Selasa, 19 Jun 2012

Addin

Addin


Baca Perutusan Israk Mikraj Najib, Kemudian Lihat Gambar Nih..

Posted: 19 Jun 2012 10:15 AM PDT


Kata PM Najib sempena Israk dan Mikraj dalam blog beliau , "Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. 

Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat.

Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini."Baca semua di sini.

Addin bukan nak ulas apa yang dia cakap.. tetapi apa yang di ucapkan tak selari dengan perbuatannya. Sebelum Najib pergi jauh.. adakah Najib perasan yang dia nih jenis cakap tak serupa bikin. Gambar di atas menilaikan semua perbuatannya. 


Mahkamah Tinggi Putuskan 'Anwar Terima RM60 Juta' Adalah Fitnah Nalakaruppan

Posted: 19 Jun 2012 08:04 AM PDT

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi, pada Selasa, memutuskan bahawa Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008. Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.

Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar ganti rugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut.

Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Dalam pembelaannya, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada di bawah perlindungan bersyarat. ~bernama



2 Bintang Popular Bakal Sertai Pas

Posted: 19 Jun 2012 07:08 AM PDT


Umpama air yang turun dari lembah bukit, tak usah lah disekat atau dibuat empangan atau sebagainya, arus air tersebut tetap akan mengalir menuju ke bawah. 



Begitu jugalah dengan Syiar Islam yang telah dilaksanakan Oleh pimpinan-pimpinan PAS, apa yang pimpinan UMNO dok buat tohmahan kepada PAS, kepada TG Nik Aziz, namun,, perasaan yang ada dalam tubuh badan manusia tak ada sesiapa yang mampu menahannya... 

Semakin hari ada saja yang mengistiharkan nak menjadi ahli PAS,, alhamdulillah... Syukur kepada mu Ya Allah,, engkaulah yang membolak balik hati dan perasaan hamba-hamba mu... -manjongmari


Khaled Nordin Sanggup Tinggal Bersebelahan Kilang Lynas

Posted: 19 Jun 2012 04:38 AM PDT

Sejurus selepas membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas, pengerusinya yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sanggup tinggal bersebelahan loji tersebut."Mengapa tidak?" kata Khaled kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada beliau sedia berpindah tinggal di sebelah loji RM700 juta memproses nadir bumi itu di Gebeng, Kuantan.



Beliau mempertahankan laporan tersebut, dengan berkata ia hanya merupakan cadangan dan kerajaan yang mempunyai kata putus."Kami hanya sebuah jawatankuasa parlimen. Kami telah membuat cadangan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakan semuanya, separuh atau (untuk memutuskan) berapa lama ia akan mengambil masa untuk melaksanakan (cadangan itu)" kata beliau.


Kantoi Lagi!! Pengerusi SPR Cakap Arahan Dah Keluar, Kedutaan Cakap Belum..

Posted: 19 Jun 2012 03:11 AM PDT


Memalukan!! Pengerusi SPR lepas nih pasti menyorok mukanya bawah meja. Itu pun kalau tau malu ler, kalau tak tau malu tu memang sahlah muka tembok. Apa tidaknya, terang-terang tipu lepas tu cuba cover balik selamba je.

Betul-betul hang nih bekerja untuk pencacai Umno, apa lagi hang nak tipu lagi. Hang ingat rakyat bodoh ke? Arahan tak keluar, pekeliling tak keluar cakap sambutan dingin.. apa nih? Pleaselah jangan bodohkan diri sendiri.. dah muak!!


Kedutaan M'sia 'tak tahu arahan daftar undi SPR'


Beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara tampil mempertikaikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa gesaannya kepada warganegara ini yang tinggal di luar negara supaya mendaftar sebagai pengundi di kedutaan dan pesuruhjaya tinggi masing-masing, mendapat sambutan dingin.
Sebaliknya, mereka mendakwa, kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia tidak tahu menahu mengenai arahan SPR itu.
Berikutan itu, mereka menggesa SPR supaya memberi arahan dan maklumat yang jelas kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia.

Pada 14 Jun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluh berhubung sambutan yang dingin dan berkata hanya 400 hingga 500 telah mendaftar setakat ini.

Ini, katanya, termasuk mereka yang boleh menjadi pengundi pos, iaitu penjawat awam, pegawai tentera dan pelajar Malaysia di sana.

Terdapat kira-kira satu juta rakyat Malaysia di luar negara yang layak untuk mengundi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz mengakui bahawa pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.

Berikut adalah beberapa jawapan daripada rakyat Malaysia di luar negara. ~malaysiakini

Fakta Bukan Auta!! Polis Mintak Bantuan Google 4 kali Sehari Berhubung Siasatan Jenayah

Posted: 18 Jun 2012 11:41 PM PDT

Kerajaan dan pihak polis dilaporkan memohon bantuan daripada Google sekurang-kurangnya 4 kali sehari berhubung siasatan jenayah yang berlaku di Britain, ia merupakan angka baru yang didedahkan. Enjin pencarian internet itu menerima 1,455 permohonan terhadap data dari Jun sehingga Disember 2011, dan kebanyakkannya berkaitan dengan siasatan jenayah. Terdapat juga 49 permohonan untuk membuang kandungan di laman sesawang bagi pihak kerajaan dan pihak polis dalam jangka waktu yang sama.

Angka itu menunjukkan peningkatan 22 peratus berbanding jangka masa yang sama tahun lalu sekaligus menunjukkan peningkatan jumlah data yang dikumpul oleh oleh pihak berkuasa tanpa pengetahuan rakyat.

Meskipun begitu, Google enggan mendedahkan secara khusus pihak berkuasa manakah yang membuat permohonan-permohonan tersebut dan apakah yang mereka cari.

Hanya satu contoh yang diberikan dengan butiran yang agak khusus iaitu satu permintaan daripada pihak polis untuk membuang 5 akaun pengguna di YouTube kerana dikatakan menggalakkan keganasan.

Ini membayangkan kepada kita bahawa, pihak berkuasa di Malaysia juga saling tak tumpah melakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh pihak berkuasa luar negara untuk mengesan pelbagai data di internet dengan bantuan Google. ~freemalays




Al-Fatihah.. Takziah Buat Keluarga Tan Aminuddin

Posted: 18 Jun 2012 11:01 PM PDT

PAS Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Exco Kerajaan Pahang, allahyarham Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (gambar), 64, yang meninggal dunia pagi ini. "Bagi pihak PAS Negeri Pahang, saya merakamkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Dato' Tan Aminudin Ishak, ADUN Chenor, Pahang yang kembali ke rahmatullah pagi ini."Semoga ruh beliau dilimpahi keampunan Allah dan dihimpunkan bersama kalangan solehin," tulis Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal di dalam Facebooknya.

Tan Mohd. Aminuddin Ishak dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh jam 8.55 pagi ini setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 8 Jun lalu.

Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Peneroka Felda Negeri meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak. ~harakahdaily

Addin :

Kematian adalah muhasabah yang terbaik buat semua insan





Gambar Ustaz Nasha Bersama Muhyiddin.. Tengah Berbincang Apa Tu?

Posted: 18 Jun 2012 10:16 PM PDT


Ahli Lembaga Pengarah Ketua Komuniti Perhubungan Antarabangsa Palestine/Lebonan, Dr Moh'd Akram Al-Adlouni (kiri), membuat kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut sama Pengerusi Ali Lembaga Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa (kanan).

Sibuk betul sekarang ni Ustaz Nasha dengan aktiviti NGO. Untuk rekod Ustaz Nasha ialah Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Bachok, AJK Pas Pusat dan Ahli Majlis Syura Pas Pusat. Desas desus mengatakan ada pimpinan Pas Pusat tidak hadir ke Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman.

Addin tak pasti adakah Ustaz Nasha yang di maksudkan. Tetapi yang pasti Ustaz Nasha mungkin antara pimpinan Pas yang pertama menjejakkan kaki ke Putrajaya.

Senarai Nama Cybertroopers Umno Yang Selalu Buat Fitnah Di Alam Maya

Posted: 18 Jun 2012 05:29 PM PDT

Cybertroopers Umno bersama Hishamuddin

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis "pasukan" yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):

  1. Membuat blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO.
  2. Menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada.
  3. Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB.
  4. Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi.
  5. Mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO. 
Di bawah ini kita petik perbincangan tawaran UMB UMNO kepada mereka yang berminat untuk menjadi cybertrooper UMNO.


Bagaimana kita boleh kenal cybertrooper UMNO dalam FB yang mendapat atau menuntut bayaran?
  • Mereka membuat posting provokasi berulang-ulang dan bertubi-tubi
  • Mereka jarang menulis dalam posting cybertrooper lain. Mereka jarang menulis dalam posting orang pro-PR
Perbincangan strategi mereka telah dapat dibongkar oleh orang ramai. Cuba baca posting cybertrooper UMNO di bawah ini:


 Antaranya cybertrooper ini ialah: 
  • Zamzuri Mohamad Tahir
  • Bro Ayim
  • Irwan Hadzly Abd Rahim
  • Anwar Sewel
  • Alexender Da Greatt II
  • Alexander Azar Chambelain
  • Court Maargaret
  • Winablecandidate Larut
  • Angkatan Pemikir
  • Tiger Nilam
  • Cincin Emas
  • Ismit Ulam Raja
  • Puteri Ellysa Betty Shah
  • Satria Merdeka
  • Melayu Kedah Terakhir
  • Matkilau Penang
  • Suan Abdullah
  • Melayu Atas Pagar
  • Sifu Tomoi
  • Kuala Krai Ku
  • Jangan Jadi Penipu
  • Yb Eli Wonggei
  • Yb Ostat Eli Wonggei
  • Mackshinoda Akira II
  • Mat Rambo
  • Apo Plak
  • Kapal Terbang Kertas
  • Nabinikajisplasu Latnatullah
  • Ina Muzaffar
  • Qynah Ibrahim
  • Pakatan Rakyat Bungkus
  • Pas Pig
  • Bundle Bin Bundle
  • Cili Kasi Taruk
  • Chow Yong Fatt (..akan dikemaskinikan senarai ini).
Kebanyakan mereka ini sering memakai dua tiga nama dalam Facebook walaupun mereka adalah orang yang sama.

Siapakah pencacai UMNO yang tidak berdaftar sebagai cybertrooper tapi menulis dalam FB? Baca selanjutnya pendedahan di blog Albangi.


Tiada ulasan: