A Mum Of Three Mohd |
- Kerajaan Dari Rakyat Untuk Rakyat
- UMNO Kelantan terkulai layu di tangan Tok Guru
- Pendidikan Tinggi belum percuma.... PTPTN on ler.
- Teruskan sampai mampooss..
Kerajaan Dari Rakyat Untuk Rakyat Posted: 07 Jun 2012 08:30 AM PDT Ini dia kerajaan yang berjiwa rakyat. Ia dipilih oleh rakyat dan kebajikan rakyatlah yang menjadi keutamaan mereka. Syabas!! Ya, syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana mengambil langkah segera bagi menangani masalah para pelajar UNISEL yang dizalimi oleh kerajaan UMNO/BN. Para pelajar yang dianiaya gara-gara dinafikan pinjaman PTPTN mesti dibantu. InsyaAllah, langkah kerajaan PR Selangor ini akan meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada mereka, khasnya di Selangor. Keprihatinan mereka pasti akan dihargai dan akan diterjemahkan dalam bentuk undi dalam PRU13 nanti. As for UMNO.... tindakan bangang mereka akan membawa mereka ke lubang kubor. Syabas kerana akan 'pencen' tak lama lagi dan semoga komer mengelupor di dalam kubor. Hancor UMNO!! Unisel Akan Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar Tindakan Kementerian Pengajaian Tinggi membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL memaksa kerajaan negeri bertindak mencairkan aset badan pendidikan tersebut bagi membantu pelajarnya yang di aniaya kerajaan pusat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri PengajianTinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut. "Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM. "Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL." kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang di keluarkan sebentar tadi. Menurutnya,Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. "Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN. "Bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar -pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat." tegas Abdul Khalid. Katanya, Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri PengajianTinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL. "Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibubapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka. "Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. "Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini." kata beliau yang juga Adun Ijok.-Media Selangorku |
UMNO Kelantan terkulai layu di tangan Tok Guru Posted: 07 Jun 2012 03:45 AM PDT |
Pendidikan Tinggi belum percuma.... PTPTN on ler. Posted: 07 Jun 2012 01:45 AM PDT Kita tetap bertegas mahukan pendidikan percuma. PTPTN tetap akan dimansuhkan. Apabila pendidikan sudah percuma, maka jam tu, baruler para pelajar tak perlukan PTPTN lagi. Bodoh betoi!! Takkan itu pun tak paham. Selagi Pakatan Rakyat belum kuasai Putrajaya dan selagi dasar pendidikan tinggi negara masih tidak dirombak dan selagi dasar pendidikan percuma belum dilaksanakan.... dan selagi tiada biasiswa diberikan kepada anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, maka wajarlah mereka dibantu melalui PTPTN. Sebab.... itu saja ruang yang mereka ada. Tak der pilihan lain. Moreover.... itu tanggung jawab kerajaan pusat. Pulak tu, mengapa jadikan Universiti Selangor sebagai mangsa?? Para pelajar di UNISEL bukan nyer 100% anak Selangor tapi datang dari merata ceruk rantau di Malaysia. Kalau anak Selangor mungkin kerajaan PR Selangor dapat usahakan dana pembiayaan buat mereka. Tapi... what about para pelajar luar?? Kita tidak nafikan yang kita ingin mansuhkan PTPTN tetapi itu hanya akan terjadi, insyaAllah, sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan nanti di peringkat pusat. Sementara itu.... kita mendesak kerajaan UMNO/BN agar memansuhkan PTPTN dan sediakan pendidikan percuma di peringkat tinggi. Kita tak nak anak-anak muda terbeban dengan hutang. PTPTN tu, lintah darat wa cakap lu... Along berlesen!! Oleh itu, tidak timbul soal PR populis, atau sudah berubah atau hipokrit seperti yang didakwa oleh Khaled Noodin. [sini] Kita tetap istiqamah dengan janji-janji kita, jika kita berkuasa kelak. Masalahnyer sekarang..... selagi pendidikan percuma tidak diberikan oleh kerajaan UMNO/BN, mengapa tetiba aniaya para pelajar UNISEL dengan menyekat PTPTN kepada mereka. Mengapa wujud diskriminasi?? Kalau tak mahu bagi.... jangan beri kepada semua. Tak gentleman ler macam tu?? Alooo.... nak berpolitik pun, gentleman ler sikit. Ikut nasihat Rais Yatim. Jangan ler amalkan politik kampung. Apakah dengan berbuat demikian.... UMNO akan dapat politikal advantage?? No way!! Itu hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO. Itu hanya akan mempercepat kemasukan UMNO ke dalam liang lahad. Takbir!! |
Posted: 06 Jun 2012 11:07 PM PDT Tok Guru Nik Aziz kata.... Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro UMNO di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya. Saya katakan, jika UMNO merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah. Tapi saya ingin ingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti ini, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO. Percayalah, UMNO sendiri akan malu dengan perbuatan ini satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara UMNO ingin mengakhiri hayat mereka. Saya ucapkan terima kasih. M3M pulak kata... Issshh... isshh.... Buruknyer perangai puak-puak UMNO ni. Kata orang tua.... orang yang nak mampooss, banyak buat perkara yang pelik termasukler yang jelek. Istillah Melayunyer.... 'buang tebiat' Banyak kali dah puak-puak ni buat perkara jelek. Semua itu ialah petanda UMNO sedang menghadapi saat-saat 'kiamat'-nyer. Semoga dengan lenyapnyer UMNO, bangsa melayu akan dapat membaik pulih semula maruah mereka yang kini berada dalam longkang akibat kedurjanaan UMNO. Ciiittt!! Cilakess punyer UMNO!! [sumber:FB Tok Guru] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan