Isnin, 4 Jun 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


pulak dah ... Haramkan DS Nizar ke bumi Johor

Posted: 04 Jun 2012 06:26 AM PDT

Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Jun 2012


JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam.


Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.



Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan 'Daulat Tuanku' dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.



Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral.



Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah.



Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu.



Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.- sinar harian

ya betoi MahaDet ooii tapi tu UMNO, kami PAS tak macam tu ... faham?

Posted: 04 Jun 2012 05:26 AM PDT

NONE
Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.

PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyanyi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.

YDP PAS Jeli saman blogger UMNO RM1 juta

Posted: 04 Jun 2012 01:59 AM PDT

M Faqih,04 Jun 2012

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad.

Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" pada 8 November 2011.

Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.

Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.

Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.

Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. - Harakah

Tiada ulasan: