Addin |
- Nampak Sangat Najib Bengang Giler Kat Rakyat, Depan YDP Agong Pun Jadi..
- Ikuti Jawapan AMK Penang Berkenaan Isu Tarian Seksi Bertam Nite
- Dua Pegawai Polis Johor Siasat DS Nizar Esok
- Najib Amat Terdesak, Hentam BERSIH Dalam Ucapan Perasmian Tilawah Al-Quran
- Menteri Nih Kantoi Di Tangan Wartawan..
- Bongkar!! Jawapan Menteri Nih Akhirnya Terjawab
- Gambar Rumah Mewah Tan Sri Sheikh Kadir Mula Di Sebarkan
Nampak Sangat Najib Bengang Giler Kat Rakyat, Depan YDP Agong Pun Jadi.. Posted: 05 Jun 2012 10:28 AM PDT Semalam PM Najib dalam ucapan sembah tahniah tidak berucap dengan kemas, meninggi suara dan bernada marah dan geram. Malah kandungan ucapannya juga tidak mencerminkan sembah tahniah pada DYMM SPB YDP Agung, tidak mendoakan kesejahteraan ke atas baginda yang sedang bersemayam menyambut Hari Keputeraan. Sebaliknya isi ucapannya memberi amaran kepada rakyat bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan dan keamanan negara.... Adakah ucapan ini sesuai untuk Hari Keputeraan? Siapalah agaknya yang buat ucapan tu?Siapalah agaknya yang mencucuk dan membakar semangat PM? Salah tempat atau salah ucapan? Anak saya yang sekolah menengah pun tanya, ayah, ini ucapan politik ke ucapan sembah tahniah Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agung? Mungkin ada cacai umno boleh tolong jawab? Boleh jadi cacai umno yang tolong buat ucapan itu agaknya. |
Ikuti Jawapan AMK Penang Berkenaan Isu Tarian Seksi Bertam Nite Posted: 05 Jun 2012 09:02 AM PDT Isu tarian Bertam Nite anjuran PKR bertambah hangat. Hampir kebanyakan blog telah menyiarkan video tersebut. Dalam kita mengata Umno menganjurkan program berbentuk maksiat, parti komponen Pakatan Rakyat pula yang mengikut jejak langkah Umno. Jikalau di perhatikan betul-betul, memang sah lah program Bertam Nite di anjurkan oleh PKR, namun AMK mengatakan bahawa majlis nih telah di sabotaj. Di sabotaj oleh siapa, Addin pun tak tahu.. Ikuti jawapan dari saudara Khairul Nadzmi bin Ramri AMK Pulau Pinang.. |
Dua Pegawai Polis Johor Siasat DS Nizar Esok Posted: 05 Jun 2012 08:13 AM PDT Esok 6 Jun ,dua orang pegawai polis dari IPD Johor Bharu akan mengambil keterangan DS Nizar di Pejabat PAS Negeri Perak,di Medan Istana ,Ipoh. DS Nizar dengan nasihat peguam-peguam beliau yang diketuai Peguam Tuan Asmuni Awi,hanya akan memberi keterangan di Pejabat PAS negeri Perak. Dijangka pada 2.00 petang esok,Rabu pegawai dari Polis Johor akan bertemu DS Nizar.Peguam DS Nizar akan membuat sidang akhbar sebaik selesai,keterangan beliau di ambil. ~sisibukit |
Najib Amat Terdesak, Hentam BERSIH Dalam Ucapan Perasmian Tilawah Al-Quran Posted: 05 Jun 2012 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR 5 Jun - "Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran," kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty. Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi. Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi. "Kita merasa hairan dengan segelintir rakyat Malaysia yang sengaja menjadikan Tanah Suci Makkah sebagai tempat meluahkan emosi di bawah telunjuk parti tertentu dengan kononnya membawa mesej berhimpun secara aman, bergambar dengan memakai baju kuning sambil memegang kain rentang 'Bersih 3.0′ dan ditonton oleh seluruh dunia," demikian ucapan Najib. Antara lain, Presiden Umno itu turut menyentuh isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang kononnya cuba dipelopori oleh setengah pihak bagi menyebarkan fahaman salah kepada masyarakat. Bagaimanapun, ucapan beliau itu mendapat reaksi negatif daripada hadirin yang meluat dan menggelengkan kepala ketika mendengar tohmahan berbaur politik itu. Mengulas lanjut, Dr Mohd Nur menyifatkan tindakan itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno dalam menggunakan segala kesempatan yang ada bagi menarik balik sokongan rakyat. "Pelbagai propaganda telah mereka (kerajaan) lakukan tapi ternyata rakyat tak termakan umpan kerajaan terutama dalam isu Bersih dan Felda. "Umno sekarang berada dalam keadaan 'defensive' demi mempertahankan kedudukan mereka kerana sedar rakyat sedang menunggu untuk menukar kerajaan," kata Dr Mohd Nur dihubungi Keadilan Daily. ~keadilandaily |
Menteri Nih Kantoi Di Tangan Wartawan.. Posted: 05 Jun 2012 03:24 AM PDT Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilihat enggan menjawab secara langsung berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW15 bernilai RM24,200 baru-baru ini walaupun diasak hebat pemberita. Melihat perkara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tampil mencelah dengan berkata, wang berkaitan hanya "dari tangan kanan kiri kepada tangan kanan" apabila semua wang yang menjadi dana kerajaan disatukan daripada semua kementerian. Liow semalam mempertahankan bidaan itu dengan berkata kementeriannya mengganti kereta rasmi, sekali gus memerlukan nombor pendaftaran baru. Bagaimanapun, awal pagi ini, Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru. Berikut sedutan dialog Liow dengan pemberita dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur: WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta? LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran. Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini. WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya? LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ. WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya? LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ. WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak payar bidaan untuk... LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali. WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan? LIOW: Ya. |
Bongkar!! Jawapan Menteri Nih Akhirnya Terjawab Posted: 05 Jun 2012 12:49 AM PDT Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan tiada peruntukan ditetapkan kepada menteri untuk membida nombor pendaftaran bagi kenderaan rasmi mereka. Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini memetik kenyataan seorang pegawai kementerian yang tidak dinamakan, bahawa kementerian itu tidak pernah menetapkan peruntukan untuk tujuan seperti itu. Pegawai berkenaan ditanya mengenai penjelasan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam, bahawa bidaan RM24,200 untuk nombor "WWW 15" itu adalah untuk kenderaan rasmi menteri berkenaan. Liow juga menjelaskan bahawa bidaan itu dibuat oleh pegawainya, namun mengelak apabila ditanya siapa yang menanggung bayaran RM24,200 itu. Dalam perkembangan berkaitan, bekas menteri Tan Sri Fong Chan Onn mendakwa setiap menteri diperuntukkan satu nombor pendaftaran untuk kenderaan rasmi mereka. Bekas naib presiden MCA itu juga mendedahkan, tiada harga siling ditetapkan untuk nombor pendaftaran tersebut kerana ia disediakan secara percuma oleh kerajaan. ~malaysiakini Addin: Menteri putar belit.. |
Gambar Rumah Mewah Tan Sri Sheikh Kadir Mula Di Sebarkan Posted: 05 Jun 2012 12:00 AM PDT Gambar rumah mewah yang dikatakan milik Tan Sri Sheikh Kadir mula di sebarkan oleh blogger Umno. Addin perhatikan gambar-gambar nih mula di sebarkan pada 4 Jun. Sejauh mana kesahihan gambar-gambar nih masih dipertikaikan. Memang dasar Umno, menggunakan politik peras ugut kepada mana-mana ahlinya yang keluar parti. Namun, jika individu terbabit betul-betul bersih apa yang hendak di risaukan. Tetapi untuk kepastian, individu terbabit perlu menjawab isu nih bagi pencerahan kepada masyarakat. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan