah Sultan Johor Posted: 10 Jun 2012 08:18 PM PDT Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda. Suasana di perkarangan istana semalam yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada 'Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor' itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin. "Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan 'Daulat Tuanku' oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (Gabung) itu. Read More / Baca Lagi >> |
11 Jun 2012 - Soalan No 2. Isu BERSIH 3.0 - 2 Org Polis didakwa Posted: 10 Jun 2012 08:08 PM PDT |
Dakwaan jual maklumat sulit, SAMM buat laporan polis Posted: 10 Jun 2012 08:06 PM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membua laporan polis berhubung dakwaan penjualan dokumen maklumat keselamatan negara berkaitan pembelian kapal selam scorpene, kata Pengarah Sekretariat SAMM Kebangsaan, Zulkifli Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> |
Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM Posted: 10 Jun 2012 08:05 PM PDT Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan konon Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan jadi perdana menteri sementara adalah tidak benar kerana pakatan tidak pernah bercadang untuk menjadikan kerusi itu jawatan bertempoh dan ditukar antara pemimpin PR. |
Akhbar Umno bebas, Nizar jadi kambing hitam? Posted: 10 Jun 2012 08:04 PM PDT IPOH: Pemuda Umno dan media Umno perlu jangan pilih kasih dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo. Read More / Baca Lagi >>(Himpunan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor) Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat www 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya di bawah ini. Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya melalui berita di bawah. Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya. |
Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap LGE Posted: 10 Jun 2012 08:02 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain. Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini. Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jun 2012 07:28 PM PDT |
Biar akhbar berbicara...siapa hina Raja Melayu Posted: 10 Jun 2012 07:15 PM PDT BIAR KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA...BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI PENCERAHAN MINDA....SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU...Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jun 2012 07:04 PM PDT KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak ambil serius dalam menyelesaikan isu stadium runtuh sehingga kini masih belum selesai. Menurutnya, kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM14 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beliau juga telah meminta JKR supaya mempercepatkan proses mengeluarkan tender agar dapat diselesaikan dengan segera. Namun katanya, pihak JKR meminta tempoh sehingga Ogos bagi menyiapkan proses tender. Read More / Baca Lagi >> |
Allahhuakbar !!! Hidup Melayu !!!,. mana lebih baik? Posted: 10 Jun 2012 06:47 PM PDT Dalam satu forum kelolaan Sinar bari-baru ini, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria mendakwa ungkapan "Takbir" !! dan disambut dengan "Allahhuakbar" oleh ahli-ahli PAS adalah tidak wajar, kerana tak kena tempat ,..katanya. Duhai Tok Mufti yang bijaksana! Anda jangan berprasangka buruk! Orang PAS tak akan sebut dan tak pernah sebut ungkapan "Allahhuakkbar" di dalam tandas! di stesyen bas, di pasar malam, di majlis harijadi atau dimana-mana konsert konsert termasuk pesta tarian k-pop. Orang PAS itu jiwa dan rohnya Islam, tidak sejahil orang Umno. |
BR1M Akhirnya Jadi Program Beli Rakyat Satu Malaysia Posted: 10 Jun 2012 06:44 PM PDT Oleh Shahbudin Husin Tmbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilaporkan telah membentangkan kepada kabinet agar program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan bawah RM3000 diberikan lagi untuk kali kedua. Kemudian Najib telah menyambut saranan itu dengan berkata, kerajaan sedia menimbangnya demi kepentingan rakyat yang didapati banyak terbeban dengan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang meningkat. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jun 2012 06:42 PM PDT Oleh SELENA TAY Bulan lalu pada masa perhimpunan ahli dan penyokong Umno di Stadium Bukit Jalil, Perdana Menteri Najib Tun Razak nampak sangat beriya-iya hendak membubarkan Parlimen. Tetapi hingga kini, Parlimen masih belum dibubar lagi. Situasi ini disebut sebagai 'kes acah saja'. Amat bijak PM Najib berpolitik sehingga pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat terpinga-pinga pula. Kelam-kabut Pakatan dibuatnya Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 : Di Johor memang ada perubahan Posted: 10 Jun 2012 06:39 PM PDT "Tidak lama dahulu Timbalan perdana Menteri meminta PAS serang kubu kuat umno/BN Johor. Kini Ketua pergerakan pemuda umno Khairy Jamaluddin imengalu-alukan pembangkan untuk menyerang Johor. Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Read More / Baca Lagi >> |
Dialog Anak Kelantan Di Perantauan Bersama YB Dato' Hj. Husam Musa Posted: 10 Jun 2012 06:28 PM PDT |
Dialog Anak Kelantan Di Perantauan Bersama YAB Tok Guru Menteri Besar Posted: 10 Jun 2012 06:27 PM PDT |
14 KALI GANGGU CERAMAH PAS!!! Polis tidak halang, Ceramah PAS tetap penuh, Ceramah UMNO terus kosong Posted: 10 Jun 2012 06:25 PM PDT Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke. Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang. Read More / Baca Lagi >>PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita. |
Daftar Pemilih Masih Boleh Dibawa Ke Mahkamah Posted: 10 Jun 2012 06:21 PM PDT SHAH ALAM, 11 JUN: Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih boleh dicabar di mahkamah kerana daftar pemilih terbaru masih belum digazetkan lagi. Demikian beritahu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada TVS ketika ditemui di Dewan Siviks MBPJ, Petaling Jaya semalam. "Ia boleh dilakukan kerana daftar pengundi baru yang ada telah wujud banyak bantahan, yang ini belum digazetkan lagi. Saya ingat ini dapat dilaksanakan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan