Selasa, 5 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Najib must go!! We pulak... Say NO to UMNO!!

Posted: 05 Jun 2012 03:45 AM PDT

  
Kesian.... kesian...

Buat, takut kalah.... Tak buat kalu, lagi parah!!

Kah kah kah kah... Mampoohh UMNO!!

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Kelewatan melakukan pilihan raya mungkin menyebabkan penurunan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dengan krisis hutang di Eropah, menjadikannya lebih sukar untuk BN melaksanakan pemberian wang tunai untuk meraih populariti, kata penganalisis.

Pentadbiran Najib melambat-lambatkan proses transformasi perundangan, dan ekonomi akan mengakibatkan penurunan sokongan daripada kumpulan minoriti Cina dan India berdasarkan kaji selidik Merdeka Center.

"Tangguhkan pilihan raya akan mengeruhkan keadaan. Perlu diingat, ada krisis di Eropah, dan ia mungkin akan melibatkan Malaysia," kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching kepada The Malaysian Insider.

Pakar ekonomi beranggapan penyingkiran Greece daripada Kesatuan Eropah (EU) akan menurunkan perkembangan China kepada 6.4 peratus tahun ini daripada 9.2 peratus pada 2011. Malaysia bersama dengan negara Asia yang lain telah meningkatkan perdagangan dengan China sejak bertahun lalu dan gergasi Asia itu kini merupakan rakan dagang terbesar.

Spekulasi menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengumumkan pilihan raya dilaksanakan selepas membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemungkinan pilihan raya paling awal adalah pada 21 Julai apabila bulan Ramadhan bermula.

Pentadbiran Najib telah membelanjakan rakyat apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), yang menyaksikan sokongan Najib melonjak.

"Pemberian-pemberian seperti itu hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini di bentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak.

"Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncak," kata pensyarah politik dan hubungan antarabangsa ini.

Beliau menjelaskan, kaji selidik Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, meningkat daripada 74 peratus pada Febuari.

Namun pensyarah Universiti Sarawak itu berkata terdapat "peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan diberikan, akan menyokong PR."

"Sebelum subsidi "feel-good faktor" kerajaan perlu melaksanakan PRU. Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut," kata Faisal.

Beliau berkata pengundi bukan Melayu melihat kerajaan kekurangan keupayaan politik untuk melaksanakan transformasi.

Beliau menjelaskan pentadbiran Najib dilihat berundur ke belakang apabila mengenakan polisi yang mengutamakan Bumiputera di bawah Model Ekonomi Baru (NEM).

Keengganan kerajaan untuk membebaskan tahanan di Kem Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun telah memansuhkan akta tersebut turut mengurangkan sokongan pengundi.
Faisal menjelaskan kerajaan juga bertindak "ganas" apabila mengambil tindakan terhadap perusuh pada perhimpunan 28 April menurunkan sokongan pengundi China yang rata-ratanya merupakan pengundi bandar.

Seorang penganalisis politik lain,  James Chin, berkata," masyarakat India telah mula kembali kepada PR."

Beliau menjelaskan kaji selidik Merdeka Center mendapati 72 peratus masyarakat India berpuas hati dengan Najib berbanding 80 peratus pada Febuari, turun lapan peratus dalam masa tiga bulan.

Beliau menambah penurunan itu daripada penyokong setia India BN berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) berikutan kekecewaan terhadap BN dalam menangani isu mereka.

"Ia mungkin disebabkan program kerajaan untuk komuniti India tidak berhasil," kata pensyarah di Sunway Monash University ini, dan memberikan contoh masyarakat India yang tiada kerakyatan.

Wan Saiful Wan Jan, pengasas "think-tank" Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) turut menggesa pilihan raya dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata adalah sukar BN akan menarik undi pengundi atas pagar dengan keadaan ekonomi yang perlahan dan pengundi telah membuat keputusan.

"Fakto utama Melayu kembali kepada BN adalah ketakutan hilangnya kuasa politik. Strategi seperti ini dilihat berhasil.

"Strategi menunggu ini akan menguntungkan PR kerana mereka boleh mendedahkan lebih banyak skandal dan tuduhan kerajaan tidak menjalankan tugas," kata Wan Saiful
said.

Beliau memberi amaran sokongan BN akan pudar jika pilihan raya dilewatkan.

"Saya tidak rasa Najib akan beroleh kemenangan dua pertiga majoriti. Rating Najib tidak akan diterjemahkan kepada undi. Mungkin kepada beliau secara peribadi, bukan untuk Umno," katanya.-MI

Rais sayang Melayu?? Tipu aaarrr....

Posted: 05 Jun 2012 12:30 AM PDT


 Rais Yatim sudah sampai 'klimaks' keterdesakan,

Shooottt!! Shooottt!! Shhooott.... melulu wa cakap lu!!

Aaaggghhh.... Anwar tak sayangkan Melayu pulak dah kata dia. Yang amat sayangkan Melayu ialah Rais dan koncu-koncu UMNO-nya. Merekalah penyayang Melayu. Khaakk Ptuuihh!! Aaaaa... Terwheekk aku.

Sudahlah!! Penyayang Melayu taik kucing. Dah 'kurus' hak Melayu mereka kerjakan selama 54 tahun UMNO memerintah.... ada hati lagi nak main sandiwara. Ajernya muka dah hilang kemaluan.

Sudah ler 'baling batu' pada Melayu, lepas tu nak sembunyikan tangan dengan menuduh Anwar tak sayang Melayu. Udah-udah ler tu main sandiwara purba komer. Dah tak laku jang ooii!! Rakyat dah jelak dan dah termuntah tengok wayang sandiwara purba komer.

Ekau yang sepatutnyer be a gentleman dan lawan Anwar secara bermaruah. Bukan main kotor dengan tuduhan-tuduhan tak berasas. Itu.... pondan lawan anak jantan namanyer. Pondan itu ekau dan anak jantan itu Anwar.

Malas dah nak cerita panjang lebar pasal pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu, sebab semua orang dah tahu. Yang Melayunyer tau.... yang Cina tau dan yang India pun begitu juga. 

Yang khianat pada Melayu ialah UMNO seperi Rais Yatim. Aha... ini sedikit pencerahan tentang pengkhianatan UMNO terhadap hak bangsa Melayu. Baca kat sini. Itu baru sikit jer. Banyak lagi...

Cinta mereka pada Melayu.... cinta plastik. Cinta untuk mengena orang Melayu. Cinta ada makna. Cinta haramjadah tu!! Kerana cinta pada Melayulah mereka sanggup gadai negara pada pendatang asing. 

Sebenarnya UMNO tak cintakan Melayu.... UMNO cuma cintakan kuasa. Melayu hanya diperbodoh untuk diperguna untuk tujuan itu. Apabila tembelang mereka dah pecah dan banyak Melayu dah hilang lepercayaan kepada mereka.... dan banyak Melayu dah beralih arah kepada Pakatan Rakyat.... Anwar dijadikan kambing hitam. 

Hahahahaa.... Terbalik kot!! Anwar pulak dah yang tak sayang Melayu. Mungkin ada kebenaran dengan apa yang si Rais ni katakan. Ada Melayu yang Anwar tak sayang dan mesti dikorbankan.

Melayu yang Anwar tak sayang ialah seperti kata Ketua Srikandi Keadilan Malaysa ini...


Kesian si Rais Yatim. Walaupun dia ada Phd tapi dia terpaksa jadi bodoh. Itulah nasib para menteri yang terpalit dengan skandal. Mereka terpaksa bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir... mempertahankan kuasa UMNO supaya tidak masuk kubor. 

Sebab... kalau UMNO masuk kubor.... mereka takut diheret ke muka pengadilan dan menerima pembalasan bagi dosa-dosa mereka terhadap bangsa Melayu dan juga negara mereka. Dan juga... dosa  sesama manusia. 

Ehem... ehem.... Excuse me, terbatuk pulak. Hahahaha...... Batuk ada makna tu.

Nampak gayanyer.... puak-puak giler dunia ni, mereka lebih takutan pembalasan dunia daripada pembalasan di akhirat nanti.

Betoi tak, kengkawan??

Sama darjat tak serupa gelagat

Posted: 04 Jun 2012 10:15 PM PDT

Gambar:FB kengkawan
 
Gambar kontroversi paling popolar....

Sama darjat tak serupa gelagat!!

Hahahahahaha..

Hangat!!

Sebenarnya Nik Aziz diGERUNI...

Posted: 04 Jun 2012 08:15 PM PDT


Tajuk berita Utuseks Meloya.....


Mengapa perlu diganti??

Kerana dia 'Bapak segala kafir'??
Kerana dia menyesatkan??
Kerana dia berkawan dengan DAP??
Kerana dia kononnya tak sehaluan dan sependapat dengan Hj Hadi??
Kerana dia lebih pentingkan politik daripada Islam??
Kerana dia mendengar nasihat daripada golongan parasit dalam PAS??

Hahahahaha.... Itu semua alasan musuh politik Tok Guru Nik Aziz. Apakah Hasan Basri fikir kita bodoh sangat untuk menerima bulat-bulat alasan tersebut dan menyokong saranannya supaya Nik Aziz diganti??

Wehh... silap besor ler kamu!! Siapa Hasan Basri yang mahu minta Nik Aziz diganti??

Hahahaha.... You're nobody ler!! Daripada menyalak tak tentu pasai macam orang hilang akai.... lebih baik ler hang pi ikut bontot Asang Jati menyalak ke sana ke mari berbicara tentang bangsa Melayunyer, tentang perjuangan agamanyer dan tentang raja-raja Melayunyer. After all, PRU13 ni dah nak dekat tau?? Menang UMNO nanti.... besor ler habuannyer kot?? Dapat juga kamu tumpang semangkok...

Kamu menyalak... nyuruh Tok Guru Ni Aziz diganti, pasti tak sapa nak ambik pot. Haishhh... buat mengabehkan ayor lior jer. Orang bolayan, wa cakap lu... Sebab, orang tau.... lu siapa dan Nik Aziz siapa.

Kalau lu tak tau siapa Nik Aziz, sini.... nak habaq mai. Tok Guru Nik Aziz ialah musuh politik yang amat digeruni oleh UMNO/BN. Beliau juga tokoh yang disegani dan dihormati baik Melayu... Cina mau pun India. Dia... juga very reliable, responsible, accountable dan punya integriti yang tinggi.... serta amat disayangi oleh jemaahnya, baik di peringat atasan... mau pun akar umbinya.

Pendekkan citer... 

Oleh sebab dia digeruni UMNO.... maka sebab itu ler penjilat UMNO seperti Hasan Basri ini mintak Nik Aziz diganti. 

Adeyyy.... piiiraahhhh!!

Orang tu kata...

Posted: 04 Jun 2012 05:30 PM PDT


Ada orang tu kan.....

Mulut dia kata... dia tak takut

Tapi kan....

Yang hat di bawah tu, terkecut-mecut
Terbesio ikut depan...
Tercecior ikut belakang!!

Komer ingat tak masa kes Anwar di mahkamah dulu...
Ada orang tu kan... dia kata dia sanggup pi mahkamah
Tapi, last-last tak nampak pun muka dia dalam mahkamah

Sekarang... orang tu kata lagi, "Bawa saya ke mahkamah, saya tak takut"

Hmmm.... talk big lama orang tua tu, berulang lagi.

Menyampah!!
Cakap tak serupa bikin.
Haprak betoi orang tu, kan??

Komer ingat tak siapa orang tu??

6 - 2 = 4

Posted: 04 Jun 2012 03:30 PM PDT


Nak seribu daya
Tak nak seribu dalih...

Hahahaha....

Sori... I'm very busy!!
Sori... I'm not well!!

 Dari enam, tinggal ler empat
Kesian. ... 

Kah kah kah kah

Cayalah!!

Posted: 04 Jun 2012 09:19 AM PDT

 Gambar:Roketkini


Hahahaha... Cayalah!!

Esok-esok Najib pun nyenseng kaki seluor ler pulak
Kalau tak niru bukan UMNO namanyer!!

Tiada ulasan: