shalehudin |
- Penjelasan lengkap isu tarian seksi di majlis PKR
- Mat Sabu cari pasai lagi... kahkahkah...
- HOT: Ramainya Melayu Derhaka kat Raja... kahkahkah...
- Subhanallah! Mayat masih elok selepas 19 tahun
- Wajah HENSEM Prof yang cerca Nik Aziz berserta Video...
- Sapa HAIRIE OTHMAN? Loyar, majistret... kahkahkah...
- BEDEBAH: Amah campur darah haid dalam kopi majikan dijel
Penjelasan lengkap isu tarian seksi di majlis PKR Posted: 05 Jun 2012 10:00 AM PDT Kat bawah neh ialah penjelasan penuh dan lengkap mengenai video tarian seksi di majlis PKR yang telah tersebar sebentar tadi ; Antara gambar tarian tradisional Betul ke tak betul ke, nak percaya ke taknak percaya ke itu terpulang pada pandangan masing2. Masing2 ada akal so masing2 boleh fikir baik buruk. Kalau ikut pendapat aku agak logik juga penjelasan dorang. Tak macam drama swasta sebelum neh yang mana kena balon dekat 20 orang dan kena kunci dari luar bilik hotel. Yang neh lebih realistik. Siyes. Bagi aku penjelasan kedua2 individu paling boleh diterima pakai sebab ; 1. Dia bagi no phone. 2. Mendekati kenyataan saksi kejadian. 3. Berserta bukti dan keterangan 4. Mengakui kesilapan. Dalam video terbabit ada bukti banner yang tertulis tarian tradisional. Aku dah check. Bab menghentikan persembahan tue aku tak pasti betul ke tidak. Sebab kalau korang dengar lagu ia mendekati chorus. So kita boleh anggap seminit hingga ke dua minit telah berlalu. Mungkin juga pihak penganjur telah melakukan perbincangan, pertanyaan dan semakan sebelum bertindak menghentikan majlis. Apa pun citer sebenar aku memang taktau. So malas aku nak cakap lebih2. Bagi aku kalau seme yang hadir disitu ialah orang2 PR maka mustahil dorang akan upload video tersebut di youtube bagi menjaga nama baik parti. Apa yang aku dapat analisis ialah memang ada kemungkinan besar bahawa majlis tersebut telah dirancang untuk disabotaj. Aku tatau siapa sebenarnya yang berperanan dalam mensabotaj majlis tersebut. Adakah pihak penganjur atau pihak penaja ataupun kedua2 pihak bergabung ataupun kedua2 pihak langsung tiada kaitan dengan program tersebut cuma apa yang aku boleh nampak sekarang neh ialah pihak pr kena ahti2 lah di lainkali. Tolong semak siapa lawan dan siapa kawan anda sebelum melakukan apa2 bagi mengelakkan tragedi tarian seksi neh berulang kembali. Orang yang puji kita tak semestinya ikhlas dengan kita, orang yang kritik kita tak semestinya anti kita. Jadi pandai2 larh nak hidup. Oke. Ameno : Penaja sabotaj ataupun penaja tak peka? Penaja = yang keluarkan duit untuk buat program pkr der.. |
Mat Sabu cari pasai lagi... kahkahkah... Posted: 05 Jun 2012 08:03 AM PDT |
HOT: Ramainya Melayu Derhaka kat Raja... kahkahkah... Posted: 05 Jun 2012 05:35 AM PDT 80 peratus orang Melayu derhaka kepada Sultan dan Raja? Oleh: amkns "Kajian pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat lima waktu. Kemungkinan besar majoriti 80 peratus ini adalah orang Melayu. Sultan serta Raja adalah merupakan Ketua Agama Islam negeri. Kita perlu taat kepada Sultan dan Raja dalam pekara kebaikan. Dan solat adalah perkara kebaikan. Mereka yang meninggalkan solat bukan hanya berdosa kepada Allah, malahan dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia , orang Islam atau orang Melayu yang meninggalkan solat juga derhaka kepada Sultan dan Raja. Apakah hukuman yang sewajarnya di dunia ini kepada orang Islam dan orang Melayu yang derhaka kepada Sultan dan Raja kerana meninggalkan solat? Bagaimana pula orang Melayu yang berjudi haram (tanpa lesen) dan berjudi? Bagaimana pula orang Melayu yang mengamalkan sihir? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang minum arak? Adakah mereka ini berdosa kepada Allah serta derhaka kepada Sultan dan Raja selaku Ketua Agama Islam? ************ Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini. Sumber: zaimhilmi.blogspot.com ************ Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri. Sumber: agendadaily.com ********** Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-Maksudnya : Dari 'Auf bin Malik, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu kasihi dan pemimpin itu pula mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka itu dan mereka pula mendoakan kamu. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 59 :- Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan kepada Ulul-Amri (orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu). Raja atau kepala negara adalah termasuk sebagai Ulul-Amri, perintah ketua wajib dipatuhi, dan dilaksanakan selagi bukan perintah ke arah dosa dan maksiat. Sebagaimana hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya : Dari Abdillah, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sungguhnya baginda bersabda : Seorang muslim itu wajib taat dan mendengar perintah ketua atau pemimpin samada rela atau tidak, selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat. Sumber: www.masjid.gov.bn" |
Subhanallah! Mayat masih elok selepas 19 tahun Posted: 05 Jun 2012 01:00 AM PDT Palestin – Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada' Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu. Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu. Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar'ie, Syeikh Yusuf Ad'is berkata, "Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah." Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada'. Manakala, 12 dari cebisan syuhada' akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza. Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada' di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada' Nya. "Syahid cita tertinggi kami!" |
Wajah HENSEM Prof yang cerca Nik Aziz berserta Video... Posted: 04 Jun 2012 10:21 PM PDT Celaka Malam Penghinaan Orang Bertaraf Prof Terhadap Tok Guru Nik Aziz Saya baru mendengar kritikan dan cercaan seorang Dr bernama Nasoha Saabin yang tahap pendidikan dan ilmunya bertaraf profesor terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya terkejut mendengar cercaan ataupun tuduhan yang kepada saya agak melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang berdarjat sarjana setinggi itu. Saya tidak dapat menahan marah dan rasa terkilan lantas saya terus membuat posting ini setidak-tidaknya bagi menyejutkan gelora di hati. Dengarlah sendiri apa komen sang prfesor ini dalam you tube di bawah: JOM KITA DISLIKE RAMAI2 VIDEO DIA DI YOUTUBE... Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini. Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia. Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah. Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis? Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian. Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu. Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala notak juga mula dhinggap penyakit birat mulut. Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/) Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila.- MSO |
Sapa HAIRIE OTHMAN? Loyar, majistret... kahkahkah... Posted: 04 Jun 2012 06:00 PM PDT |
BEDEBAH: Amah campur darah haid dalam kopi majikan dijel Posted: 04 Jun 2012 05:55 PM PDT SINGAPURA- Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia mengaku bersalah mencampur darah haid ke dalam kopi majikannya. Dia dipenjarakan selama sebulan semalam atas perbuatan itu di kediaman majikannya pada 31 Ogos tahun lalu lapor The Straits Times. Mahkamah diberitahu Jumiah mahu menukar majikan selepas bekerja dengan keluarga itu selama satu setengah bulan. Bagaimanapun, permintaannya ditolak. Dia kemudian mencampur darah haidnya ke dalam minuman majikannya. Dia menyangka majikannya akan bersikap lebih baik dengannya selepas meminum minuman itu dan bersetuju untuk menghantarnya kembali ke agensi pembantu rumah. Dia meletakkan darah haidnya dalam botol plastik pada 26 Ogos dan menyimpannya. Lima hari kemudian, dia mencampurkan bahan itu ke dalam kopi majikannya yang berusia 37 tahun yang kemudian meminumnya sebelum pergi bekerja. Perbuatannya itu terbongkar apabila ibu majikannya menemui botol berisi cecair berkenaan dan menyoal Jumiah mengenai kandungan itu. - Straits Times |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan