AdukaTaruna |
Posted: 26 Jun 2012 08:07 AM PDT Deal dengan OCPD, UMNO himpun kul 10-12. Royalti kul 9-11. UMNO serah memo kul 12, Royalti serah memo kul 11. Jam 10-11 adalah waktu kritikal. OCPD cakap kena bahagi kawasan. Gua bawak dalam meeting dalam 5-6 kali kemungkinan UMNO sampai awal. Tapi ditolak atas alasan UMNO susah bangun pagi. Sebab gua tak percaya, gua sampai jam 7 pagi. Sorang2. 15 minit kemudian group UMNO sampai. Dalam 15 orang. Gua sms gua vs 15 sekarang ni. Tapi still takda apa2 berlaku. Diorang buat kerja diorang. Gua buat kerja gua. Program UMNO bermula jam 10 pagi. Itu keputusan OCPD dan meeting. Kalau lu tgk video boleh tgk bagaimana kami (R) di depan dan UMNO di belakang. Kalau kami langgar kawasan, seawal 7.30 semasa gua vs 15 lagi dah kena belasah. Tapi takda pun. Malah siap tanya nak pinjam tali rapia lagi. Menjelang 8.30, perhimpunan R mahu bermula, UMNO pun kata nak mula. Deal dengan OCPD jam 10. Mula halau peserta R. Baru nak berunding dengan polis uniform dan preman, Pengerusi TUKAR tolak badan gua. Jeming terus sound. Automatik group 15 orang tadi menyerbu memukul group yang berbincang. Beberapa rakan dibelasah termasuk 2 polis pakaian preman. Pun kena belasah gak. Dalam kalut mempertahankan diri tu, sampai gua ke tengah jalan, beberapa rakan tarik gua dari terus berada dalam kumpulan tu. "Dah Aduka, dah aduka! Lu dah berdarah." Gitu la lebih kurang. Penyudahnya puak2 ni demo depan SUK, gua demo dengan nurse n misi kat spital. Padan muke gua. Sidang Media kat sini : http://www.ustream.tv/recorded/23572310 |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan