shalehudin |
- Hebat betoi orang tua nih... hehe...
- HOT: Rakyat Penang TUNJUK PERASAAN?
- Aziz Satar stabil, Osman Kering kritikal
- UMNO termonyeh macam kerang busuk...
- Ni la CARA nak jaga integriti SPR... kahkahkah...
- Strategi PR tawan Putrajaya terbongkar (JOM BACA)
- Serang ANWAR: Umi Hafilda amat KESAL...
- Lain macam ja stetment Dr Asri nih...
Hebat betoi orang tua nih... hehe... Posted: 26 Jun 2012 09:22 AM PDT Saya doa jatuhkan pemimpin zalim - Khatib BUKIT MERTAJAM: Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid (gambar) di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah. Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan. Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah. "Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati? "Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya). Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian. Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'. Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan. Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang. Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam. - Harakahdaily |
HOT: Rakyat Penang TUNJUK PERASAAN? Posted: 26 Jun 2012 08:21 AM PDT TUNJUK PERASAAN... Gambar Anggota Parlimen kawasan Bukit Gelugor Karpal Singh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer dikoyakkan dari papan iklan yang dipacak di persimpangan Jalan Udini, George Town, Selasa.
Mungkinkah rakyat di kawasan tersebut mula tunjuk perasaan kepada wakil rakyat mereka.
Walaubagaimanapun, wajah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan timbalannya Mansor Othman masih tertera pada papan iklan berkenaan. -foto BERNAMA Ni lah petandanya gerombolan dah naik sasau dan angau... Depa dah kemaruk kuasa sehingga penyakit sasau dan angau semakin menjadi-jadi. Depa sengaja buat-buat tak tau. Puak gerombolanlah yang jadi hantu sebelum gempaq orang kampung dengan cerita-cerita hantu. Bukan orang tak tau, TUNJUK PERASAAN jenih perlingkup harta benda ni sememangnya di juarai oleh puak-puak gerombolan. Tak payah nak berselindung selindung lagi. Depa perlingkup poster orang, ambik gambar taruk muka depan... Buat kenyataan sebagai tunjuk perasaan dari rakyat Penang.... piiiraaahhhh.... Tak dinafikan, memang ada sekerat dua yang tak puas hati dengan kerajaan negeri Pakatan Penang nie... tapi tu semuanya balaci-balaci dan macai-macai UMNO la... ISHHH... MEMANG BETOI LA, BENGONG TERCIPTA UNTUK BANGSA UMNO... Kahkahkah... |
Aziz Satar stabil, Osman Kering kritikal Posted: 26 Jun 2012 04:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Keadaan artis veteran Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lalu, dilaporkan stabil. Aziz, 87, yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan, masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi yang berada di hospital berkenaan hari ini bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz, berkata keadaan artis veteran itu disahkan anaknya. Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan Sabtu lalu. Aziz adalah antara pelakon dan pelawak yang popular dan pernah membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi. Sementara itu, pelakon dan pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, pula dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat. Isteri beliau, Che Norhayati Che Omar,48, berkata tekanan darah dan nadi suaminya tidak stabil. "Suami saya dirawat di HUKM sejak 11 Jun lalu masuk hari ini sudah 16 hari dan doktor juga mengesahkan suami saya terkena jangkitan paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang," katanya. Antara filem yang dibintangi Osman Kering ialah Kantoi, Senario The Movie I, Tentang Bulan dan Man Laksa. - BERNAMA |
UMNO termonyeh macam kerang busuk... Posted: 26 Jun 2012 03:36 AM PDT Letak jawatan untuk tumpu tumbangkan Umno-BN Oleh RAFIZI RAMLI Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN. Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional. Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu. Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini. Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik partinya. Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional. Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka. Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional. Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik. Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan. Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka. KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat. Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka. Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri. Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor. Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka. |
Ni la CARA nak jaga integriti SPR... kahkahkah... Posted: 26 Jun 2012 02:50 AM PDT SPR buat laporan polis berhubung fitnah dalam Harakah PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap badan bebas itu yang disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah (Bil.1750. 21-24 Rejab 1433/11-14 Jun 2012). Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Ia juga bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Akhbar itu menyiarkan laporan mengenai pengakuan Zulkifli Ismail yang mendakwa satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi dan mendakwa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor. Laporan itu turut memuatkan kononnya pada pilihan raya umum 2008, tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain. Zulkifli turut menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi. Selain itu SPR juga didakwa menggunakan nama pengundi yang telah dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi. Zulkifli juga mendakwa daripada sumber maklumat yang diperolehnya, kad pengenalan (MyKad) palsu telah dibuat di sebuah kilang di Klang, Selangor dan cip dalam pengenalan itu adalah dari China. - BERNAMA |
Strategi PR tawan Putrajaya terbongkar (JOM BACA) Posted: 25 Jun 2012 10:52 PM PDT Strategi PR untuk merakyatkan Putrajaya Menyedari bahawa beberapa buah kubu kuat tradisional Barisan Nasional perlu ditawan untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai sedang merancang untuk bergerak keluar daripada kubu kuat mereka dan bertanding di kawasan-kawasan parlimen utama yang kini disandang oleh BN. Strategi ini perlu jika Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 110 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13 seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai langkah pertama strategi ini di seluruh negara, kerusi Parlimen Pandan di Selangor yang kini dipegang oleh bekas Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah dikenal pasti dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli telah dinamakan sebagai calon Pakatan untuk merampas kerusi berkenaan. Satu lagi langkah strategik yang sedang dipertimbangkan adalah meletakkan supremo DAP Lim Kit Siang di Segamat, Johor, yang dianggap sebagai kerusi yang selamat bagi BN. Kerusi itu telah disandang oleh MIC selama beberapa penggal dan MP semasa adalah Dr S Subramaniam, seorang Menteri Kabinet dan Timbalan Presiden MIC. Segamat mempunyai 44,873 pengundi Cina membentuk 47%, Melayu 43% dan India 10%. Ia adalah kawasan yang ideal untuk Kit Siang untuk merampas kerusi berkenaan daripada BN. DAP sentiasa bertanding di Segamat tetapi tidak pernah menang walau sekali pun. Melihat kepada perkembangan semasa, Kit Siang dengan mudah akan meraih majoriti undi Cina dan dengan sedikit sokongan daripada PKR, PAS dan pengundi India, beliau akan mudah memenangi kerusi berkenaan. Seorang pemimpin MIC dari Segamat berkata: "Untuk beberapa ketika terdapat desas-desus bahawa naib presiden PKR Chua Jui Meng akan bertanding di Segamat dan akhir-akhir ini terdapat cakap-cakap bahawa Kit Siang akan menentang Subramaniam." "Hanya orang sehebat Kit Siang akan dapat memenangi Segamat. Ia akan menjadi satu tugas yang sukar bagi pemimpin DAP biasa kerana Subramaniam adalah seorang menteri Kabinet. " Pada tahun 2008, Subramaniam memenangi kerusi Segamat dengan majoriti hanya 2,991 undi. Oleh itu, ia tidaklah begitu sukar untuk Kit Siang mengalihkan sokongan kepada DAP dan Pakatan Rakyat. Sebagai perbandingan, kerusi Ipoh Timur yang merupakan kerusi majoriti Cina di Perak, dengan mudah boleh dimenangi oleh mana-mana calon lain atau pendatang baru DAP. Pada tahun 2008, Kit Siang telah memenangi Ipoh Timur dengan majoriti 21,942 undi. Langkah Kit Siang juga akan sejajar dengan strategi Pakatan mengisytiharkan Johor sebagai negeri barisan hadapan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dijangka bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 kerana ia adalah negeri kelahiran asalnya. Pemimpin lain yang dijangka bertanding di Johor ialah Dato' Dr. Chua Jui Meng, bekas Ahli Parlimen Bakri, Johor. Memandangkan Bakri secara tradisinya dipertandingkan oleh DAP, Chua berkata beliau mengintai parlimen Gelang Patah yang mempunyai 54% pengundi Cina. PKR pernah bertanding di kerusi itu pada tahun 2008. Dengan langkah-langkah yang dijangkakan ini, Johor, yang telah sentiasa dianggap sebagai kubu kuat BN akan menjadi negeri tumpuan untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya. Anwar bergerak ke KL atau S'gor? Begitu juga pemimpin PKR juga dikatakan merancang untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin utama Umno dengan bergerak keluar dari tempat duduk tradisional mereka yang selamat. Satu contoh klasik ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang telah berjaya menewaskan orang kuat wanita Umno Baru, Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai pada tahun 2008. Menurut sumber PKR, Permatang Pauh yang dianggap sebagai kerusi yang selamat untuk PKR, Anwar sendiri boleh bergerak untuk bertanding di Kuala Lumpur atau Selangor. Anwar boleh bertanding di Sepang atau Sabak Bernam di Selangor yang kini dipegang oleh BN dan yang dipertandingkan oleh PKR pada tahun 2008. Nurul Nuha, anak perempuan kedua Anwar, mungkin akan mengganti tempat Anwar, bertanding di Permatang Pauh dan akan dibantu oleh ibu yang juga merupakan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan. Wan Azizah tidak akan dapat bertanding bagi kerusi Parlimen untuk tempoh selama lima tahun sejak beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2009 untuk membuka jalan kepada suaminya bertanding di Permatang Pauh. Sementara itu, sumber-sumber Pakatan berkata salah satu sebab mengapa pemimpin utama pembangkang memilih untuk kekal di kerusi selamat mereka adalah bahawa mereka boleh bergerak di seluruh negara untuk berkempen bagi pihak masing-masing tanpa perlu bimbang mengenai kerusi mereka sendiri. Jika mereka memilih tempat yang baru, maka mereka akan tenggelam di kawasan mereka sendiri dan tidak akan dapat memberi sumbangan kepada pihak masing-masing di kawasan sengit yang lain. Walau bagaimanapun, jika kubu utama tradisional kerusi BN tidak dikuasai, maka Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13 nanti. Satu-satunya cara untuk melakukan ini adalah untuk 'meriam-meriam besar' Pakatan Rakyat bergerak keluar daripada tempat selamat mereka untuk berusaha mengambil-alih kerusi yang disandang pemimpin-pemimpin BN di kubu masing-masing. Oleh Rajah RJ (pemerhati dan penulis politik dan isu-isu sosial) |
Serang ANWAR: Umi Hafilda amat KESAL... Posted: 25 Jun 2012 08:16 PM PDT dollah yankee - Umi Hafilda cukup terkilan dan kecewa dengan sikap kebanyakan Pak-Pak Menteri dan Ketua-Ketua umno yang lain kerana asyik makan gaji buta di-mana dalam tugas untuk kes 'serang Anwar', dia kata yang hanya dia seorang saja yang bekerja keras untuk jatuhkan Anwar manakala mereka yang lain-lain semua sedang tidurrr !!! Dia berkata demikian semasa di temu ramah 'paper' milik umno utusan, selepas memberikan ceramah politik di satu kampong semalam. Dari segi lain pula, bila di-amati betul-betul ayat-ayat umi ini jelas menunjukan yang umno/BN sedang kritikal dan hanya dengan 'bring Anwar down' sahaja yang boleh menyelamatkan mereka. Ummi tak takut ugutan, ancaman ROMPIN 24 Jun - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin. Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara. "Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara. "Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan. "Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," katanya. Utusan Meloya |
Lain macam ja stetment Dr Asri nih... Posted: 25 Jun 2012 05:03 PM PDT Lain macam ja stetment Dr Asri nih... hehe... Ni dah kira stetment ala-ala mintak maki dari MACAI-MACAI Umno... Kahkahkah... "..Saya hairan apa ancaman sebenarnya yg. akan dihadapi orang Islam sekiranya ada perubahan pentadbiran negara selepas PRU13 nanti.." "..Adakah masjid akan diruntuhkan.. orang Islam tidak boleh solat lagi.. jadi kita hendak tahu apa yg. terancamnya apabila orang Melayu MEMBUAT PERUBAHAN POLITIK BARU..." -Ustaz Dato' Dr. MAZA Ishhh.... Takkan pasai aura Nik Aziz dah hasut kepala dia kot... hehe... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan