Isnin, 18 Jun 2012

Addin

Addin


Video Zulkifli Nordin Lari Lintang Pukang Bila Ceramahnya Di Serbu Penduduk

Posted: 18 Jun 2012 09:14 AM PDT


Video nih merakamkan ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 pada 14 Jun 2012.

Ceramah ini berakhir dengan kekecohan apabila cabaran Zulkifli Nordin kepada penduduk supaya berdebat dengannya di sahut oleh para penduduk di situ (baca di sini.)

Zulkifli Nordin telah diserbu oleh sekumpulan penduduk yang berang dengan gelagat Zulkifli Nordin, namun beliau lari lintang pukang selepas di serbu oleh penduduk Taman Petaling Perdana. Saksikan video nih..





Confirm!! Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno

Posted: 18 Jun 2012 07:32 AM PDT

BEAUFORT - Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu. "Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu," katanya.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," kata Lajim.

Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata "kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno". Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno.

Katanya, setakat ini beliau masih "pemimpin kerajaan" dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan.

Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13.

"Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini," katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort.

"Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah," katanya.

Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu

"Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu "Yes Man" perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan'," katanya.

Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat.

"Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya," katanya.

Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada.

"Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat," tegas Lajim.

Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada.

Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan.

"Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya," katanya.

Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua. ~newsabahtimes

Pengacara TV, Aziz Desa Elak Tandatangan Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Posted: 18 Jun 2012 05:35 AM PDT


Aziz Desa melalui booth R di Expo Perdagangan Dunia Islam, Stadium KB. Masa tu gua sedang kalut nak tampal poster hasutan untuk W4R#2. Bila sampai, tengok2, Ostad Latif (KP PAS Kelantan) dan Ostad Marzuk (KP Bachok) dah ada bagi sokongan. Aziz Desa pun ada.

Bila Topeng Perak nak ambil gambar, Aziz Desa dalam keadaan membelakangkan kamera. Gua yang kebanyakkan tak selesa enterprem dengan pimpinan terpaksa enterprem pasal gua cuit Aziz Desa, maklumkan Topeng Perak sedia klik. Takan dia membelakangkan kamera dok sebelah KP PAS.

Lepas tu gua sound lebih kurang gini :

"Terima kasih, bos. Minta sign tanda setuju."

Gua chow sambung kerja hasutan poster. Bila kembali semula, member gua si Ayie Prop memaklumkan Aziz Desa mengelak dan enggan sign tanda sokongan.

Memang hak demokrasi dia lah. UMNO Kelantan sendiri ramai yang enggan sign, walau ramai juga pimpinan mereka yang sign. Cuma, jika dia tak sign atas kapasiti bukan rakyat kelantan, gua nak tegurlah.

Orang putih sign pun bukan pasal dia anak Kelantan. Tapi pasal hak dalam perjanjian. Kalau orang putih begitu sensitif mengenai perjanjian, apatahlah CEO import yang begitu sensitif dengan perjanjian KTC sebelum ini.


Ini bukan isu Kelantan. Ini bukan isu Melayu. Ini isu pelanggaran perjanjian.

~adukataruna



Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Sertai PAS Pula

Posted: 18 Jun 2012 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin (gambar) secara rasmi menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. ~harakahdaily


Tuan Guru Nik Aziz Bakal Di Dakwa Semula?

Posted: 17 Jun 2012 11:34 PM PDT

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh dibuka semula, kata menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz. Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini. Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya.

Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.

Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan membabitkan kos RM65,000. ~malaysiakini

BN Sabah Makin Berpecah, Najib Tangguh PRU13 Tahun Depan

Posted: 17 Jun 2012 11:00 PM PDT

Najib yang semakin kesuntukan masa disebabkan pilihanraya umum yang harus diadakan menjelang pertenghan tahun hadapan, telah berpaling kepada cara yang paling efektif untuk BN mendapat kembali kepercayaan rakyat yang semakin beralih kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat - Wang ringgit! Najib telah ditakutkan dengan perkhabaran bahawa Anwar akan mengumumkan 6 pemimpin BN yang bakal melompat parti ke PKR dan 2 orang daripadanya mempunyai kerusi Parlimen.

Walaupun ini tidak akan memberi kesan kepada pembahagian kuasa, pemerhati menjangka bahawa ini boleh member kesan domino terhadap pemimpin Sabah yang sedang cuba melarikan diri daripada parti BN yang semakin goyah dan mungkin buat pertama kalinya menyaksikan pertukaran rejim dalam masa 55 tahun.

Tawaran yang belum di sahkan lagi untuk tarik semula Ahli Parlimen

Tidak hairanlah sekarang terdapat pula khabar yang dibocorkan media Umno bahawa ahli parlimen –ahli parlimen ini akan mendapat RM1.5 juta setiap seorang selepas Bujet 13 dibentangkan pada 28 September.


Menurut Malaysian Insider, ahli parlimen BN yang menghadiri mesyuarat pra persidangan parlimen itu telah mengesahkan bahawa terdapat rancangan sedemikan yang dicadangkan oleh Najib tetapi tiada yang berani untuk mengesahkan jumlah sebenar yang diperuntukkan. Ada yang mengatakan bahawa peruntukkan ini akan diberi sekiranya dipinta.


"Kami terpaksa memohonnya berdasarkan projek tertentu," Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Fadillah Yusof dilaporkan sebagai berkata.


Para Ahli Parlimen BN ini tidak keberatan untuk memberikan maklumat termasuk maklumat bahawa ia akan mengambil masa 3 bulan untuk projek-projek dikenal pasti dan dijalankan. Mereka juga mengatakan bahawa bantuan wang BR1M yang dirancangkan untuk kali kedua itu mungkin akan mengambil masa untuk dijalankan sekiranya ia diluluskan pada Bujet 2013.


"Ini bermakna, Najib tidak akan mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat. Beliau sedang cuba untuk menangguhkan perpecahan BN Sabah, " ujar naib presiden PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.


"Beliau sedang menunggu satu keajaiban yang tidak mungkin akan berlaku. Sabah sedang diperhatikan dan ia boleh menyebabkan berlakunya kesan domino sekiranya ahli parlimen BN yang diperkatakan ini memutuskan ikatan dengan UMNO demi menjamin peluang mereka untuk mengekalkan kerusi mereka. Umno-BN bukanlah nama yang digemari di Malaysia buat masa sekarang."

PRU 13 tahun depan- fokus sekarang pemilihan UMNO

Pilihanraya ke 12 Malaysia telah diadakan pada 8 Mac 2008 dengan pemimpin yang ada sekarang mengangkat sumpah pada 28 Mac. Oleh itu, mandat 5 tahun BN akan berakhir secara automatik pada 28 Mac. Suruhanjaya Pilihanraya ada 60 hari untuk menentukan tarikh pilihanraya ke 13 yang harus diadakan sebelum 28 Jun 2013.

Rakyat Malaysia dan juga para pelabur luar tertanya-tanya bilakah PRU 13 akan diadakan dan ini membuatkan mereka merasa menyampah terhadap sikap Najib yang tidak boleh membuat keputusan. Pemimpin berusia 58 tahun itu berhadapan dengan kemungkinan kalah teruk akibat kehilangan kepercayaan terhadap pakatan BN yang telah memerintah sejak 1957.

"Jika mengikut tanda-tanda dan menunggu BR1M untuk member kesan, ia kelihatan seperti Najib sedang memberi isyarat bahawa PRU 13 akan diadakan tahun hadapan. Bagi pihak Pakatan, kita masih tidak boleh berehat. Mana-mana hari pun adalah hari yang mungkin untuk Najib membubarkan parlimen jadi kita harus sentiasa bersedia," beritahu Chua Jui Meng, naib presiden PKR kepada Malaysia Chronicle.

"Tapi ada cerita lain pula bagi Umno. Apa yang berlaku sekarang yang lebih penting adalah pemilihan dalam parti- siapa yang akan menjadi orang penting dan siapa yang boleh dapatkan kerusi parlimen dan DUN? Inilah yang akan diperjuangkan mereka dalam parti buat masa sekarang.

Tekanan dari setiap segi: semua mata tertumpu pada UMNO

Sememangnya Najib terpaksa berhadapan dengan tekanan dari semua pihak termasuk daripada orang dalaman partinya sendiri yang dahagakan kerusi dan tempat boleh menang diperingkat negeri dan juga persekutuan.

Pertelingkahan dalaman semakin menjadi-jadi dan ada yang terang-terangan memberitahu bahawa dengan bertandinglah kekuatan parti akan diuji. Minggu lepas bekas Menteri Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan pembentukan parti baru –mungkin beliau sudah tahu ke mana arah bertiupnya angin. Parti itu cuba untuk menegakkan semula perjuangan asal Umno dan melahirkan 'Bangsa Malaysia'.


"Ikatan berkata bahawa mereka tidak akan bertanding PRU 13 dan sudah tentulah ia tidak akan mendapat lesen untuk berbuat demikian. Akan tetapi, ia mungkin tidak perlu untuk melakukan semua itu kerana hampir pasti ramai dikalangan ahli parlimen Umno yang tidak berpuashati dengan Najib dan akan menyertai Ikatan hanya untuk protes sekiranya Najib terlalu tamak dalam pemilihan parti dan mendapatkan semua untuk dirinya, orang-orangnya dan Mahathir sahaja," ujar seorang pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.


Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, satu-satunya veteran Umno yang Najib mahukan sokongan dan menyandarkan kelestarian kerjaya politik beliau di dalam dan luar Umno. ~malaysiachronicle


Meeting Ke Atau Ceramah Umno BN Nih.. Mengapa Ramai Sangat?

Posted: 17 Jun 2012 10:00 PM PDT


Gambar nih meeting ke.. atau ceramah Umno BN nih? Mengapa ramai sangat.. sehinggakan YB Gobalakrishnan duduk di kerusi penonton je.

Inilah pentas ceramah Umno BN bila di hujung hayat.. seperti hidup segan mati tak mau..

Bekas MB Perlis Pernah Kutuk Sultan Johor Di Parlimen.. Baca Buktinya

Posted: 17 Jun 2012 07:16 PM PDT

Setelah tercetusnya isu DS Nizar menegur Sultan Johor di twitternya berkenaan pembidaan no. plat WWW1, nampaknya isu tiada kesudahan. Hari demi hari isu nih semakin hangat.. bermulanya posting Dr. Asri berkenaan tawadduknya Sultan Kelantan dengan dibandingkan dengan gambar TMJ Johor. Kini warga internet cuba gali dan terus menggali isu-isu lama untuk pencerahan minda semua golongan masyarakat siapa sebenarnya golongan pengkhianat golongan istana nih.

Yang penting, siapa sebenarnya yang mengurangkan imuniti golongan istana nih, rakyat perlu faham sedalam-dalamnya isu nih. Jangan terperangkap dengan mainan politik kotor Umno.

Addin percaya, pimpinan Pakatan Rakyat menegur golongan istana kerana kami semua sayangkan golongan sultan dan raja dan jangan terus menerus menjadi fitnah di mata masyarakat.

Dibawah nih, Addin sertakan penyata rasmi parlimen yang bertarikh 18 Januari 1993 dan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas MB Perlis tersebut...





Tiada ulasan: