Addin |
- Petanda Umno BN Bakal Bersemadi Di Penang.. Gambar Sebagai Bukti
- Senarai Kabinet Bayangan Kerajaan Pakatan Rakyat
- Gambar Tuan Guru Nik Aziz Di Santuni Dr. Asri Zainal Abidin
- Video Nih Sungguh Menyayat Hati.. Mari Sama-Sama Tonton
- Rupa-Rupanya Sebab Nih Mamak Nih Di Lantik KSN
- Calon Ikwan Muslimin Menang Pilihanraya Presiden Namun Tiada Kuasa?
- Gambar DAP Di Ceramah Tuan Guru Nik Aziz
Petanda Umno BN Bakal Bersemadi Di Penang.. Gambar Sebagai Bukti Posted: 25 Jun 2012 09:30 AM PDT Terkejut orang Bagan : Puluhan ribu Manusia membanjiri Padang Bandaran Butterworth Puluhan ribu Manusia membanjiri Padang Bandaran Butterworth Tiada Ruang Kosong di tengah Malam tadi ..Butterworth dipenuhi oleh Ramai Golongan Muda Sempat Lagi Bro Kita Membeli Belah Gambar Bukan Melayu Pun Mai Himpunan Hijau , PAS Malam tadi 24/6/12 aku kesempatan..ke dataran dewan bandaran Buterworth..anggaran kehadiran adalah seramai hampir 15,000 orang hadir ke Himpunan hijau negeri Pulau Pinang..terima kasih kepada pegawai polis kerana tiada sekatan jalan raya. |
Senarai Kabinet Bayangan Kerajaan Pakatan Rakyat Posted: 25 Jun 2012 08:32 AM PDT Ini dia senarai kabinet bayangan kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal menguasai Putrajaya pada PRU 13 nanti. Bagi Umno janganlah pulak kata angan-angan Mat Jenin pulak, kerana tiada kerajaan yang kekal di dunia nih. Firaun yang gah pun tersungkur.. 1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP) 2) Timbalan Perdana Menteri: Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur) Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang) Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. (Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini) 3) Kementerian Kewangan: Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara) Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang) Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang) 4) Kementerian Pelajaran: Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor) S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat) Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam) 5) Kementerian Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR, MP Gombak) Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena) M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan) (Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM ) 6) Kementerian Pertahanan: Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai) Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera) Tian Chua (PKR, MP Batu) (Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.) 7) Undang-undang Kementerian: Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP) Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong) William Leong (PKR, MP Selayang) R Sivarasa (PKR, MP Subang) Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang) 8) Kementerian Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng) Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong) Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP) Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP) 9) Kementerian Pengangkutan: Khalid Samad (PAS Shah Alam MP) Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP) Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan) (Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak) 10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor) Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP) Husam Musa (PAS, DUN Salor) 11) Kementerian Pertanian: Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor) Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi) (Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.) 12) Kementerian Luar: Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat) Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang) Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan) 13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP) Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai) 14) Kemterian Alam Sekitar : Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan) Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat) Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping) 15) Kementerian Wanita: Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang) Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah) Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang) 16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama: Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan) Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar) Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP) Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas) V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh) Apa pendapat anda semua dengan senaraian bagi kabinet Bayangan Pakatan Rakyat ini? Ada cadangan & pandangan untuk dikongsikan di sini? ~beritasemasa |
Gambar Tuan Guru Nik Aziz Di Santuni Dr. Asri Zainal Abidin Posted: 25 Jun 2012 06:22 AM PDT Ulamak menghormati ulamak, tetapi berbeza dengan Umno. Ilmu cetek tapi masih tidak menghormati ulamak. Jauh dari cahaya kebenaran.. Jikalau Dr. Asri, yang cukup disegani oleh masyarakat kerana ilmunya sanggup mencium dahi TGNA. Kenapa tidak dengan pimpinan Umno? Dimana silapnya? Adakah pimpinan Umno lebih hebat dari kedua-dua tokoh ini? |
Video Nih Sungguh Menyayat Hati.. Mari Sama-Sama Tonton Posted: 25 Jun 2012 12:31 AM PDT |
Rupa-Rupanya Sebab Nih Mamak Nih Di Lantik KSN Posted: 24 Jun 2012 09:49 PM PDT Baru sehari dua menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik, sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta perkhidmat awam yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama dengan sesiapa atau mana-mana parti yang dipilih rakyat. Kakitangan kerajaan merupakan pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang memerintah yang diberikan mandat oleh rakyat. Dr Ali menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang. Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan kerana dijadikan KSN manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Dr Ali boleh menafikan hasrat rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini. Penjawat awam itu pun kepunyaan rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji Dr Ali itu sendiri. Penjawat awam seperti Dr Ali ini nampaknya mesti melalui kurusus sivik yang asas untuk memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada yang beliau akan tadbir ini. Malaysia tidak lagi mempunyai KSN sehebat Abdullah Ayub, Abd Kadir Shamsuddin, dan beberapa orang yang lain semasa pentadbiran Mahathir Mohamad. Dari menjadi seorang yang 'impartial' Ali Hamsa menjadi seorang ahli politik. Jika begitulah keadaannya maka kita layan KSN ini sebagai seorang ahli politik. Seruan yang pertama saya jika didengari elok Ali Hamsa meletakkan jawatan dan bertanding diatas tiket BN dan berkempen keseluruh negara untuk membuktikan yang parti pembangkang memberi janji kososng. Inilah yang menyebabkan kerajaan sekarang sudah menjadi haru biru kerana mereka bercakap tentang isu yang mereka tidak sepatutnya bercakap. Sekarang kita lebih diyakini bahawa kita mempunyai sebab yang lebih besar kenapa BN mesti ditolak oleh rakyat kali ini. Sikap seorang penjawat awam berpangkat KSN ini amat memalukan. Mentang-mentanglah beliau melangkahi ramai penjawat awam yang lebih berkelayakkan dari beliau, beliau memilih untuk mengampu dan membodek pimpinan yang 'incumbent'. Kita ingatkan apabila Sidek bersara, kita akan mendapat seorang KSN yang lebih mulia tetapi nampaknya hari demi hari kita mendapat pentadbir yang lebih keliru seperti beliau (Sidek). Segala-galanya sudah menyimpang jauh. Pastikanlah yang PRU13 ini akan mengubah segala-galanya. Setidak-tidaknya kita akan ganti seorang KSN yang tidak sewel seperti ini. ~aspanalias |
Calon Ikwan Muslimin Menang Pilihanraya Presiden Namun Tiada Kuasa? Posted: 24 Jun 2012 08:16 PM PDT KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu. Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi. Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi. Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah. Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan. Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya. Ketidaktentuan Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai. Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini. Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira. Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu. Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira. Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini. Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri. Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat. Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir. ~harakahdaily |
Gambar DAP Di Ceramah Tuan Guru Nik Aziz Posted: 24 Jun 2012 06:58 PM PDT Gambar nih membuatkan Umno kecut perut.. Apa tidaknya seorang ahli DAP, cina lagi tuh nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama.. DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat jauh memahami Islam dari MCA. Ini kerana UMNO melontarkan imej buruk Islam kepada MCA. MCA tak faham Islam kerana UMNO sendiri telah menyelewengkan Islam yang sebenar. UMNO sendiri sebenarnya jauh dari cahaya Islam.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan