Isnin, 4 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ALAHAI MAHATHIR KU SAYANG......

Posted: 04 Jun 2012 10:04 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HIMPUNAN HIJAU Menuju Putrajaya bukan sahaja membuatkan perut Najib jadi kecut, bahkan mantan PM yang sudah pencen Mahathir Kutty pun terasa mahu tercirit dibuatnya.  Maka, Mahathir Kutty pun berkata jumlah yang hadir di Stadium Darul Aman sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya itu sebenarnya dibeli, dan mereka itu semua bukan pengundi untuk menentukan kemenangan PR atau PAS.  Baca di SINI.




Jika mereka itu bukan pengundi PAS/PR, ertinya yang hadir ratusan ribu itu adalah pengundi Umno/Bn?  Jangan ketawa dengan komen orang tua tersebut kerana kita sedia maklum faktor usia dan faktor tekanan membuatkan doktor ini membuat kenyataan sedemikian rupa.  Bukan mudah untuk menghadapi tekanan apabila membayangkan jika PR memerintah negara ini, beliau mungkin akan mencipta sejarah berada di kandang mahkamah.  Beliau juga terbayangkan nasib Hosni Mubarak sekarang ini yang jatuh sakit secara tiba-tiba apabila kuasanya hilang.  Amat berat tekanan yang dihadapi oleh Mahathir Kutty, dan anaknya selaku pemegang saham terbesar Syarikat Arak di Filipina tidak mampu membantunya lagi.

Benarlah, yang berhimpun di Stadium Darul Aman baru-baru ini bukan hadir untuk mengundi, wahai Mahathir Kutty.  Begitu juga yang hadir di Hari Himpunan Belia sambil menyaksikan punggung-punggung Wanita Korea baru-baru ini pun bukan hadir utuk mengundi.  Mereka semua akan mengundi apabila Najib umumkan pembubaran Parlimen.  Tapi bila?  Ada yang berkata, selagi Najib tidak jumpa `telor' selagi itu lah Parlimen tidak akan dibubarkan.  Kita pakat-pakat tunggu sahaja Menteri Wanita ini jumpa apa yang dicarinya.

Jelas, Himpunan Hijau di Kuantan, Himpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya sudah cukup buat pemimpin Umno tidak tidor lena malam.  Sebab itulah, program-program ceramah kita mereka selalu bikin kacau kerana daya berfikir pemimpin mereka hampir `zero' sekarang ini.  Apa yang penting, tingkatkan tekanan ke atas mereka dan terus bekerja kuat./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: