Isnin, 18 Jun 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Khalid Samad Membongkar Rahsia Hassan Ali Di Bawah Bungor Kg Gajah.

Posted: 17 Jun 2012 05:12 PM PDT



Bertempat di Kg Bawah Bungor Kg Gajah,semalam 16 hb Jun 2012 telah berlangsung ceramah umum anjuran PAS Kg Gajah.Antara penceramah yang di undang ialah YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.Dalam Ucapannya YB Khalid mengimbau kembali tentang peristiwa pemecatan Exco Negeri Selangor Dato Hassan Ali.Pada beliau, Dato Hassan Ali dianggap sudah meroyan dan meraban kerana hajat beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak kesampaian.Ikuti cerita beliau selanjutnya.
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.
Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.
Pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.
DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada 8 Mac 2008 hubungan saya dan Hassan Ali mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah PAS menang 8 kerusi,PKR 15 dan DAP 13.saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.Pada Umno ,kerjasama dengan Pas terpaksa dilakukan kerana Melayu sudah menjadi minoriti dalam DUN Selangor.Umno beranggapan keadaan begini menyebabkan melayu di Selangor akan diinaya dan dizalimi.
Pada masa itu Pakatan Rakyat belum wujud lagi.Cuma yang ada Barisan Alternatif yang membuat perjanjian antara ketiga tiga parti agar tidak bertanding sesama sendiri dalam PRU 12.
Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.Pada saya PKR wajar dilantik menjadi Menteri Besar kerana mereka memenangi kerusi paling banyak di Selangor.Mesti ada tolak ansur kerana PAS telah menjadi MB di Kelantan,Kedah dan Perak manakala DAP di Pulau Pinang.Sekiranya di Selangor pun PAS inginkan jawatan Menteri Besar,ini akan tidak menunjukkan semangat setiakawan didalam suatu pakatan.
Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Khir Toyo pada masa itu kelihatan tidak bermaya dan seperti tidak tahu nak buat apa akibat kehilangan kuasa.Dalam keadaan tidak keruan tersebut,Khir Toyo sampai dua kali menuangkan air kopi saya. Pak Lah mengesorkan agar 8 ADUN Pas menyertai BN untuk mendapatkan majority Melayu dalam Dewan Undangan Negeri.
Ikuti sambungan cerita Khalid Samad di bahagian ke 2 daripada 3 bahagian.

Tiada ulasan: