Nuffnang

Pengikut

shalehudin

sumber :-

shalehudin


BERITA BAEK: Papagomo tumbuk blogger Umno?

Posted: 19 Jun 2012 09:12 AM PDT

Pepecahan Blogger Umno yg Makan Rasuah!!

Oleh S.J.
Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!

Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a Aku Peduli Apa (link)"

Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA. Papagomo hanya pandai mencaci dan memaki tetapi tidak berani berdepan dengan kenyataan. Umpama baling batu sorok tangan.

Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?

Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.

Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini.

Mak Cik Felda teriak tak berlagu...

Posted: 19 Jun 2012 08:42 AM PDT

Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.

Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.

"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.

Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.

Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.

Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bukti pemimpin MCA memang BODOH... kahkahkah...

Posted: 19 Jun 2012 03:57 AM PDT

'PG1'.. Pasal apa pemimpin MCA bodoh sangat nie??

 Kereta dalam gambar di atas adalah milik rakyat Pulau Pinang, kami rakyat Pulau Pinang menyediakan kereta buat Ketua Menteri kami..

Kereta bagi Ketua Menteri menggunakan plet nombor 'PG1' yang membawa maksud 'Penang 1' ianya mewakili seluruh rakyat Pulau Pinang.

Kenderaan bagi Ketua Menteri pula menggunakan plet nombor 'PP1' yang membawa maksud 'Pulau Pinang 1' juga mewakili seluruh rakyat Pulau Pinang.

You can understand or not?
The car belongs to the people of Penang. The number plate also belongs to the people of Penang. If the car is too old, we change the car.

But the car for the chief minister will always carry the number plate PG1. And the car for the deputy chief minister will always carry the number plate PP1.

People change (from Wong Pow Nee to Lim Chong Eu, Koh Tsu Koon, Lim Guan Eng, and after him dunno who). Cars change. But the PG1 and PP1 number plates always remain, because they represent Penang.

You can understand or not? Bodoh!
But this is what the NST stupidly reported yesterday:

The licence plate PG 1, currently takes pride of place on Penang Chief Minister Lim Guan Eng's Mercedes-Benz. The number was inherited from the previous state administration. NST And the stupid MCA was reported as saying yesterday:

Penang Wanita MCA chief Tan Cheng Liang called on Lim to auction off the number and put the money into the state's coffers. "If Lim thinks it's morally wrong for Liow to use his allocation for a free number as a minister, then Guan Eng has no business using PG1. At least Liow returned the number and proceeds from it would go to the government's coffers." NST And Lim Guan Eng himself adds more stupidity to the situation

Chief Minister Lim Guan Eng said the registration number of the state cars, including the PG1 number on his Mercedes were inherited from the previous administration. Bodoh! Hallo, can you read the number plate or not? It says "Ketua Menteri Pulau Pinang". This car is not Lim Guan Eng's car. The number plate is not Lim Guan Eng's number plate. It is the car of the "Ketua Menteri Pulau Pinang". Lim Guan Eng cannot "inherit" it. It's not his property. The position of "Ketua Menteri Pulau Pinang" is not his property, and the car of the Ketua Menteri Pulau Pinang is not his property. It is certainly not the property of his party or any party, not Gerakan, not MCA, not Umno, not anyone else. It belongs to the state. It belongs to the people.

You can understand or not? Bodoh!
And then MCA's Liow whines like a schoolboy

According to the Sun, apparently Liow Tiong Lai has complained in the Chinese media that Lim was also given the PG1 number plate. Sun

Why is he complaining? Because he's been in trouble for a RM24,000 bid for WWW15. Bodoh! Not just showing stupidity, but behaving like a schoolboy. You can almost hear him whingeing: You all wallop me for WWW15 but what about him, he also got special number plate. You think what, your granfadder number is it? Bodoh!

No wonder the MCA couldn't win in Penang. And at this rate, with this kind of attitude and thinking, they never will.

Bloody politicians. They think they own everything in the whole bloody country. Ptuuii!

http://uppercaise.wordpress.com/2012/06/17/mca-talks-cock-about-pg1-number-plate/

Almarhum Ustaz Fadzil Noor...

Posted: 19 Jun 2012 02:16 AM PDT

Almarhum Ustaz Fadzil, dari gudang ilmu ke kancah siasah

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama' dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram.

Ulama' yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar.

Antara ulama' ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama' lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu.

Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. Dato' Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil' merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau.

Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan u***** ilmu tokoh ulama' ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini.

Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanpa mengira penat lelah dan suka 'mendengar' masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih. Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga Dato' Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini telah memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam. Darah ulama' pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga menjadikan beliau pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah. Pendidikan Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal.

Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel. Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama' iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa dari kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama'-ulama' Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur bakti di tanahair.

Perkahwinan Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Setelah berkahwin, isterinya menemani almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna 'Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna'izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf. Bakat Kepimpinan Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Perkhidmatan Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, 'alma mater' beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan. Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. Aktiviti Kemasyarakatan Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau juga pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin.

Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami. Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia 'anti establishment' akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran.

Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang rujukan dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO. Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat.

Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an. Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama'-ulama' untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah.

Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi masyarakat. Penglibatan dalam Politik Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud.

Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama'. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama' muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia. Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato' Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir.

Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu. Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Othman Abdul (calon BN) di Pendang.

Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen). Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato' Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi.

Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, al marhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh al marhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata merah berair kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am yang sarat dengan makna mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Oleh: Riduan Mohamad Nor (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat)

Ya Allah... Di Malaysia ka ni?

Posted: 18 Jun 2012 11:15 PM PDT

Nota mengharukan dari Kamunting

EKSKLUSIF
"Nota penyeksaan" yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".
"Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)".

"Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk".

Minyak panas dilumurkan ke kemaluan.

Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan.

Melumur "cili boh" ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari.

Mencucuh kemaluan dengan api rokok.

Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari.

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

- Malaysiakini


SAH LAWAK: Biar gambar yang berbicara...

Posted: 18 Jun 2012 08:24 PM PDT

Gambar berbicara...Gobala dari penceramah jadi pendengar

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA.... BAIK PUNYA KISAH... DISEBABKAN TIADA SAMBUTAN LANGSUNG... YB GOBALA DARI PENCERAMAH TERPAKSA TURUN JADI PENDENGAR

Kahkahkah....


Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.

Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Di luar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya.


Nasi tambah...
Ni saja ka aura yang ada pada ayam tambatan Umno yang dikatakan punya senjata ampuh untuk jatuhkan Anwar nih...

Kahkahkah...

Tu pun jangan, ada jugak sekoq dua Umno yang ternganga punya melangut kat Gobala nih...

Kahkahkah...

Ling Liong Sik dah senyum terpaksa... kahkahkah...

Posted: 18 Jun 2012 05:06 PM PDT

Dr Ling mohon hakim tarik diri, dakwa berat sebelah

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Dr Ling yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.

Menerusi notis usul, Dr Ling memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.

Dr Ling mengemukakan alasan bahawa komen-komen yang diberikan oleh Hakim Ahmadi ketika memutuskan beliau membela diri pada 9 Mac lalu adalah berat sebelah yang nyata.

Antara komen yang didakwanya berat sebelah ialah "...it is beyond him to now suggest that he was not aware of what transpired in the said meeting" dan "...In such event, in my view what was written by the accused to the Prime Minister (Tun Dr Mahathir Mohamad) reiterated above is plain deception without more."

Sementara itu pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup telah memfail afidavit jawapan terhadap permohonan itu pada 11 Jun lalu dan mendakwa alasan penghakiman setebal 83 muka surat yang memerintahkan Dr Ling membela diri adalah tidak berat sebelah yang nyata.

Manoj menyatakan bahawa Hakim Ahmadi membuat dapatan fakta berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan dan keterangan itu bukan sahaja yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan malah daripada pemeriksaan balas saksi-saksi.

Beliau turut memberi alasan bahawa dapatan fakta oleh Hakim Ahmadi berkisar kepada setiap elemen dalam pertuduhan dan dalam mencapai keputusan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie, Hakim Ahmadi menghalusi kredibiliti saksi-saksi serta motif tertuduh.

Katanya beliau pecaya bahawa penemuan dan dapatan fakta dalam alasan penghakiman yang menyentuh setiap perkara penting dalam perbicaraan akan memudahkan pihak Dr Ling menyediakan pembelaan beliau dalam kes ini.

Dr Ling, 69, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun sejak 1986, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 sekaki persegi (skp), telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Ling didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya manakala bagi dua pertuduhan pilihan (pindaan), beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Dr Ling telah didakwa pada 29 Julai 2010 dan dibicarakan selama tiga bulan bermula 1 Ogos tahun lepas.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memanggil seramai 25 orang saksi termasuk menteri kabinet dan pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan JPPH. — Bernama


Nasi tambah...
Senyum terpaksa kerana pendakwaan juga kerana terpaksa ...

Kahkahkah...



NAJIB dah kena main dengan Mahathir... kahkahkah...

Posted: 18 Jun 2012 12:00 PM PDT

Mahathir enggan bela Najib dalam isu Scorpene

KUALA LUMPUR 18 Jun: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan membela Datuk Seri Najib Razak dalam kes Scorpene, terutama selepas kes itu dibawa ke Mahkamah Perancis, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Ini kerana katanya, orang kanan kepada Mahathir, Tun Daim Zainuddin gagal memperoleh kontrak pembelian kapal selam berkenaan.

"Pada asalnya, kontrak ini kepunyaan 'orang Mahathir', iaitu Daim Zainuddin. Tapi, sekarang ini jadi masalah bila timbul isu membabitkan Najib di mahkamah Perancis. Sebab itu kita nampak Mahathir tidak membela Najib," katanya kepada Keadilan Daily.

"Percaturan Mahathir masih belum selesai dan dia sangat cekap 'sembunyikan diri," kata Azan merujuk tindakan berdiam diri Mahathir.

Azan menambah, menggunakan syarikat proksi untuk membida projek kerajaan dan meluluskannya secara gelap merupakan amalan biasa Umno BN memperolehi dana pilihan raya, seperti urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.

"Cuma kali ini ahli Umno serba salah bila mereka tahu habuan yang sepatutnya sampai kepada mereka dibolot Najib dan Razak Baginda," kata Azan.

Keadilandaily


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT