Isnin, 18 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


WAJIB BACA, sedap tulisan nih...

Posted: 18 Jun 2012 09:00 AM PDT

Betul ke BERSIH akibatkan rugi RM1.8 juta? Yang lepas berbilion-billion ringgit tu apa?

Kalau BN kata kerajaan rugi RM1.8 juta sebab himpunan Bersih yang menuntut penyucian Suruhanjaya Pilihan Raya agar adil dan telus, kita juga boleh kata bahawa rakyat akan rugi dengan pengagihan RM1.5 juta di setiap kawasan Parlimen mereka sebab dana awam cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia dicopet sesuka hati.


Makanya, kalau sekarang BN mengusai 139 Parlimen, ini bererti RM208.5 juta wang cukai rakyat akan dilantak puak-puak ini. Berapa banyak yang akan sampai kepada keluarga Melayu, India, Kadazandusun, Iban, Orang Ulu yang miskin, tak pula diketahui.

Dan kalau tambah lagi RM41.5 juta, maka genaplah RM250 juta yang serupa nilainya dengan korban skandal lembu NFC yang dijadikan modal beli kondo mewah dan kereta mewah melibatkan anak-beranak Shahrizat Jalil.

Akan hal ini wajarlah Ketua Oposisi Parlimen Anwar Ibrahim berkata, "Najib terdesak… "

Tapi mungkin bagi Najib, dia tidak peduli – Asalkan BN menang, peduli apa dia pada rakyat..

Dapat dekat siapa duit tu….?

Persoalannya, entah berapalah sangat hamba rakyat kawasan Parlimen yang akan merasa dan berapa pula orang atas (Bahagian, Cawangan, JKKK) akan sapu?

Tun Mahathir sendiri pernah tegur UMNO hal rasuah merasuah ni tapi dia pun dua kali lima juga. Dah namanya UMNO-BN, sampai ada orang kata UMNO ni ditakdirkan parti rasuah… sudahlah integriti pun tak ada … kalau bukan duit, apa lagi yang boleh dibuat modal kempen mereka?

Kerajaan BN memang selalu rugi…

Entahlah….Kalau dibelek-belek, sejak dulu lagi kerajan BN ni selalu rugi. Tak perlu Bersih 3.0 pun dia boleh rugi.

Tahun lepas kita sudah dengar syarikat penerbangan Malaysia MAS mencatatkan kerugian RM478 juta dan kerugian yang terkumpul sehingga kini ialah RM1.2 billion!

Lepas tu MAS rugi lagi suku ke tiga tahun ini sebanyak RM171 juta kemudian ada ura-ura pula Khazanah Nasional Berhad iaitu syarikat milik kerajaan pemegang terbesar saham MAS mau menyuntik sehingga RM9 billion pelan pembiayaan gunakan wang rakyat! Mak ai… sikitnya…!!!

Berbalik pada dakwaan Hisham anak Tun Hussein, agak-agaknyalah, adakah Menteri Dalam Negeri itu akan beritahu rakyat secara terbuka harga sebiji shell tear smoke dan grenade tear smoke yang tembak ke atas peserta himpunan aman Bersih 3.0 yang lalu dan berapa pula harga seliter air kimia yang disembur?

Sudahlah rugi dan merugikan… yang menanggungnya siapa lagi kalau bukan kita, rakyat Malaysia yang bayar cukai hari-hari!

Oh, mungkin ada yang kata dia tak perlu bayar cukai pun. Mungkin orang ini hanya fikirkan cukai pendapatan. Mungkin dia lupa dia kena bayar tol lebuh raya, kena bayar caj perkhidmatan telefon, TV satelit, cukai perkhidmatan restoran dan entah apa lagi yang mengempiskan poket.

Roketkini.com



Pecacai BN kata gambaq photoshop...

Posted: 18 Jun 2012 07:53 AM PDT

KENCING TAK LAWAS NAJIB!!! Tengok gambar ceramah DAP di seluruh negara...

 

 
 
 
Lihat dengan mata kepala...
Pikiaq dengan akai yang ada...

Koleksi gambar-gambar, senario dimana saja DAP membuat ceramah JOM UBAH, BERSIHKAN MALAYSIA diseluruh negara.

Jelas sekali kaum tionghua memberikan sokongan amat padu dan jitu kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS/PKR/DAP dalam gagasan diberi nama Pakatan Rakyat.

UMNO boleh caci hina, maki hamun, fitnah dengan mereka cipta kisah.

Namun perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat juga yang rakyat mau ratah...

Masih ada harapankah UMNO/BN mau terus memerintah?

Sumber gambar OMAK KAU


Nasi tambah...

Lihat dengan mata kepala...
Pikiaq dengan akai yang ada...
Program PR disambut gila2..
Program Be End hanya bangku saja2...

Kahkahkah...


JOM tengok, hebat sangat ka Muhyiddin nie... kahkahkah...

Posted: 18 Jun 2012 05:00 AM PDT

Muhyiddin nyanyi lagu lama tu bro...
Lagu evergreen lagi...

Kahkahkah...

Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh

Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.

Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah?

"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.

Tamrin merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Datuk Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings.

Syarikat itu mendakwa telah diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyerahkan 70 peratus ekuitinya, tanah syarikat itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin menafikannya dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan merosakkan imejnya.

Kes tersebut berakhir dengan penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan negeri dan syarikat berkaitan diperintah membayar RM405 juta berbentuk pampasan untuk pengambilan tanah berkenaan.

- Malaysiakini

Nasi tambah...
Ni la kelaku Umno yang majoriti orang Melayu dah sedar dan meloya sekarang nie...
Depa perguna ketuanan Melayu untuk perbodohkan Melayu...
Depa perguna kedudukan untuk menjadi perompak berlesen...
Last2 depa terpaksa CIPTA PECACAI untuk merekacipta keburukan2 lawan politik mereka...
Ciss!!!... Dasar Politikus Sundal...


TERHOT: Juanda, Harussani ter Eksiden.. hehehe...

Posted: 18 Jun 2012 01:50 AM PDT

Ini sudah bagus...
Ini yang kita tunggu2...
Ini yang dikatakan sihat...
Berselisih pendapat dalam Islam adalah baik pada pengembangan Ilmu...

Tapi besa la kan...
Mana boleh lari dari persepsi orang sekeliling yang melihatnya...
Yang kena dan selari ngan naluri depa, mesti depa kata dia tu cerdik...
Tapi yang berlawanan dengan kehendak depa, mesti depa kata bangang nak mampuih kurang bijak...


Kahkahkah...

Tapi, betoi ka Dr Juanda Nampak Lebih 'Cerdik' Dari Harussani? Hampa baca dan nilai sendiri laahh... Tengok sendiri camana Sinar Harian pelaga dua mufti ni dalam satu hari yang sama...

Kahkahkah...



Depa kata Dr Juanda Jaya lebih 'cerdik' dan lebih rasional. Usul dan hujahannya lebih boleh dipakai dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkaitan isu ini.

"Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik,"

"Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara," kata Dr Juanda.

Tan Sri pula terus menghukum....

"Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara," kata Harussani.

Harussani senada dengan Mufti Selangor yang berkata bahawa membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama adalah haram.

Nasi tambah...
Apa2 pun, sejarah telah membuktikan yang Umno telah menggunakan senjata ini menghadapi pembangkang di era Mahathir dulu. Sebab tu Tuan Ibrahim Tuan Man bangun mengusulkan usul ni pada pendokong2 perjuangan PAS...

Ahh... Baik Juanda atau Harussani, depa telah bercakap berdasarkan ilmu didada mereka. Cerdik atau tidak, Tuhan lebih mengetahui... cewahh...
Tapi bagi aku la, sesapa yang buat PRU dalam musim Haji ni dah tentu lah paling tak cerdik dan bangang sebangang bangangnya...

Kahkahkah...


Gajah Malaysia vs Panda China...

Posted: 17 Jun 2012 07:40 PM PDT

Gajah liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara.

Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!"



Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum.

Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu."

Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara.

Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?".

Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"

Nasi tambah...
La ni gajah2 pun marah...
Pasai Panda China dapat RM 20 juta...
Tapi depa dok ternganga saja...

Kahkahkah...


Tiada ulasan: