Kelab Greenboc |
- Imej Polis Terus Tercemar: Dua Kes Konstabel Lakukan Jenayah
- [GEMPAR] Bapa Lee Chong Wei 2 Kali Cuba Bunuh Diri
- Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma - MB Selangor
- [BONGKAR] Akta Kesalahan Pilihanraya Dipinda Untuk Lindungi Penipuan SPR
- TERKINI: Dua MP BN Sertai PKR
- Nurul Izzah Akan Bawa Isu Kontrak RM30 juta Syarikat Milik Anak Nong Chik Ke Parlimen
- Sam D’lloyd, Penyanyi "Keagungan Tuhan" Kembali Ke Rahmatullah
Imej Polis Terus Tercemar: Dua Kes Konstabel Lakukan Jenayah Posted: 11 Jun 2012 12:07 AM PDT Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokap KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu. Gambar: Mohd Shahrul Izuairi menutup mukanya mengelak daripada wajahnya dirakam media selepas di bawa keluar dari mahkamah semalam. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di sel lokap berkenaan. Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen. Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah. Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali. Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini. Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media. -SH
|
[GEMPAR] Bapa Lee Chong Wei 2 Kali Cuba Bunuh Diri Posted: 10 Jun 2012 10:05 PM PDT Polis halang bapa Chong Wei terjun GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas. Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth. Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. -hm Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang |
Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma - MB Selangor Posted: 10 Jun 2012 07:03 PM PDT Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor. Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri. "Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat. "Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau. Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini. "Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya. "Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu. "Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi. Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat. "Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti. "Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. -selangorku Rafizi desak Khaled Nordin minta maaf |
[BONGKAR] Akta Kesalahan Pilihanraya Dipinda Untuk Lindungi Penipuan SPR Posted: 10 Jun 2012 03:57 PM PDT Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak. "Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan. "Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka. "Selepas itulah kerajaan BN membuat pindaan undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya supaya daftar pengundi tidak boleh dicabar. "Kita memang tak boleh terima undang-undang ini kerana mana boleh undang-undang digunakan untuk melindungi penyelewengan seperti mana dalam daftar pemilih SPR itu," ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang. Ketika menyentuh ruang tindakan yang ada bagi samada bagi Kerajaan Selangor, parti politik atau orang awam terhadap penipuan dalam daftar pemilih SPR, beliau berkata ruang untuk berbuat demikian masih ada dengan membuat kajian lebih mendalam. Sivarasa turut menolak pandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil tindakan saman terhadap SPR dan Kerajaan Pusat. "Dalam isu sekiranya daftar pemilih SPR terbukti tidak bersih, pengundi dan parti politik lebih baik kemukakan saman, tetapi Kerajaan Selangor juga boleh sebab ia berbeza dengan prinsip saman fitnah. "Kalau dalam saman fitnah memang badan kerajaan tidak boleh kemukakan saman fitnah kepada individu, pengamal media atau mana-mana pihak yang mengkritik badan awam itu," katanya lagi. -selangorku Ulasan GB Seperti yang GB ulas sebelum ini, kita sudah tiada pilihan lain. Sekarang ini mari sama-sama kita berdoa agar Allah menurunkan pengajarannya kepada SPR, JPN, SPRM, PDRM, JPM dan lain-lain yang melakukan kerja-kerja khianat untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang. Setelah tuntutan kita supaya daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat task-force pemberian Mykad kepada warga asing tidak diindahkan, maka tiada pilihan lain, selain mengadu kepada Allah swt supaya semua perancangan mereka digagalkan dan mereka diberikan pengajaran sewajarnya untuk tidak berlaku khianat kepada rakyat. |
Posted: 10 Jun 2012 08:32 AM PDT Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi. Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran. Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi. "Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily. Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu. Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang. Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA). Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama. Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu. Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing. Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya. Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. -KD akan dikemaskinikan |
Nurul Izzah Akan Bawa Isu Kontrak RM30 juta Syarikat Milik Anak Nong Chik Ke Parlimen Posted: 10 Jun 2012 06:03 AM PDT Isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan dibawa ke sidang Parlimen. Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada TVS ketika ditemui di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya semalam. "Nilainya RM30.8 juta, tender terus kepada syarikat bernama Istijuara Sdn Bhd, ini tentunya timbulkan banyak persoalan, tetapi kita akan bawa ke parlimen, tentunya," katanya. Menurut Nurul Izzah, isu ini akan dibawa ke parlimen kerana ia menyentuh kepentingan dana kerajaan dan rakyat negara ini. "Tentunya perkara sebegini yang kita mahu elakkan dalam bercakap tentang reformasi politik, reformasi mengembalikan ekonomi demi rakyat, bukan untuk segelintir kroni dan anak-anak mereka," katanya lagi. Sebelum ini, beberapa blog dan media portal melaporkan pada 2010, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30.8 juta kepada Istijuara bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Anak perempuan Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik, merupakan pemilik kepada Istijuara. Disertakan beberapa dokumen rasmi sebagai bukti, Istijuara juga dikatakan hanya diberikan surat tawaran projek setelah projek tersebut hampir siap sepenuhnya pada Ogos 2010, sedangkan projek itu telah diberikan pada 2006 lagi. -selangorku klik untuk baca |
Sam D’lloyd, Penyanyi "Keagungan Tuhan" Kembali Ke Rahmatullah Posted: 10 Jun 2012 04:06 AM PDT Tiada lagi alunan mendayu Cinta Hampa mahupun Oh Di Mana daripada Sam berikutan kematian vokalis utama kumpulan D'lloyd itu, pagi semalam. Sam, yang nama sebenarnya Syamsuar Hashim, 64, mengidap penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dirahsiakan selama ini, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia, sekitar jam 9.15 pagi waktu Malaysia. Berita kematian Allahyarham dimaklumkan kepada Metro Ahad oleh sahabatnya, komposer Richard Kyoto yang turut menziarahi jenazah Sam di kediaman kakaknya sebelum dikebumikan di Tanah Kuasir, Jakarta. Richard, komposer lagu Kasih, menyifatkan sahabatnya itu seorang yang memendam rasa kerana di sebalik wajahnya yang sentiasa senyum, ramai di kalangan ahli keluarga, teman dan peminat tidak menyedari penyakit kanser paru-paru Allahyarham sudah di peringkat serius. "Saya terkejut apabila diberitahu penyakit kanser Allahyarham sudah sampai tahap empat. Hairannya bila bertemu, beliau tidak pernah menceritakan perihal penyakitnya itu. Sedih saya mengenangkannya tetapi bersyukur dapat menziarahi jenazahnya," katanya. Kumpulan D'lloyd turut dianggotai Bartje Van Houten selaku pemain gitar dan ketua kumpulan, Yuhanny Fatmarida Susilo, Chairul Daud, Candra Casmala dan Ucep Tekol. Lagu lain dipopularkan D'lloyd seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia. Di kalangan anggota D'lloyd, Sam dilihat agak misteri kerana statusnya yang hidup membujang. Bagaimanapun, kata Richard, seingatnya Allahyarham pernah berkahwin dengan seorang perempuan Singapura tetapi jodoh tidak panjang dan mereka juga tidak dikurniakan zuriat. D'lloyd yang ditubuhkan pada 1969, antara kumpulan muzik berpengaruh di rantau ini pada era 1970-an, julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 1978 di Stadium Negara. Sekitar awal 1990-an, Harian Metro membawa D'lloyd untuk satu persembahan khas manakala konsert terakhir D'lloyd di sini, pada 6 hingga 8 Mei tahun lalu di Istana Budaya melalui persembahan Semalam Di Malaysia, bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais. Ketika sidang akhbar, Sam membuatkan pihak media terharu apabila dia tiba-tiba sebak hingga mengalirkan air mata. Kesedihan itu diperjelaskan Sam betapa jiwanya tersentuh mengenang walau sudah setengah abad peminat di Malaysia masih mengagumi D'lloyd. Apa yang pasti air mata Sam itu, petanda salam perpisahan kepada peminat Malaysia untuk tidak bertemu kembali. -MA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan