Khamis, 14 Jun 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Nasib Wira Tidak Didendang

Posted: 13 Jun 2012 05:15 PM PDT




Jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera yang telah mempertahankan kedaulatan setiap inci tanah negara ini seperti tidak dihargai, pesara tentera menghadapi kesukaran untuk menyambung kehidupan selepas tamat perkhidmatan bagi menanggung keluarga.Kerajaan yang sedia ada sekarang mengambil sikap sambil lewa dan tidak perihatin dalam menangani isu kebajikan anggota tentera yang telah bersara. Tentera berpangkat rendah lah yang banyak terjejaskerana tidak dapat menampung kehidupan seharian mereka dengan bergantung daripada wang pencen yang sedikit itu.Sekiranya kita dapat menyelami dan menemubual bekas tentera,ramai dikalangan mereka yang merasakan kehidupan mereka semakin terhimpit dan tidak akibat kenaikan harga makanan,bahan api dan kos sara hidup.
Pelancaran Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Tambun telah diadakan di Dewan Komuniti Perpaduan, Ulu Kinta dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh NGO itu disini.Peranan Kerabat ialah memperjuangkan kebajikan bekas anggota Tentera supaya nasib bekas atau balu lebih terjamin dengan membuat tuntutan yang munasabah kepada kerajaan supaya nasib mereka lebih terjamin.Pengerusi KERABAT Perak, Sdr.Zulkafli Daud, dalam ucapannya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai dapat membela masa depan bekas angkatan tentera dengan lebih baik, sekiranya agenda PR menduduki Putrajaya dapat direlisasikan, sambil menyeru agar ramai lagi bekas-bekas angkatan tentera menyertai KERABAT yang akan ditubuhkan diseluruh tanahair.
Pada hari ini, bekas tentera tidak mendapat apa-apa keistimewaan yang dapat menjamin masa depan seperti dianugerahkan sebidang tanah untuk diusahakan bersama keluarga, PR melihat keadaan ini dari aspek pengorbanan yang telah dicurahkan oleh angota angkatan tentera. Oleh kerana tidak ada cara lain terpaksalah mereka terus bekerja dipondok-pondok pengawal keselamatan dengan pendapatan yang kecil untuk menyara keluarga. Menyedari bahawa nasib pihak ini tidak dibela dengan sewajarnya oleh kerajaan UMNO/BN,Pakatan Rakyat telah berjanji akan memberikan ganjaran yang setimpal dalam urusan hal-ehwal kebajikan pesara-pesara tentera sekiranya PR berjaya menguasai pemerintahan di Putrajaya nanti. Seluruh bekas angkatan tentera di tanahair mesti bijak untuk mempertimbangkan sewajarnya tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Bekas angkatan tentera membuat berani membuat perubahan demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara dengan memberikan undi mereka kepada PR pada pilihanraya ke 13 ini
Menurut kertas ketetapan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972, bekas-bekas angkatan tentera berhak memohon daripada kerajaan negeri, seluas 10 ekar tanah untuk pertanian dan 2 lot tanah untuk tapak rumah apabila bersara, tetapi telah dinafikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab setelah mereka menolak hampir 99 peratus permohonan pesara tentera untuk mendapatkan hak mereka itu berdasarkan PMAT 1972.Tetapi kerajaan telah menunjukan sikap yang berlainan kepada pihak kominis yang menyerah kalah.Mereka telah dikurniakan tanah untuk tapak rumah dan untuk pertanian.Insfrastuktur yang baik juga telah dibina dikawasan perkampungan bekas penganas ini. Mengapa kepada bekas komunis semua ini boleh diberikan ,tidak kepada wira wira negara yang telah mengadaikan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi?
Tidak dinafikan bahawa kerajaan mahu menonjolkan diri didalam pembelaan nasib bekas tentera ini,Projek Perumahan Tentera 1Malaysia telah diwujudkan.Melalui projek kerjasama antara AP Land Development Sdn Bhd (AP Land) dengan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT), penjawat tentera Malaysia diandaikan mampu memiliki rumah sendiri menerusi Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia.Projek kerjasama antara 2 pihak ini akan dijangka memulakan pembinaan perumahan bermula April 2011 di setiap negara, perjanjian usaha sama ditangani secara rasmi pada 5 Januari 2011 lalu Dianggar 20,000 unit rumah akan dibina di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi projek bernilai RM3 bilion.Namun,masalah berlaku berikutan harga bagi setiap unit rumah itu ditawarkan kepada anggota tentera adalah dalam lingkungan RM 96,000 hingga RM 195,000. Dianggarkan 80 peratus anggota tentera yang bersara tidak memiliki rumah. Harga tersebut mungkin bersesuaian pada mereka yang berjawatan tinggi dalam tentera.Bagaimana dengan tentera yang berpangkat rendah dan mempunyai gaji yang hanya cukup untuk menyara hidup seharian sahaja.Lebih parah kepada mereka yang berpencen yang mana kadang-kadang pesara terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dan sebagainya untuk menampung kos hidup yang tinggi.Jikalau sebuah rumah yang paling murah sudah mencecah RM 96,000 pesara terpaksa meminjam dari bank dan akhirnya pesara menderita akibat membayar hutang dan faedah bank yang tinggi.Sepatutnya rumah rumah kos rendah dan sederhana dibina supaya ianya bersesuaian dengan tahap ekonomi mereka yang terlibat.Dengan harga yang mahal dan monopoli oleh syarikat pembinaan menampakkan ada kejanggalan dan kegiatan mengaut keuntungan oleh pihak pihak tertentu.
Selain dari kebajikan bekas tentera yang terabai,Balu balu bekas tentera ini juga harus diberi perhatian yang mendalam.Sepatutnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat ke atas golongan itu.Tetapi malangnya, pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera ke atas aduan yang dibuat oleh balu ATM supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka.Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya segera turun padang melihat kesusahan dan penderitaan rakyat.Peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan yang mana akhirnya wakil rakyat Pakatan sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan itu. -Msinc TBO -

Tiada ulasan: