Oleh: Msinc TBO
Pada 3hb Jun yang lalu,telah berlangsung ceramah yang bertajuk Ubah BN!Cukup 54 Tahun. Ceramah telah berlangsung di perkarangan rumah Keluarga Encik Nazari bin Dayit di Kampong Telok Bakong Hilir.Disebelah siangnya telah berlangsung majlis perkhawinan Saudara Shamsul Baha Kamaruddin.Kemeriahan majlis ini dibawa ke malam dengan berlangsungnya ceramah ini.Ini merupakan suatu kelainan kerana biasanya dimalam hari selalunya diadakan malam membelah kek atau permainan Kugiran.Tahniah kepada keluarga Encik Nazari kerana dapat membawakan suatu pembaharuan.
Antara penceramah yang berucap pada malam tersebut ialah Amran Harun Pembantu Khas Y.B Nizar Jamaludin,Dato Termizi Mat Jam,Pengarang Harakah,Blogger Sanggah Tok Sagor dan merupakan Bekas Calon DUN Bota 1994.Penceramah utama ialah Dr Muhaimin Sulam seorang Pensyarah Universiti Malaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Perak.Pengerusi majlis pada malam itu ialah Encik Rapaie Kasimi bin Bahari.
Dalam ceramahnya yang penuh bersemangat Dato Termizi Mat Jam menginggatkan kepada penyokong agar bersedia menghadapi PRU 13.Beliau beranggapan bahawa BN didalam keadaan yang paling teruk sehingga tidak berani untuk bubar Parlimen.Walaupun pelbagai program telah diadakan,BN masih tidak berjaya menyakinkan rakyat.Pembubaran Parlimen masih tidak dilakukan oleh PM adalah kerana mereka masih tidak yakin untuk memenangi PRU 13.Pilihan raya masih ditangguh hingga kesaat ini.Perhimpunan Bersih sengaja dihuru harakan supaya BN dapat memberi gambaran yang buruk terhadap himpunan ini.Seminggu sebelum itu semua editor dipanggil untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap Bersih 3.0.Media media utama juga tidak dibenar membuat liputan dan mengambil gambar.Semua video dan gambar akan dibekalkan oleh KDN.Peristiwa kereta Polis diterbalikan berlaku sebenarnya kerana kereta berkenaan telah merempuh 3 orang dan kereta diangkat untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit dibawah kereta tersebut.Tetapi ianya telah diexploitasi habis habisan oleh pihak media kawalan Umno.
Umno selalu melaungkan bahawa mereka yang membawa pembangunan.Mereka mendakwa jika Pakatan Rakyat memerintah Negara akan bengkrap dan mundur.Pas telah memerintah di negeri Kelantan selama 22 tahun.Pembangunan masih berjalan seperti biasa walaupun Kerajaan tidak member royalti minyak kepada kerajaan Negeri.Sebaliknya wang tersebut mengalir ke JKKP.Ini menyebabkan wang tersebut banyak digunakan untuk kepentingan Umno di Kelantan.Sebutharga untuk satu satu projek akan melambung tinggi kerana sebahagian wang tersebut akan disalur kepada tabung partai dan poket pemimpin.
Beliau menambah lagi bahawa sokongan terhadap Umno sudah bertambah lemah dimana mana tempat pun.Manakala hal yang berlawanan terjadi kepada Pakatan Rakyat.Ceramah ceramah PR mendapat sambutan yang hangat di seluruh Negara.Strategi terkini yang digunakan oleh Umno ialah dengan pengunaan samseng yang mencetuskan ketakutan kepada rakyat untuk mendengar ceramah pihak PR.Terbaru berlaku di Pantai Dalam dimana seorang warga emas telah dilastik dengan batu sehingga berdarah dibahagian dahi.Insiden Nurul Izzah yang hampir ditumbuk juga gara gara dari pengunaan samseng samseng ini.Perkara ini membuktikan BN sudah tidak segagah dahulu menyebabkan mereka menguna pelbagai cara untuk menyekat kemaraan PR.
Perubahan perubahan musti dilakukan dari kampung kampung.Dakyah dari Umno melaungkan bahawa DAP akan memerintah Negara.Persoalannya bagaimana DAP boleh memerintah dengan hanya bertanding 40 kerusi Parlimen.Diakhir ini Umno selalu berkempen bahawa PAS jadi tunggangan DAP kepada pengundi pengundi Melayu.Manakala MCA dan MIC akan berkempen bahawa Hudud akan dilaksana jika PAS memerintah kepada pengundi pengundi Cina dan India.Kajian kajian yang dibuat oleh Merdeka Center ,Zentrum dan dari Tun Zaim menunjukan bahawa BN akan selamat di tiga negeri sahaja iaitu Johor,Melaka dan Pahang sahaja dan ianya memberi isyarat bahawa PR akan bakal menawan Putrajaya.Kebelakangan ini telah ternampak perkembangan menarik berlaku di Johor.Penduduk telah berduyun duyun menghadiri ceramah PR.Sehinggakan Ghani Othman meramalkan sekurang kurangnya 13 kerusi Dun akan terlepas ke tangan PR.Ramai pemimpin utama PR diramal akan bertanding di Johor termasuk Lim Kit Siang dan Salehuddin Ayob.
Siri ceramah yang diadakan di rumah rumah persendirian ini sebenarnya memberi impak yang positif dalam pengembangan pengaruh Pakatan Rakyat.Ceramah begini adalah lebih berkesan kerana ia begitu hampir dengan rakyat dankesannya begitu mendalam terhadap satu satu kelompok kecil masyarakat.Dari pemerhatian,jiran jiran begitu respon kepada acara ini.mereka sangup bergotong royong untuk membuat persediaan dari segi peralatan dan makanan walaupun bukan semua yang menyokong PR.Mudah-mudahan dengan adanya penerangan yang padat dari penceramah dapat memberi landasan baru untuk masyarakat setempat membuka minda dan merubah senario politik negara.
Msinc-tempat ceramah ni dibelakang rumah jer.Harap harap ramai yang ambil iktibar…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan