Selasa, 19 Jun 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Syiah : Ulama Kelantan yang takut pada bayangan

Posted: 19 Jun 2012 08:42 AM PDT



Gua terlibat secara tak langsung dengan Expo Pedagangan Dunia Islam di Stadium KB. Memang dalam banyak2 negara Islam, Iran paling menonjol dari pameran teknologi, kesenian mereka. Cuma masalahnya fahaman Syiah yang mereka bawa di mana digeruni oleh ulama sunni di Kelantan.

Hari ni TGNA tegur berkenaan Syiah yang gua rasakan memusnahkan segala kebaikan yang terhasil dari expo itu dalam tajuk persepsi orang awam. Muka depan Sinar Harian Kelantan. Apa yang ulama takut dan gerun dengan Syiah ni, gua pun tak faham. Sebab ianya double standard.

Kalau sebab peniaga Iran mempamerkan fahaman mereka di ruangan perniagaan mereka, kenapa double standard dengan peniaga Cina & Siam Buddha yang mempamerkan fahaman mereka di premis perniagaan masing2. Berapa juta sunni yang dah jadi Budha akibat itu?

Kalau sebab peniaga Iran mempamerkan video / filem Syiah mereka, selama kecil anak-anak Kelantan duk tgk filem Kristian, berapa bilion setahun anak-anak Kelantan yang jadi Kristian?

Sebab kita tak mampu bersaing, maka kita bunuh benda yang tidak berhak kita bunuh? Sebab Malaysia tak mampu lahirkan penyerang hebat, maka haramkan penyerang import. Sebab Malaysia tak mampu buat kereta berkualiti, mahalkan kereta yang berkualiti? Ini hukum sunni atau hukum ulama Melayu?

Booth R yang gua jaga, 3-4 booth berdekatan dengan gua, terdapat seorang peniaga Iran yang solat di situ dengan batunya. Semua tengok. Dah berapa hari dah.Takda gua dengar pun seorang anak Kelantan pun solat dengan batu. Ini hanyalah pengetahuan positif terhadap fahaman mereka sahaja. Sorang unit amal yang mengenali gua bertanya soal batu itu.

"Kenapa dia solat ada batu, be?"

"Cane nak tahu batu tu asli ke palsu?"

"Tak tahu. Cane?"

"Batu asli, kalau kita jentik, rasa senak. Kalau tak rasa sakit, itu palsu."

Apa yang Iran buat hanya mendatangkan pengetahuan positif kepada rakyat. Kita baca Bible, kita tahu Syiah, kita tahu Budha. Mengapa takut dan cemas sangat? Jeming, rakan gua turut berbahas dengan Iran yang fasih berbahasa Melayu. Gua, dengan bantuan rakan yang fasih berbahasa Inggeris turut berbahas dengan seorang Iran mengenai sikap kerajaan terhadap Syiria.

"Terdapat kumpulan bersenjata yang membunuh orang awam Syiria menggunakan senjata made in Iran. Bagi menuduh proksi Iran."

Beliau turut menegur tabung Syiria yang hanya ditampal bendera Syiria dan tiada perkataan untuk rakyat Syiria. Kerana orang Iran menyangkakan tabung itu untuk kerajaan Iran Basyar sebab Malaysia dikenali di Iran sebagai proksi USA. Dan Basyar adalah proksi USA. Tabung itu tidak mendapat sambutan orang Iran.

Semua ini gua pandang positif. Pengetahuan dan kepelbagaian. Jika takut dan cemas dengan kehebatan Iran, jangan lakukan tindakan dwi-standard. Kemudian claim ini dibenarkan ASWJ.

Ketika dinner untuk pemilik2 booth di Sri 7 Tumpat, YB Zul melahirkan kebimbangan pihak negeri Kelantan mempersembahkan dikir barat sebagai kesenian, selepas Iran mempersembahkan intelektual sebagai kesenian. Seorang budak Iran hafal Al-Quran ketika berumur 7 tahun. Seorang buta yang boleh membaca Al-Quran dari muka surat Al-Quran yang diminta. Sebut sahaja pages berapa, dia akan membaca dengan tepat.

Perkara ini positif. Kita yang claim sunni ASWJ, kitab kuning, 4 mazhab, janganlah bunuh pencapaian Iran semata-mata tak mampu nak buat sehebat mereka. Rasa tenggelam dan takut kepada bayangan. Kalau nak buat juga, jangan dwi-standard. Lakukan perkara yang sama terhadap agama Budha, Kristian dan sebagainya.

TGNA pernah menyiasat mengapa tanda salib di sebuah gereja Kelantan tiada seperti biasa. TGNA takut ada arahan turun oleh anak buahnya. Salib tersebut dinaikkan semula selepas gereja memaklumkan ianya cuma kerja-kerja ubahsuai.

Jika salib diberikan standard sebegitu, kecewa kalau Syiah tidak begitu. Dwi-standard atas nama ASWJ? Ini adalah arahan tuhan?

Tiada ulasan: