Isnin, 25 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib anugerah projek bernilai RM960 Juta kepada George Kent secara terus.. kenapa?

Posted: 25 Jun 2012 07:50 AM PDT


Laporan Business Times di atas dibuat selepas Najib dikatakan mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang.

Campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

******************************************

Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta.

Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.


Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu. 

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana.


Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut. Dato' Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Himpunan Hijau di Butterworth, laporan dari pencacai UMNO yang sakit hati..

Posted: 25 Jun 2012 04:27 AM PDT


Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang yang telah berlangsung semalam di Padang Hj Ahmad Badawi, Butterworth telah menyaksikan hampir 15,000 memenuhi padang.


Lebih banyak gambar sila lihat di SINI
Manakala yang berlangsung di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai, Melaka lebih kurang 5,000 orang penduduk Melaka telah hadir bagi menjayakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka itu..


Lebih banyak gambar sila lihat di SINI
Dengan jumlah kehadiran sebegitu rupa sudah tentu pemimpin UMNO tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang memikirkan adakah mereka masih mampu mengekalkan jawatan sebagai ADUN selepas PRU 13 nanti..

Beberapa orang Blogger Pencacai UMNO telah dilaporkan menyusup masuk ke dalam himpunan di Butterworth, tujuannya sudah pasti mahu memberikan persepsi negatif terhadap himpunan itu..

Dan sekiranya kehadirannya kurang ianya akan dimainkan oleh mereka dengan dibantu oleh TV3 sekurang-kurangnya satu minggu atau lebih mungkin hingga tiba PRU 13 nanti..

Tetapi oleh kerana kehadirannya diluar jangkaan mereka terpaksalah dilaporkan begini rupa pula...


Agaknya apa yang tertulis pada kain yang diikat dikepala anak muda lelaki cina ini?

Himpunan Hijau di Padang Bandaran Butterworth perlihatkan kebodohan khawarij Pas yang semua orang tahu tunggangan Dap.

HIMPUNAN INI TAK LEBIH MENUNJUKKAN KESETIAAN DAN KEKUATAN SOKONGAN KHAWARIJ PAS KEPADA DAP PULAU PINANG UNTUK MENGEKALKAN REGIM KERAJAAN NEGERI!

Pisau kata "Pas ikrar taat setia kepada Dap"- Pisau.net

Sakit hatilah tu...ha..ha..ha..mahu tak sakit hati.. yang diharapkan ialah tiada sambutan tapi sebaliknya pula.. tak mahu dilaporkan elaun dah diambil.. terpaksalah laporkan jugak..

Kenyataan Media dari Rafizi Ramli, isu letak jawatan.. sila baca dan sebarkan!!

Posted: 25 Jun 2012 01:14 AM PDT


Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya.

Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.

Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.

Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

1000 saja hadir di Merdeka Rakyat Nibong Tebal?.. nak bohong tu agak-agak la bro!! tengok gambar nih!

Posted: 24 Jun 2012 11:33 PM PDT


Sebelum itu.. di Nibong Tebal semalam (24 June) telah berlangsung salah satu dari beberapa siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Taman Bersatu.

Dari tentatif program yang dikirimkan oleh Chegu Bard antara penceramah yang telah dibariskan ialah YB Ustaz Makhtar, YB Tan Beng Huat, YB Dr. Mujahid, Chegu Bard, TKM1 Datuk Mansor Othman dan DS Anwar Ibrahim.


Anwar sedang berucap
TKM1 Datuk Mansur Othman
Chegu Bard, tulang belakang program
YB Mujahid tidak dapat hadir kerana pada masa yang sama PAS juga turut mengadakan program Himpunan Hijau di Parit Buntar.

Apa yang kebanyakkan media termasuk Malaysiakini tidak laporkan ialah kemasukkan lebih dari 200 ahli IPF/BN kedalam PKR atau dalam lain ayat lebih 200 telah keluar BN..

Wakil IPF sedang menyerahkan borang keahlian PKR kepada DSAI
 

Mungkin ketika diumumkan perkara tersebut reporternya sedang leka bersembang di belakang stage.. mungkinlah..

Kehadiran dianggarkan mencecah 10,000 orang.. tapi ada pencacai UMNO yang sakit hati dengan kejayaan program ini melaporkan seperti di bawah ni..

Semalam berlangsungnya siri ceramah yang dinamakan 'Merdeka Rakyat' di Padang Taman Bersatu, Nibong Tebal yang mana penceramah utamanya ialah si Anwar Ibrahim. Disamping itu, penceramah iringan ialah TKM1 P.Pinang, Dr Mansor, Che Gu Bard, Yb Makhtar(ADUN Sungai Bakap) dll..

Kehadiran pendengar tidaklah terlalu ramai sangat dimana boleh dikatakan sekitar 1000 ke 1500 orang saja yang hadir. Ini laporan secara jujur dan adil serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Percayalah esp puak pecacai pakatan..

Yang lawaknya Pengacara Majlis siap umum kehadiran seramai 10,000 orang tu!! Nak pembohong rakyat pun agak-agaklah bro!! - Anak Seberang 

Biasalah kan.. satu percubaan memperbodohkan rakyat oleh seorang yang telah menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO begitulah hasilnya..

Atau mungkiin juga keupayaan mengiranya hanya setakat itu saja.. alaaaa.. macam Rais Yatim tu lah..

Cuba korang kira sendiri agak-agak berapa yang hadir dalam program ini berdasarkan gambar di bawah..





Lagi puluhan gambar untuk dikira jumlah yang hadir dalam program ini sila lihat di ( SINI )

Wanita misteri tampil beri penjelasan - Ummi Hafilda KANTOI !!

Posted: 24 Jun 2012 09:01 PM PDT


Kemunculan wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mengkantoikan fitnah terbaru Ummi Hafilda.

Maka terkulat-kulatlah Ummi Hafilda kini, bila Utusan yang digunakannya untuk menyerang DS Anwar Ibrahim tentang isu pemilikan RM3 Billion menyiarkan penafian wanita yang dituduh olehnya..

Langkah bijak Utusan untuk menjadikan Ummi Hafilda sebagai kambing hitam dalam hal ini..

Haa... itulah.. lain kali kalau dijemput pemimpin UMNO untuk berceramah.. mukadimah tu janganlah dihentam pemimpin UMNO.. ha..ha..ha.. kan dah susah nak cari makan..

Ni hebahan ni... kepada seluruh warga Permatang Pauh, Ummi Hafilda akan mengadakan satu ceramah di Taman Pauh Indah.. lokasi belum disahkan pada 30 June ini..

Kalau nak dengar siapa pemimpin UMNO Permatang Pauh yang bakal dibelasah oleh Ummi Hafilda silakan hadir.. sila bawa videocam..

Kehadirannya dibawakan kepada anda oleh musuh kepada pemimpin UMNO Permatang Pauh itu sendiri.. ha.. ha.. ha... senjata dah nak makan tuan ni...


Wanita misteri tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR 24 Jun - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
 
Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.
 
Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
 
Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
 
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.
 
"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.
 
"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
 
Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.
 
Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.
 
Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.
 
Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.
 
Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.
 
Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.
 
Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.
 
"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.
 
"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.
 
Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.
 
Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.
 
Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.
 
Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.
 
"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.
 
"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.


Lidah Rasmi UMNO


Dah agak dah... mesti dijadikan isu punyalah..

Posted: 24 Jun 2012 05:00 PM PDT


Sebagaimana yang telah dijangka, laksana orang mengantuk disorongkan bantal tapi lebih sesuai digunakan laksana beruk kelaparan dihulurkan pisang isu khatib berdoa gulingkan kerajaan ini pasti akan disahut pula oleh pemimpin UMNO..


Bagi menjawab ketidak pastian akan isu ini oleh MiLo SuaM di ( SINI ).. memang benar perkara ini telah berlaku di Pulau Pinang.

Ianya telah berlaku di sebuah Masjid di kawasan Guar Perahu, Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh.

Dalam kejadiian seorang imam jemputan telah menyelitkan bacaan doa yang antaranya berbunyi seperti berikut.. Kalahkan pemimpin Barisan Nasional serupa gulingkan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Cuma perkara ini dijadikan isu ialah kerana ianya telah dibaca di dalam sebuah Masjid yang kebanyakkan kariahnya terdiri dari penyokong tegar UMNO dari saluran 1 (Warga emas)..

Seperti yang dijangka oleh (MiLo SuaM) juga.. pasti akan ada pemimpin UMNO yang akan memainkan isu ini.. lihat di bawah..


Samaada PERKASA akan mengadakan demo lagi.. kita tunggu jumaat ini..

Tiada ulasan: