Isnin, 25 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


MALU besaq woo kalau terkantoi camnie... hehe...

Posted: 25 Jun 2012 09:48 AM PDT

LAGI SEKALI UMNO KANTOI!!!!...BEKAS PENGARAH SIASATAN BADAN PENCEGAH RASUAH ( BPR ) DATUK RAZAK IDRIS NAFIKAN YANG DSAI ARAHKAN BELIAU BUAT AKUAN BERSUMPAH MENAFIKAN WUJUDNYA SIMPANAN TERSOROK RM3 BILLION KEPUNYAANYA.. SEBALIKNYA BELIAU DIARAHKAN BERBUAT SEDEMIKIAN OLEH KETUA PESURUHJAYA SPRM SENDIRI DATUK SERI AHMAD SAID HAMDAN!!!


Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Razak Idris telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan oleh 2 akhbar arus perdana milik UMNO, NST dan BH, mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beliau untuk mengeluarkan suatu akuan berkanun bersumpah yang membersihkan bekas menteri timbalan perdana kononnya RM3 bilion akaun bank tidak wujud seperti didakwa.

Apa yang dilaorkan oleh New Straits Times dan Berita Harian pada 21 Jun 2012 adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya Datuk Abdul Razak Idris berkata itu arahan untuk mengeluarkan akuan berkanun bersumpah datang dari Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, dalam usaha untuk mengelakkan suatu sepina oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah saman terhadap NST pada tahun 2009 yang difailkan oleh DSAI..

"Saya tidak diarahkan oleh Anwar tetapi telah diminta oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi mengelakkan dirinya atau pun pegawainya daripada disapina oleh DSAI sebagai saksi plaintif dalam saman sivil terhadap NST pada akhir tahun 2009," Razak dipetik sebagai berkata apabila dia kembali dari Indonesia sebagai tindak balas kepada laporan terbaru.

NST pada 21 Jun yang dipetik Razak sebagai berkata bahawa beliau telahdiarahkan oleh Anwar untuk mengeluarkan akuan berkanun.

LEPAS SATU-SATU UMNO TERKANTOI TERGIGIT LIDAH....

SEMAKIN KUAT UMNO FITNAH , SEMAKIN DEKAT LUBANG KUBUR BUAT UMNO

Omakkau.blogspot.com

Video Nizar yang kurang sopan...

Posted: 25 Jun 2012 08:35 AM PDT

Tingkah laku Nizar yang sungguh kurang sopan...
Menghasut rakyat jelata supaya membenci politik Najib dan Rosmah...
Kahkahkah...

Amboii!!! Bersopannya Najib ngan bangsa cina...

Posted: 25 Jun 2012 05:10 AM PDT

Melayu Najib maki dengan kata HARAMJADAH,dengan orang Cina Najib pujuk

Kita tentu masih ingat siapa yang kata HARAMJADAH kepada orang Melayu. Orang tu tak lain tak bukan ialah Najib sendiri.Najib tak kata kepada orang Cina dan India HARAMJADAH tapi apabila orang Melayu lawan Umno Najib sanggup kata HARAMJADAH!

Kini Najib pujuk orang Cina dengan kata:

Abaikan label 'pendatang' (Malaysiakini)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa masyarakat Cina supaya tidak tersinggung dengan golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang kerana kenyataan itu dibuat oleh "yang tidak berapa betul."

Katanya golongan yang mengeluarkan kenyataan seperti itu berniat untuk melukakan perasaan masyarakat Cina dan pentadbirannya tidak berkongsi pandangan sebegitu.

Dalam masyarakat mana sekalipun wujud segelintir individu seperti itu, katanya dalam dialog bersama kira-kira 2,000 anak muda masyarakat Cina di Universiti Malaysia petang ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab satu soalan daripada peserta berkenaan berhubung tindakan kerajaan ke atas golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang.

Katanya lagi, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat wujud seorang penceramah agama daripada gereja kecil di Florida yang mahu membakar al-Quran.

Tambahnya, pentadbiran beliau mengiktiraf golongan Cina sebagai warga Malaysia sepenuhnya di negara ini.-M'kini

Adakah orang Melayu tak rasa apa-apa apabila Najib maki Melayu dengan kata HARAMJADAH? Najib adalah daripada kelompok Melayu yang maki Melayu.Najib ingat orang Melayu dapat RM500, Melayu dapat RM100 Najib boleh maki Melayu ikut suka!Pandai na pujuk orang Cina, hati Melayu tak payah jaga sebab Najib ingat maki dengan kata HARAMJADAH tetap akan sokong Umno!

Najib ingat bila dia pujuk orang Cina depa akan beralih sokong Umno-BN. Najib ingat kita ni apa?

Najib Yang Terhegeh-hegeh...

Posted: 25 Jun 2012 02:21 AM PDT

Najib Kafankan Transformasinya Sendiri

Oleh Shabudin Husin

Semakin hampir detik pilihanraya, semakin banyak percakapan mengenai transformasi politik Najib diperkatakan orang. Meskipun Najib nampaknya mahu rakyat menilai transformasi yang cuba dilaksanakannya sebagai sesuatu yang baru dan penting untuk masa negara, masih ramai yang ragu-ragu dengannya.

Keraguan rakyat tidak sukar difahami. Isunya ialah kerana antara cakap dan dan perbuatan Najib seringkali berbeza, malah banyak kali berlawanan.

Ketika beliau berbangga mengumumkan penghapusan ISA ketika sambutan Hari Malaysia tahun lalu, hakikatnya masih ada tahanan ISA yang kekal disimpan dalam penjara dan tidak tahu bila akan dibebaskan.

Di ketika melaungkan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dengan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, sekatan-sekatan tertentu masih dikenakan melalui penggunaan kuasa polis dan sebagainya sebagaimana terpamer dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Kebebasan bersuara dan menyuarakan bantahan juga bagai tidak diterima sepenuhnya oleh Najib bila beliau secara terbuka menyifatkan mereka yang menentang penyenaraian Felda Global Venture sebagai "haram jadah" dan tidak redha mereka menerima durian runtuh RM15 ribu yang diberikan oleh kerajaan.

Itu hanya sebahagian contoh bagaimana di ketika Najib melaung dan menjerit tentang transformasi politiknya, hakikatnya perlakuan beliau amat bertentangan sekali.

Bagaimanapun sebagai Perdana Menteri yang gajinya dibayar melalui cukai rakyat, rakyat masih mengharapkan Najib benar-benar ikhlas melaksanakan transformasi yang dijanjikannya itu.

Tetapi perkembangan terbaru yang ditunjukkan oleh Najib baru-baru ini menyebabkan rakyat benar-benar tidak yakin terhadap transformssi atau pembaharuan yang pernah dijanjikannya itu. Beliau bukan saja menolak untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kepentingan rakyat dan negara serta menggembirakan semua orang, malah keangkuhannya makin menyerlah.

Dalam isu pilihanraya pada musim haji, walaupun semua pihak, kecuali golongan pengampu, tidak setuju ia diadakan pada musim haji dan mahukan Najib memberi jaminan beliau tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji, beliau nampaknya menolak idea itu.

Malahan tindakannya mengaitkan bahawa piihanraya juga pernah diadakan diadakan musim haji sebelum ini iaitu pada 1986 (Najib kata ketika itu Perdana Menteri Hussein Onn, sebenarnya Tun Mahathir) tidak lebih membayangkan bahawa Najib sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasanya.

Sebelum ini sudah ada beberapa ulama seperti Mufti Perlis, Dr Juanda yang mengatakan pilihanraya di musim haji akan melemahkan undi orang Melayu dan Islam manakala Dr Mohd Asri pula menyifatkan pilihanraya di musim haji umpama memilih untuk bersembahyang di tempat orang lalu-lintas.

Walaupun benar pilihanraya pernah diadakan pada musim haji oleh Mahathir tetapi apakah contoh buruk itu mahu diikuti? Kekal mahu mencontohi sesuatu yang buruk bermakna menghumban transformasi sendiri ke lubang kubur.

Jika benar mahu melakukan transformasi, jaminan bahawa pilihanraya tidak diadakan pada musim haji atau di ketika yang boleh menyusahkan orang lain adalah sebahagian daripada ciri-ciri transformasi itu sendiri. Beliau harus ada keberanian jika ikhlas mahu melakukan transformasi.

Dalam masa yang sama Najib juga menolak bulat-bulat idea Nazri Aziz yang mahu menjadi orang tengah bagi merundingkan dengan pihak pembangkang agar pilihanraya umum diadakan selepas tempoh lima tahun. Idea Nazri ini memang sangat bagus dan mendapat persetujuan banyak pihak. Ini kerana jika pilihanraya diadakan selepas tempoh lima tahun, politiking dapat dikurangkan dan tumpuan kepada rakyat dapat dimaksimumkan.

Dengan memberi alasan bahawa idea itu memerlukan pindaan perlembagaan, Najib juga langsung tidak mahu menerimanya sebagai idea yang baik dan menguntungkan semua pihak. Beliau juga tidak membayangkan mahu melaksanakan idea itu selepas ini jika terus diberi mandat oleh rakyat.

Sekali lagi Najib menolak transformasi yang boleh membawa kebaikan kepada iklim politik negara.

Najib juga terus bersilat untuk menolak berdebat dengan Anwar Ibrahim sambil mengatakan bahawa debat bukanlah budaya kita. Dalam masa yang sama Najib mungkin terlupa bahawa debat sudah diadakan di sekolah dan IPTA sejak sekian lama bahkan debat Piala Perdana Menteri juga sudah lama diadakan dan kerapkali disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Dalam menyembunyikan ketakutannya untuk berdebat dengan Anwar, Najib juga terlupa keangkuhannya sebelum ini yang menyatakan Anwar akan demam jika berdebat dengannya kerana sebagai Perdana Menteri, beliau boleh memperolehi pelbagai maklumat mengenai Ketua Pembangkang itu.

Debat telah diterima sebagai budaya dan ciri penting dalam politik beberapa negara maju dan dalam usaha Malaysia menuju menjadi negara maju, ia juga wajar dibudayakan dalam politik negara. Lagi pula, majoriti rakyat terutama golongan muda amat meminati budaya debat ini. Mereka juga mengalukan debat Najib - Anwar itu diadakan.

Jika mahu melengkapkan transformasi politiknya dan menyemai budaya sihat dalam negara, beliau tidak seharusnya menolak untuk berdebat, jauh sekali untuk mengatakan debat bukan budaya kita. Sekali lagi Najib tidak serius dalam transformasi politiknya.

Melihat beberapa gerak langkah Najib dalam konteks transfomasi politik ini, beliau hanya mahu melaksanakan sesuatu yang menguntungkan dirinya sahaja, sebaliknya menolak sesuatu transformasi yang diterima rakyat atau yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

Ini menjadikan semakin banyak beliau bercakap tentang transformasi, di mata rakyat beliau sebenarnya sedang mengkafankan transformasi itu sendiri.

FOTO: Hasil kerjatangan puak BUSUK PERUT...

Posted: 25 Jun 2012 12:51 AM PDT

Dengkinya Depa!! Banner Program Himpunan Hijau Butterworth disimbah cat.

Oleh: AnakSgDerhaka

"Kelmarin berlangsungnya Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth..

Seperti biasa bagi tujuan hebahan banner-banner digantung di beberapa tempat yang difikirkan sebagai strategik oleh petugas-petugas program...

Malangnya seperti biasa juga.. pencacai-pencacai UMNO akan melakukan kerja-kerja khianat mereka terhadap banner-banner itu, samada disimbah dengan cat atau diturunkan dari tempat ianya digantung.

Banner yang telah digantung dihadapan Masjid Jamek Bagan Jermal, Butterworth ini telah menjadi mangsa tindakan tidak bertamaddun mereka itu...

 
 
Gambar-gambar dri FB Saidz Saedon
Tak apa... biarlah mereka dengan kerja tak bertamaddun mereka itu... di bawah ini disiarkan hebahan untuk program tersebut..

Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth Ahad ini akan bermula seawal jam 4 petang.

BERGAMBAR: Aku setuju sangat ngan stetmen nih...

Posted: 24 Jun 2012 07:30 PM PDT

Tok Guru Sudah Terlebih Famous

Oleh Mohd Sayuti Omar

Tidak dapat dinafikan lambakan gambar atau foto Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam pelbagai fesyen dan suasana menyerlahkan realiti kehidupan diri dan keluarganya banyak tersebar dalam internet baik di Fb, twitter, ruang blog dan sebagainya.

Gambar itu memberi gambaran akan keistimewaan dan keunikan beliau sebagai Menteri Besar dari rahim ulamak di mana perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Ertinya boleh dibilang dengan jari ulamak yang menjadi ketua umarak, MB atau menteri.

Salah satu foto Tok Guru menunjukkan kesahajaannya.

Gambar yang disebar itu dalam berbagai viarasi, baik semasa beliau di pentas politik, di podium kuliah di kerusi rasminya, atau pun di masjid dan surau. Gambar-gambar aktiviti ibadat dan perjuangan beliau sungguh mengugah perasaan. Gambar beliau sedang makan, mendirikan solat atau pun melakukan tahalul - cukur rambut atau upacara membelah mulut bayi memberi impak dan sentuhan jiwa yang tinggi untuk mengasihinya.

Tidak cukup itu gambar beliau bermesra dengan anak isteri dan keluarga dan juga gambar beliau sedang dipicit atau diurut belakang dan kaki oleh anak-anak murid dan orang yang menyayanginya memberi dan menerbit perasaan tersendiri pada perenungnya. Benarlah kata orang gambar memberi seribu makna.

Penyebaran gambar itu menyebabkan orang ramai mengenali hati budi dan sejauh dalamnya 'kausar' beliau, dapat menilai tahap kerendahan dan kezuhudan dirinya. Mengenai dirinya menjadi buah mulut, di mana-mana saja orang bercakap mengenai diri dan juga stail kepimpinannya. Kerana itu semua beliau menjadi ikon dan dijadikan maskot politik negara ini.

Tidak terlampau kalau saya sebutkan keterkenalan Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan ulamak sudah melangkau ke seluruh benua. Mana-mana negara yang boleh akses internet pasti akan menemui gambar beliau dan mengetahui syaksiahnya. Inilah hebat dan berkesannya internet dalam mempropangdakan sesuatu.

Penyebaran foto beliau itu sesuatu yang baik dan bagus serta satu strategi ampuh bagi politik Pas. Ia menjadi satu medium atau saluran dakwah bagi Pas. Di samping ia boleh mengenalkan beliau kepada dunia tetapi ia juga dapat mengenalkan beliau sebagai seorang pemimpin bertaraf ulamak yang berilmu dan mempunyai pendekatan yang tersendiri dan khusyusi. Ini semua menguntungkan Pas dan sekaligus Islam yang dijadikan ideologi oleh Pas. 

Pas sesungguhnya berbangga memiliki sosok seperti itu. Kerana itulah kehebatan, sebutan mengenai Nik Aziz bukan saja bergema di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang malahan kehebatan dan keistimewaannya mengimbau ke seluruh negara. Bukan saja anak-anak Tadika dan Pasti tetapi juga pentadbir, politician bukan saja dari Pas bahkan dari Umno juga. Hakikat inilah menyebabkan Umno khasnya mencari seibu jalan dan menggunakan seribu senjata (termasuk fitnah) untuk membunuh keperibadian agama dan politik Nik Aziz.

Mengenai anugerah ini saya tampak Pas menggunakan secukupnya modal dan aset yang ada satu ini. Bahkan bagi Pas Kelantan seolah parti itu tidak ada modal lain lagi selain Nik Aziz. Nik Aziz dan Nik Aziz. Tidak salah kalau Pas meletakkan Nik Aziz sebagai ikon dan maskot politiknya kerana ia wajar di atas kehebatan dan keilmuan Nik Aziz dalam agama dan politik. Kandati beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini pun kehebatan dan keistimewaan serta keunikan beliau itu akan disebut-sebut dan diingati serta dijadikan pendorong meneruskan perjuangan. Beliau akan disebut seperti para salahfusoleh yang berjasa kepada Allah seumpama Fadzil Noor yang kehebatan dan kebijaksanaan politiknya terus disebut.

Bagaimana pun dalam hal ini Pas semasa sudah terlebih dalam menggunakan Nik Aziz untuk perjuangannya. Cara Pas mengidola dan mengkultuskan Nik Aziz sudah sampai keperingkat yang perlu membuat ralat. Maksudnya di sini bukan kehebatan dan keilmuannya, tetapi cara Pas menjadikan Tok Guru sebagai aset dan modal politiknya tanpa memperhitungkan keadaan sekelilingnya. Kerana mereka meletakkan Tok Guru terlalu besar menyebabkan pemandangan sesetengah ahli dan penyokong Pas sehinggakan mereka tidak nampak benda lain lagi dan merasakan Tok Guru akan ada selama-lamanya. Sikap dan persepsi ini sesuatu negatif.

Apabila menyedari akan keterlaluan ini menyebabkan timbul dalam minda saya, apakah hanya Tok Guru yang berhak mendapat pujian dan sanjungan begitu? Maksudnya kenapa Pas dalam masa sama tidak meletakkan pemimpin pengiring kepada beliau? Walaupun Nik Aziz sendiri tidak menyebut secara pasti siapa selepas beliau tetapi Pas perlu memberi isyarat dan kenyitan mata akan pemimpin yang akan mengambil alih tempatnya. Sepatutnya ahli dan penyokong Pas dapat membaca sir dan maknawi yang terpendalam di dalam kalbun Nik Aziz.

Dalam soal ini saya ingin mempersoalkan tentang sikap taksub atau pun sanjungan berlebihan kepada Nik Aziz yang pada saya tidak seimbang. Bahkan ada kalanya sampai ke peringkat elemen khurafat. Maksudnya kenapa hanya Tok Guru sahaja ditonjolkan sebagai pemimpin zuhud, tawaduk, bersifat qana'ah dan mudah basa. Apakah tidak ada lain-lain pemimpin dalam Pas yang mewarisi sifat-sifat itu? Apakah Pas terlupa? Sikap terlupa seperti ini menyebabkan Pas akan berhadapan dengan kekosongan selepas ini apabila Tok Guru tiba-tiba sudah tiada lagi.

Kekosongan inilah yang perlu difikir oleh Pas khasnya oleh rakyat yang kini terlebih ghairah mendaulatkan Nik Aziz sebagai ikon dan idola mereka? Sudah sampai masanya para pengidola dan penyanjung ini urut sama menjaja nama-nama lain yang bakal menerajui Pas di masa depan. Apa yag hendak ditegaskan ialah para pendokong perlu mempamikir dan menjualkan akan kehebatan pemimpin lain, baik dari segi karektor, sifat, perwatakan, kebolehan dan sebagainya dan bukan saja Nik Aziz.

Perkara ini penting didedahkan misalnya mengenai latar belakang, fikrah perjuangan, wawasan dan juga kebolehan mereka dalam mentadbir dan mengolahkan politik secara kreatif. Sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini perlulah didedahkan seluas-luasnya kepada rakyat agar mudah rakyat membuat penilaian dan pemilihan. Harus difahami seorang yang bakal menjadi pemimpin bukan saja setakat mampu menjadi syeikh di majlis tahalil atau pun menjadi iman solat hajat dan bermunajat.

Saya sangat berharap selepas ini akan ada foto-foto mereka yang disenaraikan akan menjadi pemimpin masa depan akan ada foto-foto mereka yang beraksi atau bersahaja seperti foto-foto Tok Guru itu dipamirkan dalam dada Fb atau twitter. Hendaknya para penyokong masing atau orang perseorang dapat mengudp-datekan foto-foto ini untuk renung bersama.

Apakah apabila tiada gambar-gambar ini - tokoh selain Nik Aziz, disebabkan tiada tokoh yang seiras Nik Aziz? Mungkin? Sebab gambar-gambar bersahaja begini yang nilainya tinggi tidak boleh dibuat-buat atau pun dilakonkan. Ia hendaklah bersahaja. Manakala gambar yang bersahaja pula akan muncul dari tindakan yang bersahaja dan tidak dibuat-buat.

Alangkan ruginya bagi Pas atau mana-mana juga jemaah kalau hanya mengagung atau memberi air time yang berlebihan kepada seseorang saja apa lagi yang sudah terlebihfamous? Sekiranya memang tidak ada tokoh yang bersikap dan bersifat seperti Nik Aziz untuk diambil gambar ini bermakna bahawa selepas Nik Aziz ini Pas menghadapi masalah. Nik Aziz sendiri mungkin boleh disifatkan gagal kerana selama 22 tahun menjadi MB tidak berjaya melahirkan seorang murid yang hampir menyamai murbbinya, atau pun muridnya gagal menghayati ajaran gurunya.

Sekali lagi diharapkan selepas ini hendaknya akan ada gambar pemimpin Pas baik wakil rakyat atau sesiapa yang diposting dalam Fb dan blog menunjukkan keserdahnaan hidup mereka. Tetapi dalam pada itu jangan pula mengada-ngada masukkan gambar lakonan seperti wakil rakyat sedang memotong rumput di kawasan rumah sendiri, menarik lembu, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Walaupun foto sebegitu ia satu promosi yang baik tetapi gambar seperti itu menyebabkan orang akan kata kita masuk bakul angkat sendiri.


VIDEO: Perompak Peluk Islam...

Posted: 24 Jun 2012 03:00 PM PDT

Perompak Peluk Islam Atas Kebaikan Hati Pekedai Yang Hendak Dirompak

Kalau anda lihat klip video di bawah ini pada beberapa saat yang terawal, anda tidak akan menjangkakan apa yang berlaku di akhirnya.

Bermula sebagai satu rompakan, kemudian pekedai mengawal keadaan dengan senjata api miliknya.


Mendengar rintihan perompak, pekedai simpati dan memberikan wang serta roti kepadanya.

Ini membawa ke hati perompak itu terbuka untuk memeluk Islam.

Mungkin akan ada yang mempersoalkan perompak itu berlakon kerana ketakutan, namun perompak itu boleh bergerak keluar selepas menerima roti dan wang itu, tapi dia memilih untuk melafazkan syahadah.

Dari arah mana atau bagaimana datangnya hidayah itu memang sukar untuk diduga. Bermula sebagai rompakan, berakhir dengan berjabat tangan. -HMO

Tiada ulasan: