Addin |
- Sah!! Bangunan Umno Bukit Gantang Akan Di Sita Hari Ini
- Bongkar!! Dalang Tawar MP Pakatan Rakyat RM2 Juta Di Dedahkan
- Akhirnya.. Ahli Parlimen Rompin Kantoi!!
- Panas!! Bangunan Umno Bukti Gantang Bakal Di Sita?
- Rupa-Rupanya Sebab Ini Bakal Menantu Najib Palsukan Dokumen Kemasukan Universiti Colombia
- (Gambar) Ceramah Ezam Mohd Nor Dapat Sambutan Hangat Rakyat Sarawak
- Cubaan Sabotaj, Ada Pihak Ugut Kontraktor Pembinaan Lebuhraya Rakyat Di Kelantan
- Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai PAS Kerana Pemimpin Umno Cakap Tak Serupa Bikin
Sah!! Bangunan Umno Bukit Gantang Akan Di Sita Hari Ini Posted: 14 Jun 2012 04:00 PM PDT Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong yang dikatakan akan dibina premis untuk tujuan pendidikan orang Islam. Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan. Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula hari ini 14 June 2012 sehingga 05 July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut, ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi. Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses penyitaan ini akan dilaksanakan esok pagi 15 June 2012. ~orangni |
Bongkar!! Dalang Tawar MP Pakatan Rakyat RM2 Juta Di Dedahkan Posted: 14 Jun 2012 10:07 AM PDT Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara. Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen. Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita). Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah". Lalu disambut oleh seorang lagi agen yang dinamakan Mr. X berkata "kita punya maksimum is like that...". Kemudian kedengaran Zamil mencelah dengan berkata "kita dapat syiling sahaja...cuma itu Pak Zahrain...". Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr. X berkata "Mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase...tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,". Lalu Zamil mencelah dengan berkata "Directlah!". Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 3 jam. Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. "Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno. "Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Zamil katanya kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah. Sedangkan kata Saifuddin, beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional. "Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya.~harakahdaily |
Akhirnya.. Ahli Parlimen Rompin Kantoi!! Posted: 14 Jun 2012 09:07 AM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd."...Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada menteri. "Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd. Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar."Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya." Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) Sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi. Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara. Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. |
Panas!! Bangunan Umno Bukti Gantang Bakal Di Sita? Posted: 14 Jun 2012 07:05 AM PDT Bangunan Umno Bukit Gantang yang juga dikatakan menempatkan pejabat Khidmat Masyarakat Adun Trong bakal di sita. Bangunan UMNO yang menempatkan Pejabat ADUN Trong, YB Datuk Hj. Rosli bin Hussin (gambar) di Simpang itu didakwa telah menerima perintah Mahkamah untuk disita. Para wartawan telah menanti Tuan Hakim Majestret Taiping di Simpang,untuk mendapat maklumat terkini. Mungkinkah berlaku tangan ghaib untuk menghalang Bangunan UMNO itu disita.? Addin : |
Rupa-Rupanya Sebab Ini Bakal Menantu Najib Palsukan Dokumen Kemasukan Universiti Colombia Posted: 14 Jun 2012 12:30 AM PDT Memang PM Najib tersohor di seluruh dunia. DailyMail juga melaporkan perihal bakal menantu PM Malaysia dan Rosmah Mansor didakwa menipu. Ini adalah gambar dalaman kondo yang begitu mewah yang menjadi pertikaian mereka. Hotel mewah Plaza Hotel yang ditukar kepada kondominium mewah. Daniyar di dakwa menipu aset bapa tirinya Bolat Nazarbayev seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta). Daniyar juga didakwa memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana. Dia memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Daniyar juga dikatakan menggunakan ketampannya untuk memikat hati anak Najib, Nooryana Najwa ketika menuntut di Universiti Colombia. |
(Gambar) Ceramah Ezam Mohd Nor Dapat Sambutan Hangat Rakyat Sarawak Posted: 13 Jun 2012 10:40 PM PDT Wah!! ramainya yang hadir ke ceramah Ezam Mohd Nor.. ibarat di serang Garuda. Di mana rakyat Sarawak yang dikatakan fixed deposit BN. Ungkapan fixed deposit mungkin dah tak boleh pakai ketika nih. Ceramah Ezam nih diadakah di Petrajaya, Sarawak. Dengan kehadiran seperti ini boleh disimpulkan bahawa rakyat di bumi kenyalang pun menolak politik kotor dan jijik BN yang di terajui Umno. Mungkin ini pentas terakhir Ezam sebelum PRU13, kerana selepas nih mungkin Ezam akan sama-sama meringkuk bersama pimpinan Umno BN yang lain-lain. ~ pisaukarat |
Cubaan Sabotaj, Ada Pihak Ugut Kontraktor Pembinaan Lebuhraya Rakyat Di Kelantan Posted: 13 Jun 2012 06:00 PM PDT Ekoran tindakan pihak tertentu 'mengugut' juru ukur asal yang bertanggungjawab untuk membina Lebuhraya Rakyat sejauh 73 kilometer itu, kerajaan negeri terpaksa melantik tujuh juru ukur yang baru bagi melicinkan perjalanan pembinaan lebuhraya itu. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan danKebajikan Negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat, termasukjuru ukurnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco semalam ketika mengulas perjalanan pembinaan Lebuhraya Rakyat. Jelasnya lagi, kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk 'menghasut' agar tidak terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu. Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan. "Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita buat insyaallah biar sampai berjaya. Kita juga sudah melantik kontraktor," katanya. Husam juga turut mendedahkan sambutan masyarakat Kelantan termasuk di luar untuk turut menderma pembinaan lebuh raya ini begitu membanggakan. "Mereka sedar betapa pentingnya dalam Islam mengenai konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan," ujarnya. Husam juga turut berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan baru-baru ini. "Kalau ada orang nak beli kita lelong, sekarang ni kita dah tak guna canggkul, sikul lagi dah, zaman dah semakin moden guna jentolak terus,"ujarnya dengan nada sinis. Beliau dipercayai mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo depan Kota Darulnaim yang menyerahkan peralatan pembinaan kepada kerajaan negeri. Beliau juga turut melahirkan rasa hairan usaha dibuat kerajaan negeri diganggu, diejek, sedangkan cadangan pembinaannya ditarik balik sebelum ini. Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutama di musim perayaan dan cuti sekolah apabila rakyat Kelantan dari luar pulang ke kampung halaman masing-masing. Lebuhraya ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Lebuhraya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R). ~harakahdaily |
Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai PAS Kerana Pemimpin Umno Cakap Tak Serupa Bikin Posted: 13 Jun 2012 05:00 PM PDT Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi. Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut berkata fenomena bekas Pegawai kanan kerajaan menyertai PAS tidak dapat disekat lagi. Seorang demi seorang mula tertarik dengan perjuangan PAS yang memartabatkan Islam dengan Melayu menjadi terasnya. Beliau ditemui ketika menyerahkan Sijil Keahlian PAS kepada Hj Abdul Rahman dalam satu majlis ringkas meraikan beliau di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. Sebelum menyertai PAS, Hj Abdul Rahman pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu. Beliau mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dengan PAS pada bulan Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012. Turut hadir dalam majlis penyerahan Sijil Keahlian Seumur Hidup PAS adalah kakitangan Unit Keahlian Pas Pusat diketuai oleh Pegawai Keahlian, Puan Noriah Mohd Yunus dan Setiuasaha Perantau, Suhaimi Embong. Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah. Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan mereka. Rawatan Secara 'Panadol' Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara. "Sebagai contoh, mereka ini (pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu, "Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu. Justeru, beliau menyedari perkara tersebut dan 'berubah' dari menjadi ahli Umno kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. "Sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS, "Makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,"tambahnya. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan