Khamis, 7 Jun 2012

Addin

Addin


Baca Nih.. Kenyataan Muhyiddin Langsung Tidak 'Cover' Najib

Posted: 07 Jun 2012 10:57 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi tidak mahu memberi komen tentang soalan berkaitan siasatan pihak Perancis terhadap pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Ditanya apa yang akan dilakukan oleh kerajaan berhubung dakwaan bahawa pihak pendakwa Perancis mendapati dokumen sulit Tentera Laut Malaysia telah dijual, beliau terus menjawab: "Tidak ada komen".

Beliau mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sama ada kerajaan akan terus membisu walaupun perkara itu mungkin mengaitkan Perdana Menteri yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak. ~malaysiakini


Gambar Umno Makin Menggila .. Bawak Cangkul Dan Cop Mahu Bina Lebuhraya

Posted: 07 Jun 2012 02:27 AM PDT


Ini zaman moden, zaman kemajuan, zaman teknologi... Untuk bina Lebuhraya, kita perlukan peralatan dan teknologi moden bukannya cangkul dan cop. Dengan menggunakan peralatan moden akan mempercepat dan melancarkan pembinaan lebuhraya.

Semalam Umno sumbangkan cangkul dan cop untuk pembinaan Lebuhraya Rakyat antara Kota Bharu ke Kuala Krai. Oit!!.. Umno.. zaman ini kita tak bina lebuhraya menggunakan cangkul dan cop. Cangkul dan cop nih untuk kerja-kerja gali kubur je..

Mungkin niat sebenar Umno nih minta kita pakat-pakat gali lubang kubur dengan acangkul dan cop untuk kuburkan Umno buat selama-lamanya dalam peta politik Malaysia. Mungkin itu niat mereka tapi kita je yang tak faham..


Tanda-Tanda Umno Akan Berkubur Di Kawasan Felda

Posted: 07 Jun 2012 01:00 AM PDT

BANDAR TUN RAZAK - Tiga peneroka dari Felda Jengka 20, di sini, terkilan sebaik mendapat tahu mereka hanya menerima 800 unit saham dengan harga RM4.55 seunit. Peneroka, Mokhtar Mahmud, 64, berkata, lebih membuatkan mereka terkilan apabila jumlah itu kurang berbanding saham diterima kakitangan Felda. "Sepatutnya kami menerima sebanyak 1,000 unit untuk satu lot dan bukan 800 sahaja. Mengapa perbezaan itu terlalu ketara? Pengurusan juga tidak beri penjelasan berhubung perkara ini," katanya.

Dia berkata, peneroka bukan tidak bersyukur, namun sedikit terkilan kerana apa istimewanya kakitangan Felda berbanding mereka, sedangkan peneroka mempunyai tanah.

"Kakitangan cuma bekerja dan tidak punya pulangan kepada Felda. Cuba buat macam Tenaga Nasional Bhd yang memberikan dua lot saham kepada kakitangan mereka, sedangkan kami cuma terima 800 unit," katanya.

Sementara, Ahmad Karim, 64, berkata, kakitangan difahamkan mendapat saham mengikut gaji diterima mereka.

"Kami memang terkilan kerana begitu lama berkempen, kini timbul pula cakap-cakap belakang pembangkang mengatakan kami sebagai peneroka dianaktirikan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan, Mohd Dasuki Hassan pula berkata, masalah itu seolah-olah membuka peluang kepada pembangkang mengatakan peneroka dipermainkan.

"Pemberian ini seolah-olah mengiakan apa diperkatakan pembangkang selama ini sekali gus tidak membuktikan kebenaran Felda mengenai saham sebagaimana diuar-uarkan sebelum ini.

"Sepatutnya kami menikmati lebih daripada durian runtuh sebelum ini. Sekarang peneroka sudah mula bising. Kalau beri cukup 1,000 unit, mungkin peneroka akan tutup mulut," katanya.

Beliau berkata, peneroka juga menyokong penuh permohonan Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lakum untuk penambahan saham sebagaimana dilaporkan dalam Sinar Harian, sebelum ini. ~sinarharian

Patutlah Pengerusi Senaman Punggung Tak Mau Minum 100 Plus.. Ini Sebabnya

Posted: 07 Jun 2012 12:27 AM PDT

Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka. Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib. Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N). Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.

Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat.

Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri....



 ~gb

Addin :

Najib kali nih betul-betul malang.. gambar dia pun orang dah benci, belum lagi susuk tubuhnya


Rais Yatim Sudah Kembali Ke Pangkal Jalan?

Posted: 06 Jun 2012 11:44 PM PDT

KUALA LUMPUR - Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.

"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang had masa dan syarat-syarat yang bakal dikenakan berikutan keputusan itu.

Katanya apa yang boleh dilunaskan setakat ini ialah peluang itu diberi kepada setiap parti politik untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto mereka dalam waktu yang dihadkan dalam saluran di RTM.

Rais berkata dalam memberi kebenaran, pelbagai perkara harus diteliti iaitu, sama ada RTM perlu mengikut selera parti politik atau amalan di negara-negara Komanwel dan negara maju yang lain yang mana mereka juga ada menetapkan syarat-syarat dalaman tertentu yang perlu dipatuhi.

"Misalnya di England, BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti politik semasa pilihan raya dengan beberapa syarat dalaman yang mereka olah, begitu juga di Singapura dan Thailand, malah yang terbaru Myanmar turut memberikan peluang itu dengan syarat-syarat tertentu dalam bentuk amalan yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.

"Tentu sekali dengan keputusan ini pelbagai soal dan juga pandangan akan diberi namun kerajaan akan menerimanya secara terbuka tetapi ia mesti terasas kepada perkara yang tersusun dan tertakluk dari segi konsep penyiaran untuk negara," katanya.

Rais bagaimanapun menegaskan sebagai media kerajaan, RTM harus tetap memberi keutamaan kepada penyiaran berita-berita berkaitan kerajaan dan kepentingan rakyat.

"Sebagai media kerajaan, kita harus mementingkan hak kerajaan dan oleh kerana RTM adalah badan penyiar kerajaan, maka siaran-siaran dan berita-berita kerajaan perlu mendapat keutamaan," katanya. ~bernama

Najib Panas!! Skandal Scorpene Meletup Di Luar Negara..

Posted: 06 Jun 2012 11:22 PM PDT


Skandal kapal selam Scorpene Malaysia nampaknya telah melebar ke kepulauan Mediterranean Malta, di mana seorang anggota parlimen pembangkangnya mendakwa bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Menurut portal berita -Malta Today - MP Evarist Bartolo memberitahu parlimen Malta bahawa perunding kewangan milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah 'dibersihkan' melalui Malta.

Komisen Perimekar telah dikritik sebagai satu dalih untuk sogokan kepada tokoh politik.

Laporan lain dari Malta mendakwa bahawa Gifen telah ditubuhkan oleh Jean-Marie Bouvin, yang juga banyak terlibat dalam penjualan kapal selam dari syarikat pertahanan milik Perancis, DCN, kepada Pakistan dan kapal frigat kepada Taiwan (kanan).

Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis serta menemuduga pegawai DCNS (dahulunya dikenali sebagai DCN) dan syarikat-syarikat yang berkaitan seperti Thales serta pegawai di kementerian berkenaan.

Bartolo mendakwa, syarikat-syarikat lain yang didakwa digunakan untuk tujuan yang sama ialah Eurolux, yang berpangkalan di Luxembourg, dan Technomar, yang berpejabat di Belgium.

Bartolo seterusnya mendakwa Gifen, yang diasaskan pada tahun 2001 oleh Bouvin, mempunyai kaitan rapat dengan perkhidmatan perisikan Perancis, dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Dominic de Villepin.
Malta Today

melaporkan, selepas Perancis menandatangani Konvensyen PBB Menentang Rasuah, Bouvin didakwa mula beroperasi melalui saluran lain - menubuhkan syarikat di Ireland, Switzerland, Mauritius, Isle of Man dan Malta.

Nama Sarkozy (kiri) telah disebut berkaitan dengan rasuah besar-besaran yang dijanjikan kepada para jeneral Pakistan bagi pembelian kapal selam SSK Scorpene dari Armaris, yang kini menjadi sebuah unit pertahanan DCNS di Perancis.

Sebelas juruteknik Perancis telah diletupkan dengan bom kereta yang pada mulanya dipersalahkan kepada Al-Qaeda.

Bagaimanapun, cerita berikutnya di Perancis, yang dipanggil "L'Affaire Karachi," mendakwa jeneral Pakistan meletupkan van tersebut sebagai membalas dendam ekoran pembatalan bayaran sogokan oleh presiden ketika itu, Jacques Chirac.

Sarkozy menafikan sebarang penglibatan dalam skim sogokan tersebut. Bagaimanapun, berikutan dia kehilangan jawatan presiden Perancis kepada Francois Hollande, penyiasat mungkin meneliti semula aktivitinya. ~malaysiakini

Pencacai Umno Bkt Gantang Bakar Bendera, Halang Jalan, Terbalikkan Meja Di Ceramah Pas

Posted: 06 Jun 2012 08:28 PM PDT


Disebabkan tak puas hati,tak senang hati,tak tenteram jiwa...maka ahli-ahli UMNO di Taman Berkat didalam Parlimen Bukit Gantang telah melakukan tindakan 3 serangkai yang jelas menampakkan sikap kebudak-budakan dalam politik.

Kes pertama:

Pada 28 mei 2012 berlangsung malam ceramah di Taman Berkat berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatan mengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS [Klik DiSini]

Kes kedua:

Dilaporkan pada malam ceramah 28 mei 2012 terjadi satu kejadian yang tidak wajar berlaku yang mana ada pihak (Dipercayai tindakan ahli UMNO) telah membakar bendera PAS, berikutan kejadian itu pihak PAS Cawangan Taman Berkat bersama PAS Kawasan telah membuat satu laporan polis di balai Polis Simpang pada hari ini.Laporan polis ini dibuat bagi menentukan supaya kejadian sebegini tidak beulang lagi dimasa akan datang.

Ketua Cawangan PAS Taman Berkat bersama wakil PAS Kawasan menunjuk-kan laporan polis serta gambar bukti kejadian bakar bendera dihadapan Balai Polis Simpang.

Salinan Laporan Polis

Kes Ketiga:

Menurut sumber dari seorang ahli PAS diCawangan Taman Berkat bahawa kejadian bakar bendera ini telah menyebabkan salah seorang yang dipercayai JKKK ( UMNO la tu...hahaha...) menjadi berang apabila ditanya mengenai kejadian ini disebuah kedai makan. Beliau telah menebalik-kan meja makan setelah ditanya kepadanya angkara siapa yang melakukan dan siapa dalangnya yang membakar bendera PAS. ~Orang ni


Panas!! Skandal Scorpene Disiarkan Di Vietnam

Posted: 06 Jun 2012 06:48 PM PDT


Secara amnya Scandal Scorpene yang melibatkan Najib, Razak Baginda da Altantuya diketahui oleh kebanyakkan warga Malaysia yang punya acess internet.

Meskipun begitu kerana taksub kepada Najib ianya dianggap fitnah oleh kebanyakkan penjilat Najib walaupun mereka sendiri membacanya dan tertanya tanya kenapa Najib membiarkan laporan yang memburukkan dirinya disiarkan oleh media luar negara.

Kerana tindakan media yang ditunggang oleh pentadbiran Najib menggelapkan berita atau laporan mengenai Scandal ini, maka jika kita menceritakan perkara ini kepada Makcik dan Pakcik di Felda atau kepada sesiapa sahaja yang tidak punya acess terhadap internet mereka tidak akan percaya.

Najib sememangnya mampu untuk mengawal dan mengongkon media-media cetak yang berada didalam Malaysia yang permit penerbitannya terletak ditangan pentadbiran Najib, tetapi tidak kepada media cetak luar negara.

Baru-baru ini sebuah penerbitan di Hong Kong telah menyiarkan satu artikel tentang scandal yang melibatkan RM500 Juta dana dari pembayar cukai.

Menurut apa yang dilapornya, Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dan kini laporan tentang scandal ini disiarkan pula oleh sebuah negara jiran yang lebih hampir dengan Malaysia iaitu Vietnam pula…

And here are the report....


Submarine deal resurfaces to haunt Malaysia's top man
A decision made in Paris last month means that one of this region's most sensational episodes is going to resurface with a vengeance.

It began a dozen years ago when Malaysia's Prime Minister Najib Razak held the defence portfolio and ordered two Scorpene submarines from the French shipbuilder, DCNS, for about US$400 million each.

The deal was brokered by Razak Baginda, who ran the Malaysian Strategic Research Institute, which was funded by Najib and designed to further his political career.

In the interest of full disclosure, let me reveal that I met Razak regularly during my posting in Kuala Lumpur in the 1990s and continue to see him each time I visit Malaysia.

When he became pointman for the Scorpene purchase, however, I had left KL and did not see him again until we met in Venice, Italy, at the 2002 ASEAN-Europe conference.

Razak attended only briefly and when I asked why he was rushing off, he said he was needed in Paris for an important defence deal.

Later, it was revealed in the Malaysian parliament that the "commission" for the sub contract was 114 million euros, or about $160 million at the time.

The money was paid into the KL bank account of Perimekar, a company set up by Razak just before the contract was signed and which had no track record of handling defence procurements.

It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia's ruling National Front coalition.

Based on this allegation, the French police raided the offices of DCNS and seized a stack of documents indicating the payment of massive bribes.

And last month, after examining the documents, Judge Roger Le Loire ordered a criminal investigation to be launched.

It will almost certainly involve filing subpoenas for both Razak and Prime Minister Najib to appear in court.

Before considering that dramatic prospect, however, we must recall that when negotiating the contract, something amazing happened to Razak.
He fell in love.

Now although Razak, a family man with a high-profile public image, had long emulated the philandering reputation of his mentor Najib, this latest affair was completely different.

He fell hook, line and sinker for the woman – a stunningly beautiful Mongolian model named Altantuya "Tuya" Shaaribuu.

Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.

Multilingual Tuya, as well as being drop-dead gorgeous, was also smart and quickly learned about the huge bribe for the sub deal and doubtless envisaged a handsome cut for herself.

But succumbing to "fatal attraction syndrome", she clung relentlessly to Razak, and he, fearing that her indiscretions might bring him down, tried to end the affair.

She would not have it, and in desperation, he spoke to Najib and the police were called in to keep her away.

Two aggressive Special Branch officers took their assignment literally and kidnapped her.

Then they raped her, shot her in the head and blew up her body with C4 explosives from Najib's defence ministry – and for good measure, erased her entry into Malaysia from immigration records.

In effect, she vanished.

But thanks to continued pressure from her well-connected family and the Mongolian Embassy, the crime was eventually uncovered and those involved arrested – all except Najib, of course.

After a long, lurid and electrifying trial, the two cops were sentenced to death and Razak was acquitted. Now, however, with the launch of Judge Le Loire's investigation in Paris, it appears he could soon be back in court.

And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.

If so, Tuya's gruesome death will not have been in vain.


The Phnom Penh Post

~anaksungaiderhaka

Tiada ulasan: