Anak Sungai Derhaka |
- Projek anak bekas Menteri UMNO rupanya Human Trafic Interface ni.. kalau macam tu.. merbahayapun tak apa..
- Ceramah tiada sambutan.. Ezam Mat Nor bercakap dengan kerusi di Sarawak.. saksikan!!
- Najib minta RM14 Billion lagi untuk dibelanjakan..
- Penasihat Kerajaan Malaysia bantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni bersembunyi?
- Bakal menantu dituduh menipu.. Rosmah tak kisah...
- UMNO Terengganu anugerah pulau buat kroni?
Posted: 14 Jun 2012 08:48 AM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri. Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd. "…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri. "Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi. Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd. Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu. Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar. "Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya. "Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi. Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara. Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia - Keadilandaily |
Ceramah tiada sambutan.. Ezam Mat Nor bercakap dengan kerusi di Sarawak.. saksikan!! Posted: 14 Jun 2012 05:54 AM PDT 29 Mei lalu.. Senator Ezam Mat Nor telah dijemput sebagai pemidato utama dalam 'Pidato Perdana' yang telah diadakan di Bandar Petrajaya, Sarawak. Sebagai sebuah negeri yang selama ini dianggap sebagai 'fixed deposit' kepada UMNO/BN dalam mengekalkan kuasa melalui undi sepatutnya menyaksikan kehadiran yang luar biasa sambutannya. Malangnya 'Pidato Perdana' ini menyaksikan kerusi lebih banyak dari manusia.. Mungkin rakyat di Sarawak sudah muak mahu mendengar fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim yang bakal di sampaikan oleh Ezam.. (isu dia ni Anwar saja.. mana ada isu lain dah...) Saksikan gambar-gambar dari Pisaukarat dan baca juga apa pencacai UMNO tulis bagi menutup malu berikutan sambutan sangat hambar yang diberikan oleh rakyat Sarawak kepada Senator Kotak ini.. Berikut pula adalah laporan yang ditulis oleh pencacai BN Sarawak.. laporan nak cover malu... Jika sebelum ini dalam tempoh sebulan, Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan sebanyak 2 kali di Sarawak dan kesemua program yang dihadiri Anwar Ibrahim itu langsung tiada sebarang insiden provokasi. Berbeza dengan program BN, Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam bin Mohd Nor yang julung kalinya diadakan di Sarawak pada malam tadi telah mendapat provokasi melampau dan pengecut. Kehangatan kandungan ucapan YB Mohd Ezam semalam benar-benar telah menyebabkan telinga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang diketuai bekas calon DUN Asajaya dalam Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10, Arip Ameran pedas dan bernanah akibat pendedahan demi pendedahan yang melampau. Akibatnya, Arip Ameran tidak dapat mengawal tingkah lakunya sebagai seorang peguam syariah apabila berteriak semacam terkena penyakit histeria dan melompak-lompat seperti beruk peliharaan S.Ambiga. Akibat tidak dapat menerima kenyataan itu, perbuatan Arip Ameran dan kumpulannya telah menimbulkan kekecohan sehingga campurtangan polis. Biarpun insiden itu berjaya ditangani dengan baik oleh pihak polis namun provokasi yang dilakukan penyokong tegar Anwar Ibrahim itu telah menganggu majlis. Melihat kepada situasi malam tadi, perbuatan provokasi itu sememangnya telah diketahui lebih awal kerana budaya itu telah dipraktikan dalam PKR. Jika budaya itu menjadi kelaziman dalam PKR apatah lagi jika Pakatan Pembangkang memerintah. Pasti kucar-kacir Malaysia dibuatnya. - Cetusan Kenyalang |
Najib minta RM14 Billion lagi untuk dibelanjakan.. Posted: 14 Jun 2012 01:52 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan bil bekalan tambahan meminta sejumlah RM13.8 bilion lagi untuk dihabiskan tahun ini, mencetuskan kebimbangan pentadbiran Najib tidak akan dapat mengurangkan defisit dan melanggar had hutang berkanun. Rang Undang-Undang yang dibentangkan pagi ini oleh Kementerian Kewangan memperuntukkan RM360 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta untuk Kementerian Kerja Raya dan mencecah RM11.2 bilion untuk "perkhidmatan am perbendaharaan" dengan pilihan raya yang semakin hampir. The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) masing-masing akan menerima RM1.5 juta untuk diagihkan ke kawasan mereka dan bahawa parti pemerintah berkemungkinan mengadakan pilihan raya sejurus pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September depan. Perdana Menteri juga telah mengaku baru-baru ini bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kembali pemberian sebanyak RM500 awal tahun ini kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bernilai RM2.6 bilion. "Tambahan sebanyak RM360 juta diperlukan untuk membayar persiapan dan menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13," kata nota penerangan untuk amaun bagi SPR. Ia juga menggariskan RM7.5 bilion untuk subsidi "gas petroleum cecair, diesel dan petrol dan bantuan tunai" serta RM30 juta untuk Unit Penjenamaan Kebangsaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata akhir bulan lalu, kerajaan akan memastikan bahawa hutang Malaysia tidak akan melebihi had berkanun di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Pembiayaan Kerajaan kerana pengurusan kewangan negara yang berhemat. Beliau berkata hutang negara berjumlah 53.5 peratus daripada KDNK, yang berjumlah RM881 bilion bagi 2011 selepas semakan baru-baru ini, menyaksiakan Malaysia RM13 bilion daripada 55 peratus hutang. Pentadbiran Najib telah berikrar untuk mengurangkan defisit fiskal, yang menurun kepada 4.8 peratus tahun lepas dari paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun lebih tujuh peratus pada tahun 2009. Tetapi ekonomi Malaysia semakin perlahan, yang mencatatkan penurunan suku tahun ketiga berturut-turut dalam pertumbuhan kepada 4.7 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, telah menimbulkan persoalan sama ada kerajaan persekutuan boleh menyimpan perbelanjaan di dalam semakan. Penganalisis memberi amaran kepada Malaysia untuk lebih bersedia menghadapi kelembapan yang ketara di sini kerana peningkatan hubungan dengan rakan kongsi perdagangan utama termasuk China, pasaran kedua terbesar di dunia yang ekonomi berkata mengetuai bagi penurunan suku tahun keenam berturut-turut pertumbuhan dengan lebih teruk. Penyingkiran Greece dari zon Euro, akan menyebabkan kemelesetan kedua dalam masa empat tahun di Malaysia kerana keadaan di Eropah menimbulkan ancaman kepada ekonomi global, kata penganalisis Bloomberg. Bank Dunia juga menggesa Malaysia minggu lalu bagi mempercepatkan pembaharuan seperti pemotongan subsidi dan meluaskan yang cukai asas, inisiatif utama yang telah terhenti menjelang pilihan raya, jika ia mahu untuk mencapai sasaran Putrajaya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Jika BN terus berbelanja mengikut Belanjawan semasa, ini akan mempunyai kesan yang teruk kepada tahap defisit dan boleh melanggar had 55 peratus berkanun nisbah hutang-kepada KDNK," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. The Malaysian Insider |
Penasihat Kerajaan Malaysia bantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni bersembunyi? Posted: 13 Jun 2012 10:32 PM PDT "Kami akan menelusuri lebih jauh orang ini. Penting karena merupakan penasihat pemerintahan kerajaan di Malaysia," kata Wakil Ketua KPK Bambang Widjojanto kemarin. Ini laporan dari VIVAnews Indonesia.. VIVAnews - Dua orang penasihat pemerintah kerajaan Malaysia dibekuk bersama Neneng Sri Wahyuni, buronan polisi internasional yang juga istri mantan Bendahara Umum Partai Demokrat M Nazaruddin. Imigrasi sedang menyelidiki siapa dua sosok yang bukan orang sembarang yang diduga membantu pelarian Neneng ini. Menurut Maryoto, Imigrasi akan mendalami dan mencari tahu kapan dua orang penting Malaysia itu masuk ke Indonesia. Imigrasi juga akan menelusuri keduanya masuk dengan menggunakan dokumen keimigrasian jenis apa. "Bila sudah ada temuan, nanti sesegera mungkin akan kami sampaikan kepada publik," kata Maryoto. Dua orang berkebangsaan Malaysia yang turut dalam pelarian Neneng yakni, M Hasan bin Kushi dan Azmi bin Muhammad Yusof. Keduanya diduga ikut membantu pelarian tersangka kasus suap pengadaan Pembangkit Listrik Tenaga Surya (PLTS) di Kemenakertrans tahun 2008 itu saat di Malaysia. "Kami akan menelusuri lebih jauh orang ini. Penting karena merupakan penasihat pemerintahan kerajaan di Malaysia," kata Wakil Ketua KPK Bambang Widjojanto kemarin. - VIVAnews Ini pula laporan dari BERNAMA yang disiarkan oleh Malaysiakini.. Dua lelaki M'sia ditahan disyaki bantu Neneng Sri Wahyuni Dua lelaki warga Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Jakaarta semalam kerana disyaki memainkan peranan dalam membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas. Timbalan Ketua KPK, Bambang Widjojanto berkata kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di dua lokasi berasingan manakala Neneng ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta. "Kami sedang menyiasat peranan kedua-dua lelaki itu dalam pelarian Neneng selama beliau berada di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat KPK malam tadi. Katanya salah seorang daripada dua lelaki Malaysia itu merupakan orang penting dalam kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada lelaki itu memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri atau pusat. Adalah difahamkan seorang lelaki Malaysia itu ditahan selepas menemui suami Neneng, Muhammad Nazaruddin, dipenjara di Jakarta manakala seorang lagi ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu. Bambang berkata KPK sebelum itu telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat semalam. Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah. Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek Pengadaan Pembangkit Listrik Surya (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 hingga Ogos 2011. Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia. Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.- Bernama |
Bakal menantu dituduh menipu.. Rosmah tak kisah... Posted: 13 Jun 2012 08:53 PM PDT Beruntunglah mamat dari Kazakhstan tu nampaknya.. bakal dapat Mak Mertua yang sporting habis.. dituduh menipu RM62Juta pun dia tak kisah.. "Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber yang rapat dengan Rosmah.. Mungkin Rosmah tak kisah.. pasal bak kata pepatah.."Alah Bisa Tegal Biasa...".. korang faham-faham senidirilah ya.. Lagipun menipu RM62 Juta tu bukannya besar sangatpun... kalau nak dibandingkan dengan komisyen dari KD Altantuya tu.. tak termasuk dari Skyhawk lagi tu... Lagi katanya.. "dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri. Dia rasa anak dia tu cantik sangat ke? sampai ada orang sanggup menipu untuk masuk Universiti nak memikat anak dia? 'Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan' Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri. Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. "Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas. Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan. Laporannya sila baca di ( SINI ) Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta). Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev. Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat. Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana. Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post. Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran. Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri. Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi. Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Malaysiakini |
UMNO Terengganu anugerah pulau buat kroni? Posted: 13 Jun 2012 05:30 PM PDT 70 ribu tanah rakyat yang diluluskan sepanjang pemerintahan Pas 1999-2004. Itupun bukannya luas sangat. Kebanyakannya adalah lot tapak rumahsecara berkelompok seluas seekar bahagi 6 atau 8. Cukup-cukup untuk muat rumah sahaja. Kalau pertanian sekadar 1 ekar seorang. Tetapi paling kurang proses perlaksanaan janji manifesto Pas terus berjalan untuk setiap keluarga rakyat Terengganu memiliki rumah atau tapak rumah. Majoritinya adalah rakyat kelahiran Terengganu dan orang melayu. Dengan sokongan juruukur swasta, ianya berjaya dilaksanakan dengan cepat dan mudah. Tetapi malangnya apabila umno kembali berkuasa tahun 2004, jenayah pertama Idris Jusoh adalah mengeluarkan surat arahan kepada konsortium juruukur swasta menghentikan semua kerja-kerja ukur dan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah membekukan semua urusan tanah tersebut. Satu kezaliman yang pasti diingati sehingga kiamat. Maka bermulalah rampasan, meruntuhkan rumah yang dibina dan pelbagai aksi balas dendam Kerajaan Umno-BN yang berslogankan "Rakyat didahulukan". Allah itu Maha Berkuasa!. Bagaimana orang yang zalim sudah dibalas sebelum hari kiamat lagi. Idris Jusoh dimalukan oleh Allah Swt yang tiada sejarahnya di Malaysia ini. Diharapkan pemimpin Umno boleh mengambil iktibar. Tetapi malangnya. Kalau dah Umno tu… perangainya Umno jua lah. Memang tak berubah. Mat Said yang naik menjadi MB… awal pemerintahannya, Nampak macam semua rakyatnya adalah sama tanpa kasta. Mungkin dah tobat kot. Sikap gebebenya bertukar. Berkopiah dan berjubah. Tetapi ingatkan taubatnya sampai ke petang. Tetapi kini nampaklah belangnya seperti harimau dalam Zoo Bukit Takal jua. Tak boleh berlagak lagi macam kucing yang jinak tetapi hakikatnya sama spesis. Pemakan daging dan bangkai. Sikap samsengnya mula terserlah kembali. Apakah sekarang ni beliau adalah MB. Orang yang paling berkuasa. Bukan hanya Masjid Bujal yang diruntuhkan… bahkan semakin mengganas. Tanah sekolah agama rakyat seluas 1 Ekar di Paka pun dirampas dan dibahagikan sesama JKKK. Tanah Lot rakyat dirampas dan dibahagikan sesama penyokong Umno. Tanah Generasi kedua Felda Ketengah Jaya dirampas meskipun tanah siap ditanam batu penanda tetapi dengan rakusnya dijentolak sehingga rata. Tanah rakyat yang mengusahakan padi di setiu dirampas dan dibahagikan untuk jelapang padi kononnya. Tanah pertanian yang diusahakan petani di Jabi dirampas dan diserahkan kepada syarikat pengusaha ternakan udang beribu hektar dan rakyat hanya melopong sahaja. Yang mengejutkan… Mat Said dengan senang hati memberi sebuah pulau di Kenyir kepada Soo Beng Kiang. Pulau Serindit yang seluas 121 Ekar itumerupakan beratus kali lipat keluasan tanah rakyat yang dirampas. Bahkan diluluskan bersama pinjaman RM545juta oleh SME Bank iaitu agensi dibawah Kementerianyang jaga MITI. Inilah saksi betapa hipokritnya Umno-BN. Kini merekalah yang mendakwa pejuang melayu kononnya. Pejuang Islam dan penegak al-Quran. Orang lain sesat dan bapak Kapir. Kalau Pas tu macam-macam tohmahan dan fitnah. Kalau DAP tu khususnya negeri Pulau Pinang, Fitnah apa yang tidak dilemparkan. Lim Guang Eng tu macam sampah saje. Habis Soo Beng kiang tu jawa ke Apa? Anak jati Terengganu ke? Kenapa tak diberikan kepada Misbun Sidek dan adik beradiknya? Kenapa? Sebab melayu bodoh? Dalam ramai lagi anak Terengganu yang tiada rumah dan tiada tanah… Bahkan tanah mereka dirampas tetapi Umno BN senang-senang menganugerahkan sebijik pulau kepada Soo Beng Kiang. Mereka membahagikan sebelum bersara wakil rakyat 2 setengah ekar setiap seorang dikawasan yang mahal dan strategic tetapi menafikan hak sebahagian besar kakitangan kerajaan, bekas tentera untuk memiliki tanah. Ini bukan kali pertama Umno Terengganu menggadaikan tanah orang melayu nih. Bagaimana kita sedia maklum Umno memberi Vinsent Tan yg merupakan tokey judi seluas 300 ekar di Pulau Redang. Tanah yang amat bernilai dan berharga. Umno juga memberi 800 ekar tanah Awana di Kijal kepada Tokey Genting. Semua tokey tu judi. Berapa komisyen yang Umno dapat daripada tindakan khianat ini? Di Kijal tu... tanah ditepi jalan, strategik... bukan sikit-sikit tetapi 800 ekar. Apa yang kerajaan Terengganu dapat?. Yang pelik bin ajaib tuh.. pemberian tu termasuk sungai dan muara sungai sekali. Entah kemana lagi undang-undang tanah serta Jabatan parit dan saliran. Semuanya disapu. Tetapi apabila pemimpin ni pergi kat kampung... merekalah yang mendakwa sebagai pembela melayu. Pembela agama kononnya. Sedangkan inilah dia wajah-wajah penyamun tarbus yang merompak hak orang melayu. Sampai bila rakyat Terengganu ini nak diperbodoh dan dilembukan oleh Umno-BN. Pinjaman pelajar yang tak seberapa disekat dan dinafikan, tetapi pinjaman Soo Beng Kiang maupun Syahrizat diluluskan dengan mudah beratus juta. Binatang di Zoo diberi makan, rakyat sendiri dibiarkan kepapaan. Rakyat didahulukan kena… kroni dan pemimpin merembat sakan. Ko Pikir le sendiri, awang weh… Sumber: Ustaz Saiful Bahri |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan