Khamis, 7 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


Ni Ha Sebabnya KDN Tangguh Video Bersih 3.0

Posted: 07 Jun 2012 09:03 AM PDT

Oleh: laniismaa

Rakaman Bersih 3.0 Versi Polis terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Sebab utama kenapa video itu ditangguhkan kerana cakap Menteri KDN, Hishammuddin tak boleh pakai. Kenapa Hishammuddin beriya-riya berkata ia akan dimuatkan ke laman web kementerian pada Selasa iaitu semalam dan boleh dikuti mulai hari ini (6 Jun).

Bayangkan panel penasihat (kononnya bebas) baru mengadakan mesyuarat kedua pada Selasa, 5 Jun. Takkan dua kali mesyuarat boleh putuskan video yang berjumlah 43 klip dan berdurasi 73 jam. Kalau betul-betul bebas, takkan dua kali mesyuarat mampu selesaikannya.

Sebab-sebab lain siapa yang akan menonton video yang berdurasi 73 jam dengan 43 klip. Kalau nak kondem pun takkan sampai 73 jam. Patutlah-patutlah. Inilah yang mungkin difikirkan Hishammuddin selepas membuat pengumuman video tersebut, lalu terpaksalah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi membetulkannya.

Sebab-sebab lain, panel bebas akan bohong kita semua. Tak larat mereka nak menentukan kesahihan video itu semua. Dah tua-tua, tak larat mereka nak menonton. Akhirnya semuanya diserahkan kepada polis.

Apalagi polis mulalah membuat versi mereka!! Rujuk SinarHarian

http://www.ekeleh.com/


WAJIB TONTON: Tak kering gusi bila Zunar berceramah...

Posted: 07 Jun 2012 07:00 AM PDT

Najib tak malu, dalam memperlekehkan Pakatan Rakyat, diam-diam meniru satu persatu...

54 Tahun di KENCING tapi masih sokong DACING... HANCING betoi...

Dari awal Disember 2010 ketika Pakatan lancarkan Buku Jingga lagi, Najib berulang kali mengatakan negara akan bankrap dengan segala tawaran yang Pakatan sediakan. Tapi dalam diam Najib akhirnya meniru juga apa yang Pakatan akan dan telah laksanakan contohnya bila negeri Pakatan menyalurkan bantuan rakyat antaranya Jom Shopping dan bantuan untuk warga emas, BN juga meniru kaedah yang sama dengan memberi bantuan seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia...

Sedap jugak Aspan Alias katok kepala Najib... hehe...

Posted: 07 Jun 2012 01:12 AM PDT

Kalau banyak melakukan kesalahan, memang liat hendak melepaskan kuasa

Hari demi hari undang-undang yang menghantui rakyat semakin ketat dengan hampirnya pilihanraya umum ke13 ini. Nampaknya kartoon tidak boleh digunakan dalam pilihanraya ini, itu kata Timbalan Pengerusi SPRM. Dr Mahathir pula meminta kebebasan internet disekat dan seperti biasa Rais Yatim dengan pantas 'merawikan' kata-kata Dr Mahathir itu.

Tetapi cerita tentang pengundi haram yang didaftarkan dalam senarai pengundi tidak juga diselesaikan oleh SPRM. Pihak berkuasa dan pemimpinnya asyik mentelaah bagaimana hendak sekat pihak pembangkang, tetapi kerja dan tanggungjawabnya untuk membersihkan senarai pengundi yang merupakan asas demokrasi itu sampai kehari ini tidak diindahkan.

Saya dan ramai lagi telah bercakap dan bertanya kenapa kali ini sudah mula timbulnya unsur-unsur menekan seolah-olah ianya membayangkan yang BN tidak mahu menerima keputusan PRU jika rakyat menolaknya. Dengan penekanan ini maka jelas yang sebenarnya yang akan mewujudkan huru-hara selepas pilihanraya nanti ialah pihak BN.

Zunar, kartoonis begitu berang dengan kecenderungan kartoon digunakan oleh setengah pihak sebagai alat kempen dalam pilihanraya nanti. Zunar akan tetap melukis kartoonnya dan tidak ada apa-apa pun boleh menghalang beliau melukis kartoon yang menjadi bidang kegemaran dan profesionalisma nya.

Jika seruan Mahathir untuk melakukan sekatan terhadap internet sebagai alat penyampai maklumat bagi pihak pembangkang elok kita bertanya, bagaimana pembangkang hendak menyampaikan mesejnya kepada rakyat? Kerajaan buat apa lagi kepada pembangkang? Segala-galanya hendak disekat.

Kalau takut sangat dengan kebangkitan maklumat untuk rakyat, kenapa masih hendak menjadi kerajaan? Rakyat hendak menggunakan internet itu untuk mengetahui apa terjadi kepada isu scorpene misalnya. Media arus perdana tidak akan menyiarkan perkara yang sebenarnya tentang scorpene ini. Rakyat ingin tahu bagaimana penglibatan Altantuya dalam isu pembelian scorpene itu.

Melalui internet lah yang kita boleh mengetahui bagaimana komisyen haram yang diterima oleh pemimpin kita dalam projek membeli kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat hendak menyelam itu? Semua orang hendak tahu dimana komisyen haram itu dibayar…..diHongkong ke atau di Singapura atau dimana?

Kita hendak tahu berapa Najib perolehi dari pembelian kapal selam itu dan jika boleh kita hendak tahu samada isu tuntutan Najib untuk dibayar sebanyak USD1 billion sebelum wakil syarikat pembinaan kapal selam itu mendapat tempahannya. Kita juga hendak tahu berapa Altantuya sepatutnya dapat sebahagian dari komisyen itu. Sudah dibayar atau belum lagi kepada Altantuya.

Jika belum dibayar kita hendak tahu sudahkah dibuat urusan untuk membayar waris kepada Altantuya jumlah yang sepatutnya diberi kepadanya. Banyak lagi isu-isu yang rakyat hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Semuanya ini memerlukan maklumat dari internet kerana media arus perdana tidak akan menyiarkannya. Kenapa kita perlu menyokong seruan Mahathir untuk membebaskan kegiatan melalui internet itu. Jika dilaksanakan kehendak Mahathir itu ia bermakna kerajaan ingin mengikat tangan penyokong pembangkang dan melakukan 'circumvention' terhadap proses demokrasi yang sebenarnya.

Apa yang BN hendak sorokkan sangat itu? Bukankah BN kata mereka tidak bersalah dalam semua tuduhan dan spekulasi rakyat seluruh dunia itu? Jika tidak bersalah kenapa takut-takut? Kalau pembangkang berbohong rakyat boleh tengok pembohongan itu melalui internet. Kenapa takut kerana rakyat akan menghakimi nya samada BN atau PR yang berbohong. Tetapi kita takut-takut yang BN lah yang berbohong, bukannya PR.

Jika pembangkang memenangi pilihanraya melalui internet, apa salahnya. Negara ini negara demokrasi dan rakyat berhak untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat tersebut. Kalau dinegara Cina komunis pun internet bebas untuk menjadi media pilihan rakyatnya kenapa Malaysia memilih untuk menjadi lebih buruk dari pentadbiran negara komunis itu.

Jika Myanmar sekarang sudah terbuka kepada dunia luar kenapa pula kita yang hendak menutup negara kita dari dunia luar. Mahathir juga yang telah memperjuangkan dunia tanpa sempadan tetapi apa bila 'nature' hendak mengambil tempat dan melakukan perubahan BN sudah tidak dapat menerimanya. Sikap tidak dapat menerima kekalahan ini adalah sikap semula jadi politik dunia ketiga.

Tetapi pemimpin kita dengan gah kesana kemari bercakap tentang wawasan 2020 yang meletakkan negara setaraf dengan negara-negara maju. Negara maju apa yang hendak kita capai jika kekalahan dalam pilihanraya menjadikan mereka hilang akal dan tidak dapat menerimanya langsung, seolah-olah hendak memisahkan kulit dari daging atau hendak memisahkan kulit dengan kuku.

Parti Buruh Britain baru sahaja menerima kekalahan dan kekalahan yang terbaru ini bukannya kekalahan kali pertama. Parti Buruh bergilir-gilir memerintah dengan parti Conservative tetapi tidak pula mereka sanggup menolak asas demokrasi yang sebenar semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Kalah kali ini mereka akan dapat semula dalam pilihanraya yang akan datang. Menang dan kalah itu perkara biasa dalam sesebuah negara maju.

Hanya BN sahaja yang merasakan seolah-olah dunia akan kiamat jika kalah dalam pilihanraya. Sebenarnya kekalahan BN jika benar berlaku, merupakan hikmah besar buat BN itu sendiri. Dalam kekalahan itu BN boleh membersihkan kekotoran yang mereka lakukan semasa memerintah. BN tidak mungkin dapat membersihkan kekotoran yang mereka lakukan jika masih berkuasa, malahan BN akan bertambah sombong dan angkuh jika terus mendapat mandat.

Jika BN menang lagi rasuah akan dilakukan dalam jumlah trillion ringgit, bukannya lagi dalam jumlah ratusan billion. Lagi pun adalah 'natural' bagi sesebuah parti yang terlalu lama memerintah dimana-mana negara lain jatuh tersungkur dihadapan mata rakyat mereka.

Hanya di negara kita pengalaman ini baru sahaja hendak berlaku. Di negara lain pertukaran pemerintah ini berlaku acap kali tanpa masalah. Gordon Brown telah menyerahkan kuasa hanya dalam tempoh enam jam kepada parti Conservative dan Liberal Demokrat setelah beliau tidak berdaya menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya Britain tahun lalu.

Jika saya yang jembel ini boleh mempelajari apa yang berlaku dinegara maju, masakan Mahathir tidak dapat belajar dari keadaan itu. Jika untuk menutup kesalahan merupakan sebab untuk mempertahankan kuasa dengan apa daya sekali pun, itu bukan masalah rakyat kita. Itu masalah mereka. Siapa suruh melakukan kerja-kerja tidak baik terhadap negara dan rakyat?

Kita mesti akui segala kerja jenayah yang dilakukan oleh pimpinan BN selama ini merupakan kerja jenayah (treason) terhadap negara dan mengkhianati negara itu adalah terlalu besar kesalahannya untuk dimaafkan rakyat. - Aspan Alias

AJAIB: Menteri nie bermulut LAJU dari OTAK... kahkahkah...

Posted: 06 Jun 2012 09:00 PM PDT

Rais Yatim Naik Jobo Lagi! - Sakmongkol

Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim "tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu." Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.

Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia?

Semenjak 2008, UMNO telah kehilangan standing untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu. Lebih besar jumlah orang Melayu yang tidak menyokong UMNO. UMNO hanya dapat 2.381 juta undian. Jika kita andaikan 380 ribu pengundi ketika itu adalah bukan Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Baca sekali lagi- 2 juta undi!

Apa sudah jadi dengan dakwaan UMNO ada 3.2 juta ahli? Ini membuktikan bahawa 1.2 juta ahli UMNO sendiri telah menolak UMNO. Adakah 1.2 juta ini di rundung mala petaka kerana UMNO tidak menjaga mereka?

PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO. Maka jika kita guna lojik ekau-den Rais ni, maka orang Melayu are better off menyokong PAS dari UMNO. Amacam? Mari kita pakat ramai2 sokong parti PAS.

Adakah mereka jatuh sengsara kerana tidak menyokong UMNO? Melayu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak pun musnah kerana tidak menyokong UMNO. Inilah yang terjadi apabila mulut lagi pantas dari otak dan inilah yang akan terjadi bila apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, keluar dari lubang atas. Hanya Rais sahaja yang boleh lakukan perkara ini.

Apa yang kita perolehi kalau berada dalam UMNO ialah rasa selamat kerana berada dalam kumpulan. Safety in numbers. Itu sahaja. Perasaan yang sama di perolehi kelau orang Melayu bersatu kerana meyetujui suatu matlamat. Melayu bersatu dibawah perasamaan matlamat. Orang Melayu bersatu sesama sendiri tidak sama dengan MESTI bersatu di bawah hegemony UMNO. Bersatu sesama sendiri tidak semestinya bersatu di bawah telunjuk UMNO. UMNO tidak memberi orang Melayu matlamat. UMNO hanya memberi alasan untuk segelintir Melayu mengambil kesempatan.

Bagaimana orang Melayu memperjuangkan hak mereka? Tentu sekali bukan dengan bergantung kepada UMNO. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan bersandar pada undang undang. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan melayakkan diri mereka dengan berkerja kuat, dengan menyokong pendaulatan undang undang dan dengan memutuskan tali pergantungan kepada UMNO. UMNO hanya mengeksploitasi dan mengambil kesempatan keatas amanah yang di berikan orang Melayu.

UMNO telah memudaratkan orang Melayu dengan dasar dasar yang meruntuhkan orang Melayu. Kita ambil contoh layanan UMNO keatas warga Felda.

Orang Melayu FELDA suatu hari nanti akan jadi buruh estet yang menjual hasil mereka kepada syarikat FGV yang di miliki dan di kuasai oleh pihak ke3. Dari memiliki harta dan asset yang boleh di kuasai secara lansung, orang Melayu menggadai masa depan anak dan cucu mereka. Orang Felda yang menyokong penyeneraian FGV adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Bagaimana peneroka hari ini mahu mempertahan diri mereka dari di tuduh membeloti kepentingan masyarakat Felda? Tidak kah kita malu terlompat dan terkinja kinja menerima wang RM 15 ribu untuk sogokan menyerahkan jiwa dan raga Felda kepada bank2 dan perunding? Dan setiap keluarga hanya dapat RM 800 sahaja manakala pihak lain , yang sebermulanya tidak ada kena mengena dengan Felda, dapat lebih besar dari itu? kamu telah menggadai masa depan semua warga Felda apabila bersetuju menyerahkan segala asset dalam Felda Holdings kepada pihak putar alam. Jadi siapa yang mengkhianati bangsa Melayu dan siapa yang tidak sayangkan bangsa Melayu?

Bangang punya montori. - sakmongkol

Ustaz Azhar Idrus, FENOMENA anak muda terkini

Posted: 06 Jun 2012 06:00 PM PDT

K-Pop, drifter dan Azhar Idrus

Selepas perhimpunan belia anjuran BN, dua perkataan menjadi popular, K-Pop dan "drifter"."Korean Pop" atau K-Pop adalah menjadi minat anak-anak muda kini. Dengan membawa artis K-Pop ke perhimpunan belia BN, ia mampu menarik kehadiran besar anak-anak muda.

Akan tetapi, kerana "singkat"nya kain gadis-gadis Korea yang membuat persembahan, ia mendatangkan bala kepada BN. Apabila terbongkar jutaan RM dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop tersebut, dua kali bala kepada BN.


Sukan bermotor "drift" memang telah lama menarik minat anak-anak muda Malaysia. Seorang "drifter" akan dilihat cool oleh gadis-gadia muda yang cun melecun.

Malang tak berbau, kemalangan berlaku ketika sukan drift sedang berlangsung.

Facebook dan Twitter menjadi medan untuk mengutuk tindakan BN membawa artis K-Pop serta kemalangan yang berlaku ketika sukan drift berjalan.

Ia menyebabkan menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta maaf kepada rakyat seluruh negara.

Shabery sedar, walaupun berjaya menghimpunkan ramai belia, K-Pop dan drifter telah menyebabkan imej perhimpunan belia tersebut tercalar.

Azhar Idrus

Sebagai tindakan balas terhadap perhimpunan demi perhimpunan yang dianjur oleh Umno dan BN, PAS menghimpunkan puluhan ribu orang di Kedah dua tiga hari lalu.

PAS juga membawa "fenomena" anak muda terkini, Ustaz Azhar Idrus.

Barang siapa yang tidak mengenali Azhar Idrus, adalah orang yang ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Walaupun Ustaz Azhar Idrus ini adalah seorang pendakwah Islam, kepekaannya mengikuti perkembangan terkini anak muda menyebabkan beliau menjadi begitu popular.

Setiap kali beliau datang ke Masjid Negeri Shah Alam, keadaan ibu negeri Selangor ini akan bertukar menjadi seolah-oleh seperti Lebaran. Ertinya, kenderaan akan melimpah ruah mengelilingi masjid.

Pada malam tahun baru, susuk tubuh Azhar Idrus dengan gandingan Zizan "Raja Lawak" berjaya menarik kehadiran lebih ramai anak muda ke Dataran Shah Alam berbanding Datuk Seri Najib Razak di ICT.

Siapa pilihan orang muda?

Sebenarnya, dua-dua acara anjuran Umno-BN dan PAS diatas hanyalah "penyedap rasa" dalam sesuatu masakan.

Dengan mengundang artis K-Pop tidaklah bermakna Umno akan dilihat lebih terbuka. Dengan membawa "Ustaz Cool" tidaklah menggambarkan PAS sebagai tidak bersama reality masyarakat. Yang lebih utama adalah apakah dasar atau polisi yang dibawa oleh kedua-dua parti politik Melayu tersebut.

Hari ini, kedua-dua Umno dan PAS telah bertukar watak. Kalau dahulu PAS seringkali dilihat sebagai ekstrimis Islam dan mengamalkan Islam garis keras, kini giliran Umno pula.

Masyarakat bukan Islam terutamanya etnik Cina berdiri teguh di belakang PAS. Dalam banyak hal yang melibatkan persoalan Islam atau Melayu, pendirian PAS dilihat lebih "moderate".

Kehadiran NGO seperti Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, Jati pimpinan Datuk Dr Hasan Ali dan watak-watak seperti Datuk Zulkifli Noordin menambahkan lagi kebenciaan orang bukan Islam terhadap Umno.

Umno tidak boleh selama-lamanya bergantung dengan sokongan orang Melayu Felda serta di kawasan pendalaman. Sekarang mereka telah kalah di hampir kesemua kerusi di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia.

Jika tiada Sabah dan Sarawak, BN tumbang pada PRU 12 lalu. Mampukah selama-lamanya Sabah dan Sarawak menjadi "fixed deposit" BN?Walau apa yang bakal berlaku selepas PRU 13, terimalah dengan hati terbuka. Jangan sampai Malaysia hancur hanya kerana berlaku pertukaran parti yang menguruskan negara. - Amin Iskandar

TERKINI: Nik Aziz jadi sasaran PECACAI lagi...

Posted: 06 Jun 2012 03:45 PM PDT

Nik Aziz difitnah lagi!! kali ini pegang tangan perempuan pula...

Tak habis-habis sebar fitnah puak-puak pencacai UMNO.. tak takut mati ke? Apa korang ingat dengan memiliki kad keahlian UMNO tu boleh terlepas dari api neraka ke?

Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri.

Kerana keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu sendiri.

Kalau di tanya 100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka. Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah aku lampirkan gambar ( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di paste gambar Tok Guru..., adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah?

Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir..

Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Ini gambar sebenarnya... (Sumber...)

Tiada ulasan: