Kelab Greenboc |
- Kenyataan "Hidup Mati" Bukti Nyata BN Sudah Goyah
- Tindakan Menteri Kesihatan Bida Plat WWW15 Guna Wang Rakyat Dibidas
- [PINCANG] Dua Anggota Panel Siasatan BERSIH 3.0 Tarik Diri
- [VIDEO] WWW1: Pemuda PAS Perak Kesal Polis Berat Sebelah
- [BONGKAR] Helah SPR Untuk Tambahkan Lagi Pengundi Untuk BN Rampas Selangor
- [DEDAH] Rakyat Ditipu Dengan Subsidi Petrol
- Negeri Pakatan Rakyat, Kedah: Pencapaian Cemerlang Dalam 3 Tahun
- [Flashback Video] Azman Dan Suwandi Tidak Bersalah - Hakim
Kenyataan "Hidup Mati" Bukti Nyata BN Sudah Goyah Posted: 05 Jun 2012 01:01 AM PDT Pakatan Rakyat (PR) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) penentu hidup mati Barisan Nasional (BN) dengan sendirinya menggambarkan ia semakin kurang sokongan dan peluang untuk mendapatkan semula negeri-negeri di bawah perikatan itu agak mustahil. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan rakyat kini lebih pandai menilai pihak yang dapat menawarkan kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan hak rakyat. "Golongan muda pada masa sekarang sudah pun berfikiran matang dan terbuka untuk memilih pemimpin yang boleh perjuangkan hak rakyat walaupun ada segelintir masih lagi dalam pemikiran lama. "Hal ini boleh dilihat dengan penglibatan golongan muda kepada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang diadakan baru-baru ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Sinar Harian. Beliau baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di Johor dalam misi PR bertapak di negeri selatan Semenanjung itu. Kelmarin, Muhyiddin berkata PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN. Sehubungan itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, setiap anggota jentera parti itu perlu memberi keutamaan kepada setiap kerusi yang ditandingi pada pilihan raya tersebut. "Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita," katanya di ibu negara. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, apa yang boleh membahayakan parti itu ialah apabila anggotanya terlalu yakin mampu memenangi pilihan raya dengan mudah. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, hidup mati BN adalah bergantung kepada Umno semata-mata kerana dua komponen BN, MIC dan MCA sudah lama hilang kuasa dan sokongan rakyat. "Parti kompenan BN, sudah makin lemah dengan kurangnya sokongan rakyat kepada parti MIC dan MCA. "Sekarang Umno dilihat jadi penggerak utama kepada BN dan usaha untuk mendapatkan semula kerusi dilihat makin sukar tanpa sokongan yang kuat terhadap dua parti kompenan BN yang lain," kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan. Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menunjukkan mereka masih belum yakin untuk menghadapi PRU13. "Kita masih belum tahu siapa pemerintah kelak, kenyataan BN adalah kenyataan biasa dan mereka mungkin masih tidak yakin untuk itu," kata Seng Giaw. -SH |
Tindakan Menteri Kesihatan Bida Plat WWW15 Guna Wang Rakyat Dibidas Posted: 04 Jun 2012 11:09 PM PDT Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti. Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka. Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya. Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan. "Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan. Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis. Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah. "Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi. Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah. "Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya. Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat. "Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau. Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini. "Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi. Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar. Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan. "Inikah mentaliti menteri yang ada? "Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu. "Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi. -hd Menteri pertahan bida RM24,200 untuk WWW15 |
[PINCANG] Dua Anggota Panel Siasatan BERSIH 3.0 Tarik Diri Posted: 04 Jun 2012 09:03 PM PDT Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang diadakan akhir April lalu, telah memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai panel tersebut. Mereka ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim (kiri) dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah (kanan). Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, Shim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa. "Kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini," katanya. Pembentukan panel itu diumumkan oleh kerajaan awal bulan lalu. Selain Shim dan Medan serta Hanif sebagai pengerusi, anggota lain panel terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan dan ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail. Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan pelantikan Hanif sebagai pengerusi panel tersebut. Bagaimanapun Hanif mempertahankan bahawa beliau akan bertindak secara profesional sebagaimana telah diperlihatkan sebelum ini. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel itu akan diberi kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka. Katanya, beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan. "Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini. "Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya. Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku. Beliau berkata pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Terma rujukan (TOR) panel itu yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan sebahagian daripadanya menjurus kepada insiden keganasan polis terhadap perusuh termasuk juga petugas media yang turut dikasari pihak berkuasa terbabit. Antara TOR yang menjurus kepada pihak polis tersebut adalah untuk memastikan sama ada penguatkuasaan agensi-agensi mematuhi prosedur perundangan dan tindakan setiap masa terutamanya ketika penggunaan kekerasan, gas pemedih mata, dan meriam air. Antara terma rujukan lain berkaitan polis adalah untuk menyiasat sama ada terdapatnya keganasan fizikal secara rawak digunakan pihak polis terhadap orang awam dan petugas media, menyiasat sama ada terdapatnya rampasan tidak mengikut undang-undang terhadap gambar dan rakaman video dan peralatan mereka dimusnahkan. Selain itu panel juga menyiasat sama ada terdapatnya antara mereka yang ditangkap tidak menurut lunas perundangan dan mengalami kecederaan serius semasa dalam tahanan polis, dan juga menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam menghormati peserta dan kawalan perhimpunan berdasarkan cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Selain itu, berdasarkan TOR, panel juga akan mengadakan penyiasatan terhadap penganjur perhimpunan Bersih 3.0. -SH Ulasan GB Awal-awal sudah pincang sekaligus menggugat integriti dan kredibiliti panel siasatan perhimpunan BERSIH 3.0 yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Haniff Omar. Awal-awal lagi juga rakyat sudah pertikaikan perlantikan Hanif sebagai pengerusi panel. Dengan penarikan diri dua anggota panel berkenaan, maruah Menteri KDN, Hishamuddin Tun Hussein tercalar sama kerana beliau lansung tidak mengindahkan bantahan rakyat terhadap perlantikan Hanif. Tetapi seperti kebanyakan pemimpin UMNO yang lain, mereka ini jenis tak bermaruah, sekalipun menyedari rakyat telah menolak mereka, tetapi masih terus dengan keputusan mereka dan tidak melayan bantahan rakyat. Maka hukum kebenaran dan keadilan: rakyat tidak akan melayan mereka dan apa juga keputusan mereka. Air di hilir tidak akan jernih jika sudah keruh di hulu. |
[VIDEO] WWW1: Pemuda PAS Perak Kesal Polis Berat Sebelah Posted: 04 Jun 2012 06:12 PM PDT Dewan Pemuda Pas Perak hari membuat satu laporan polis berikutan sikap berat sebelah Polis Diraja Malaysia yang enggan mengambil tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengeluarkan artikel dan sebuah karikatur yang mempersendakan pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk mensabitkan Dato Seri Nizar Jamaludin berikutan mesej yang disiarkan didalam Twitternya. Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis, Ipoh, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak berkata, beliau hairan mengapa polis hanya mengambil tindakan terhadap mesej Twitter yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Dato Seri Nizar, sebaliknya tidak berbuat apa terhadap laporan Kosmo "Mungkin tdak ada siapa-siapa dari PDRM yang membaca Kosmo!" tambah beliau. Pemuda PAS Perak berharap agar pihak polis lebih professional dalam tindakan mereka dan tidak melakukan tindakan terpilih dalam menangani isu ini. Ketika ditanya tentang pendirian Pemuda PAS Perak tentang isu ini, Dr. Raja Ahmad memberitahu, Pemuda Pas Perak sentiasa berpihak kepada rakyat Johor terutamanya yang membabitkan kepentingan rakyat Johor. "Teguran Dato Seri Nizar adalah bersifat umum kalau dibandingkan dengan tindakan Umno yang memperlekehkan institusi Raja pada tahun 80an dulu. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pemimpin Umno yang jelas menjatuhkan martabat Raja, tidak ada tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengulas dengan panjang lebar, tetapi tindakan diambil terhadap Dato Seri Nizar? " jelas beliau. -media perak Ulasan GB GB pernah mendedahkannya sebelum ini di SINI. Petikan: Begitu tangkas polis menyiasat apa-apa hal yang ada kaitan dengan pemimpin PR, tetapi lemah gemalai malah dalam banyak ketika membisu terus jika ia melinatkan UMNO BN. |
[BONGKAR] Helah SPR Untuk Tambahkan Lagi Pengundi Untuk BN Rampas Selangor Posted: 04 Jun 2012 05:03 PM PDT Selangor catat pengundi belum daftar tertinggi, kata SPR KUALA TERENGGANU, 4 Jun — Selangor mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata hari ini. Secara keseluruhan, masih terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih daripada 16.5 juta yang layak di seluruh Negara, katanya. "Kita dapati negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan turut tidak terkecuali, masih ramai yang layak belum mendaftar. "Bagaimanapun saya kagum dengan Terengganu, iaitu antara negeri yang berjaya mencatat jumlah pengundi belum daftar yang kecil dengan hanya sekitar 46,000 orang sahaja," katanya. Wan Ahmad berkata di Johor terdapat hampir 500,000 belum mendaftar sebagai pemilih, manakala di Kuala Lumpur 350,000 dan Kelantan 200,000 orang. "Kita harap mereka mendaftar segera bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab untuk negara," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata daripada hampir 13 juta pemilih berdaftar, dua juta adalah pengundi baharu yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum akan datang, yang mana 35 peratus adalah belia di bawah usia 35 tahun. Mengenai pemilih di Terengganu, Wan Ahmad berkata kira-kira 100,000 daripada 611,583 pengundi adalah mereka yang baharu mendaftar. Wan Ahmad turut mengingatkan pemilih agar menyemak kembali maklumat pada daftar pemilih yang telah dibuka sejak 1 Jun lepas, bagi membolehkan sebarang pindaan dilakukan segera jika ada ada kesilapan. Beliau yang sebelum itu menghadiri taklimat pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, berkata taklimat kali kedua tersebut sebagai peringatan kepada petugas pilihan raya terutama bersabit peraturan baharu. — Bernama Khalid : Buat RCI Tentang Pengundi di Selangor Juga Ulasan GB Kerajaan bukan sahaja tidak mengindahkan 8 tuntutan BERSIH 3.0 dan desakan supaya ditubuhkan RCI, tetapi masih terus dengan konspirasi untuk "mengotorkan" lagi daftar pemilih dengan pengundi-pengundi yang tidak dikenalpasti identitinya. Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR tersebut ternyata satu helah untuk menambahkan lagi bilangan pengundi di negeri Selangor apabila kajian mendapati UMNO BN belum mampu merampas Selangor dari Pakatan Rakyat. Setiap kali kenyataan sedemikian dikeluarkan, maka kita akan dapati beberapa hari selepasnya, bilangan pengundi tiba-tiba meningkat secara mendadak. Kini tumpuan diberikan kepada Selangor dan Johor. Selangor kerana mereka sememangnya meletakkan sasaran to capture Selangor by hook or by crook sementara di Johor pula apabila didapati angin perubahan rakyat Johor sekarang kini sudah mula berpihak kepada Pakatan Rakyat. Semuga Allah menolong kita dan menggagalkan semua perancangan jahat UMNO BN melalui SPR di dalam pilihanraya akan datang ini. |
[DEDAH] Rakyat Ditipu Dengan Subsidi Petrol Posted: 04 Jun 2012 07:30 AM PDT Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90). Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter. Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90! Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti! Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45). Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi! Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani? Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya.. Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib) Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat! Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!" Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol. -blog.marhaen.info |
Negeri Pakatan Rakyat, Kedah: Pencapaian Cemerlang Dalam 3 Tahun Posted: 04 Jun 2012 05:27 AM PDT Dalam diam tak diam, sudah tiga tahun lebih Pakatan Rakyat berjaya mentadbir dan membela nasib rakyat negeri kedah ini. Sedar ataupun tidak sudah 82 peratus Manifesto telah terlaksana. Pakatan Rakyat khususnya PAS Kedah jelas bukan jenis yang mendabik dada atau menjaja sini sana. Buktinya, lahirlah buku risalah Manifesto yang menyenaraikan 15 perkara utama yang telah dijanjikan oleh PAS semasa Pilihan Raya Umum ke -12 yang lalu. Lebih telus lagi, risalah itu juga menyenaraikan 7 perkara yang belum dilaksanakan. Ini termasuklah 3 bahagian yang membicarakan 46 perkara yang telah dilaksanakan dan 3 perkara dalam proses. 5 Pencapaian Cemeralang yang tidak tertulis atau berdasarkan Manifesto, juga tercapai matlamatnya. Antaranya Skim Kafalah untuk membantu golongan miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan politik. Ini termasuklah kejayaan untuk membina Kampus Induk Kolej Insaniah di Kuala Ketil dengan nila RM330 juta yang dijangka siap dua tahun lagi manakala berjaya mewujudkan 42 subjek pengajian berbanding hanya tujuh ketika diperintah kerajaan terdahulu. Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat tidak langsung meninggalkan kudis kepada rakyat yang semakin cerdik menilai. Tidak perlu retorik kosong atau berapi ucapan, memadai fakta dan statistik yang tidak boleh disembunyikan. Bayangkan kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kutipan premium balak sebanyak RM53 juta pada tahun 2010 bahkan mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara (2009) dan buat pertama kali dalam sejarah negeri Kedah, ekoran perancangan startegik yang dilaksanakan, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanayk 205 peratus hasil balak berbanding 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka. Dalam pentadbiran tiada 'hidden cost' ataupun 'under table'. Semua orang kenal dengan ketegasan Ustaz Azizan berhubung rasuah malah motto pentadbirannya adalah 'Sifar Rasuah' membuktikan apa yang dicakap, dilaksanakan sebaiknya. Bukti, tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai sehingga kini. Jika ada kelak, hukuman berat menanti mereka dan pasti meraka tidak akan dilindungi, kata Ustaz Azizan. Bagi yang belum mengetahui, Menteri Besar (MB) dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat juga dilakukan bagi MB dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC). GLC pula buat pertama kali dalam sejarah telah berjaya menyumbangkan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan negeri. Selain itu kerajaan negeri 'rela' rugi kira-kira RM50 juta setahun semata-mata tidak mahu mebebankan rakyat apabila mengurangkan kadar cukai tanah 25 sehingga 75 peratus sebaik megambil-alih pemerintahan. Untuk rekod, elaun sebelum ini (sebelum Pakatan Rakyat memerintah) mencecah sehingga RM 7 juta setahun berbanding kini tidak sampai RM 2 juta setahun. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan MB meminumkan perjalanan ke luar negara dan hanya 3 kali sahaja sepanjang tiga tahun mentadbir. MB tidak mempunyai jet khas dan tidak tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartment biasa yang disewa kerajaan negeri. Hanya berdasarkan fakta ini sahaja, sudah cukup membuktikan ketelusan dan keadilan yang dibawa oleh kerajaan negeri kedah sekarang. Apatah lagi jika disenaraikan kesemua perkara dalam Manifesto. Tidak cukup dengan itu, Manifesto juga turut menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing. Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum lain khususnya melibatkan perayaan agama dan aktiviti budaya masyarakat berbilang kaum. Untuk itu, kerajaan negeri telah memperuntukan RM1.5 juta kepada masyarakat Cina, India dan Siam bagi aktiviti yang berkaitan. Selain itu, sejumlah RM180,000 telah diberikan kepada 3 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Persendirian manakala RM200,000 untuk lebih 20 sekolah cina yang mengahdapi masalah bil tertunggak kerana tidak dibantu Kementerian Pelajaran. Tiga fakta ini, telah memperlihatkan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mendiskriminasikan kaum di negeri ini. Begitu juga melibatkan sekolah agama rakyat yang tidak dibantu kerajaan, kerajaan negeri sering menyumbang dana sejak 2008 kepada sekolah terbabit secara tahunan malah melalui Tabung Tunku Mahmud, hasrat membantu pendidikan agama dan kemiskinan di Kedah dapat direalisasikan. Kelas-kelas pengajian agama juga telah dilaksanakan di kebanyakan tempat termasuklah di kediaman Rasmi MB di Seri Mentaloon pada setiap Sabtu, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok) yang mendapat sambutan ribuan peserta. Produk terbaru ialah mewujudkan sebuah Mahad Tahfiz Sains di Pualu Tuba di Langkawi yang akan memulakan sesi pengajian pada 2012 di Kulim buat sementara projek disiapkan. Bagi melahirkan pembangunan Insan, Manifesto juga turut menyenaraikn penubuhan agensi Pembangunan Keluarga Bahagia bagi menangani persoalan dan masalah berkaitan keluarga. Ini termasuklah Program Bina Sahsiah yang telah menganjurkan Kem Bina Insan, Kem Anak Soleh dan Kem Bina Sahsiah untuk anak remaja sebagai generasi pemimpin pelapis masa depan. Untuk mengukuhkan lagi jati diri anak-anak muda pelbagai kaum sebuah, Pusat Latihan Belia (Multi Etnik) telah diluluskan penubuhannya di Sungai Petani melibatkan kos RM3.5 juta. Tidak lengkap, sekiranya tidak mebicarakan tentang projek pertanian dengan konsep ingin menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Timur'. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah bagi menggandakan usaha memajukan sektor ini. Kedah telah muncul sebagai negeri kedua pengeluar nanas terbesar di negara ini malah akan memiliki 10,000 ekar ladang itu menjelang 2015. Manakala pusat pengumupulan, kilang memproses dan mengetin buah-buahan yang dibina di Sungai Petani sudah memulakan operasi pada bulan ini. Hasil daripada daya uasaha kerajaan negeri yang tidak putus-putus, sudah pasti membantu banyak petani, peladang, penternak dan industri kecil dalam menambah pendapatan kehipan masing-masing. Apalagi yang ingin dipertikaikan, tatkala fakta 'sudah terang lagi bersuluh' ditampilkan. Sepanjang Barisan Nasional diberi peluang memerintah di negeri ini, pencapaian dan siri-siri kejayaan Pakatan Rakyat, tidak pernah muncul dan dilaksana oleh mereka sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, mereka meninggalkan kerajaan negeri dengan beban hutang yang banyak seperti penswastaan air di Langkawi sehinga tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Setelah meninggalkan sisa, mereka juga menambah tuduhan dengan 'meracun' fikiran rakyat dengan siri-siri 'gangguan' dan demonstrasi berkaitan kadar air naik, perumahan rakyat yang tertunggak bayaran sewa, menyeru imam-imam supaya tidak mematuhi arahan Majlis Agama Islam di bawah perkenan Sultan Kedah dan menuduh kerajaan negeri 'lepas tangan' ketika banjir besar yang melanda Kedah. Semua episod-episod 'mengacau' yang disifatkan 'Gila talak' ini, mati ditelan masa begitu sahaja kerana apa yang dilaungkan tidak sama seperti yang berlaku di depan mata rakyat. Semua jelas dan terzahir. Rakyat mengenali siapa Ustaz Azizan, kepimpinan Pakatan Rakyat dan parti komponen yang ada, yang terbukti berkhidmat untuk rakyat dan negeri yang tercinta. Maka Manifesto ini, sebagai menguatkan lagi tindakan serta usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama ini sekaligus menenggelamkan khayalan dan mimpi Barisan Nasional untuk berbulan madu ditampuk pemerintahan lama, yang semakin jauh di mata, jauh lagi di hati rakyat. |
[Flashback Video] Azman Dan Suwandi Tidak Bersalah - Hakim Posted: 04 Jun 2012 04:05 AM PDT Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu. Gambar: Sujud syukur di lobi mahkamah sesyen Kuala Terengganu atas kemenangan kes Suwandi dan Azman yg dituduh menyerang polis, menghalang polis menjalankan tugas. Gambar oleh Ustaz Faizul Abas Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut. Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co. Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin. "Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan. "Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut. Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman. Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam. Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan. Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai. -HD Kronologi peristiwa Polis Tembak orang awan dengan peluru hidup di Terengganu Ulasan GB Syukur alhamdulillah. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan menyerlahkan Suwandi dan Azman tidak bersalah. Dulu GB pernah mengulas. Petikan: .....kes Suwandi dan Azman di Terengganu jelas menunjukkan polis telah bertindak secara wewenangan dengan menggunakan senjata api dan rakyat telah melahirkan rasa marah serta tidak puashati terhadap apa yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis terutama kepada orang awam. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan