shalehudin |
- Berbulu lagi la pecacai AMNO ngan gambaq nih...
- SAH Mampuih keraih la UMNO kali nie... kahkahkah...
- LIBYA: Gaddafi dah lenyap, BALA lain pulak hinggap
- VIDEO Anwar nak LESING Muhyiddin...
- Amboiiii!!! Tajamnya Hidung... kahkahkah...
- SERAM: Wajah dirakam bertukar ngeri
Berbulu lagi la pecacai AMNO ngan gambaq nih... Posted: 14 Jun 2012 09:48 AM PDT Sekali ushar ja dah nampak liuk lentok anak muda ni begitu bersemangat sekali. Inilah dia Leman Raja Lawak yang tampaknya bertambah hensem bila menyarung baju khas PAS ditemani kopiah putihnya... Lunyai la hang pecacai Amno nanti tibai... kahkahkah... Berbanding ngan penyokong layu puak Amno... Hanya nganga tunggu langau... Hidup segan mati tak mau... Kahkahkah... |
SAH Mampuih keraih la UMNO kali nie... kahkahkah... Posted: 14 Jun 2012 05:00 AM PDT "Jika UMNO tidak berubah UMNO akan diubah" Rakyat akan bangkit UBAH .. Kata Tamrin anak kepada Tun Ghafar Baba kepada Najib Razak melalui surat beliau.. |
LIBYA: Gaddafi dah lenyap, BALA lain pulak hinggap Posted: 14 Jun 2012 01:38 AM PDT SEORANG penduduk di wilayah Afrika Timur hanya mampu memandang jutaan belalang di kawasan kediamannya. Gaddafi lenyap, belalang juta pula hinggap TRIPOLI: Kebangkitan penduduk Arab yang digelar 'Arab Spring' yang menyaksikan kejatuhan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya mungkin memberi kesan yang tidak disangka-sangka di rantau Afrika Timur. Ini berikutan amaran pakar pertanian mengenai ancaman belalang juta yang bakal bergerak dari Libya ke negara jirannya. Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) memberi amaran, beratus ribu belalang membiak dan bergerak ke seberang sempadan yang tidak lagi dipantau kerajaan Libya berbanding ketika pemerintahan Gaddafi. Pakar kini percaya, kawasan penanaman di Niger dan Mali kini terancam apabila kelompok belalang juta itu bergerak dari Libya dan Algeria. Kemunculan serangga itu akan memberi bencana kepada ekonomi Mali dan Niger kerana ia berupaya memusnahkan kawasan tanaman besar dalam masa singkat. Dua negara itu terletak dekat Libya dan Algeria. DUA kanak-kanak melarikan diri daripada kumpulan belalang yang menyerang kawasan kediaman mereka di Afrika Timur.Amaran ancaman serangga perosak bergerak dari Libya ke negara jiran Keadaan itu disebabkan program kawalan serangga yang berkesan dilaksanakan ketika Gaddafi memerintah sudah lenyap sejak kematiannya. Pemimpin Libya itu dibunuh pemberontak pada Oktober tahun lalu menyebabkan beribu-ribu kilometer kawasan tanah tidak terjaga. Serangga bersayap itu mampu makan dengan banyak setiap hari dan ia semakin banyak serta boleh hidup di seluruh Afrika Utara disebabkan faktor kematian Gaddafi. Pegawai kanan peramal belalang juta FAO, Keith Cressman memberitahu akhbar Financial Times: "Kejatuhan Gaddafi memang faktor besar. Ia mengurangkan keupayaan Libya untuk memantau dan bertindak balas seperti biasa." Kawalan keselamatan di sempadan Libya kemudian banyak berkurangan di sempadan di antara Libya dan Algeria yang antara lain menyaksikan kegagalan menyembur racun bagi menghalang belalang juta mengganas. Banyak kelompok belalang juta dilaporkan berkumpul sekitar Libya dan Algeria bulan lalu selepas hujan lebat yang membantu menghasilkan pokok yang menjadi makanannya. Akhbar The Financial Times melaporkan, beberapa pasukan tempatan berjaya menyembur racun perosak itu di kawasan seluas 40,000 hektar di Algeria, and 21,000 hektar di Libya. – Agensi |
VIDEO Anwar nak LESING Muhyiddin... Posted: 14 Jun 2012 12:55 AM PDT Siapakah orang ini? Dari mana orang ini dapat duit banyak sangat? Apa hubungan orang ini dengan muhyiddin? ANWAR : SIAPA BAYAR SEWA RUMAH MUHYIDDIN - Harakahdaily Anwar Ibrahim mencabar Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri. "Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar. Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain. Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama. "Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah. "Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit... BOCORKAN LAGI.... kah kah kah.. kah kah kah... BOGEL KAN LAGI.... kah kah kah... kah kah kah.... TELANJANG KAN LAGI..... kah kah kah... kah kah kah... JANGAN BAGI CHAN.... kah kah kah... Brader TT |
Amboiiii!!! Tajamnya Hidung... kahkahkah... Posted: 13 Jun 2012 08:41 PM PDT Amboiiii.... tajamnya Hidung... kahkahkah... JANGAN JELES TAK PEPASAL PLAK NGAN ORANG TUA NIH... ATAU MARAHKAN GUA PASAL TONJOLKAN HIDUNG BININYA YANG TAJAM TU... SAMPAIKAN NAK HACKED GUA PUNYA BLOG SETENGAH NYAWA... GUA HANYA LUAHKAN RASA BERBULU GUA JA... KAHKAHKAH... BERBULU PASAI APA? NI HA KAT BAWAH NIE.... KEPADA PECACAI-PECACAI BE END... KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG BE END... TOLONG JELASKAN KENAPA RAKYAT DIPERBODOHKAN SEBEGINI RUPA... GAMBAQ NI BUKAN AMBIK DI KEMBOJA ATAU DI MYANMAR... APATAH LAGI DI MONGOLIA... KAHKAHKAH... TAPI GAMBAQ NI DIAMBIL DI MALAYSIA TERCINTA,,, DI NEGERI YANG PEMINPINNYA KAYA RAYA... DAH TUA TAPI BININYA AMAT MUDA... DENGAQ CERITA ORANG ARAB LAGI,,, TAPI RAKYAT TERPAKSA MENGHARUNGI KESUSAHAN BEGINI SETIAP HARI,,, PENCACAI UMNO KIRA PERIUK NASI MEMASING JA... DAPAT SEPULUH DUA, PUJI MENTERI MACAM RAJA... PIIIIRAAAHHH... JOM RAMAI-RAMAI UNDI PAKATAN RAKYAT WALAU DIMANA ANDA BERADA... Sumber... |
SERAM: Wajah dirakam bertukar ngeri Posted: 13 Jun 2012 05:30 PM PDT Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah. IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya. Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La'aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan 'IPOH' sebelum pulang ke Sabah. Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang. "Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi. "Mulanya saya berasa pelik. Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik. "Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly. La'aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian. "Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena. "Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja," katanya. Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan. Sinar |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan