Isnin, 4 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


UMNO Permatang Pauh KURANG AJAR...

Posted: 04 Jun 2012 10:21 AM PDT

Panas!!! Jelajah Merdeka Rakyat Di Tmn Guar Perahu Tidak Mendapat Sambutan, DS Anwar Gembira??

Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu pada 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa , beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR, pada 3 hb yang lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..

 
Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah,Sdr. Raymond Ahuar yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan 'Hijau Menuju Putrajaya' yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PHd dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.


Sumber: ASD

Lim Guan Eng tak ROGOL AMAH... kahkahkah...

Posted: 04 Jun 2012 08:32 AM PDT

APA DIA MASALAHNYA ?

NOTA:
betul ke najib tak gentar
betul ke najib dah berani

najib tak gentar dengan bini?


kalau ini betul
berita ini adalah berita dunia
kah kah kah

kita tunggu waran tangkap dari paris
kah kah kah

PAS BERHIMPUN UNTUK KEMENANGAN DAP?

KELMARIN, pemimpin dan penyokong Pas berkumpul di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi menyertai 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya'. - Sudah pasti matlamat perhimpunan itu adalah bagi membakar semangat ahli-ahli parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pas semakin menunjukkan keterujaan dan keghairahan mereka untuk menumbangkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.

Sememangnya kita kagum dengan semangat Pas itu tetapi apakah himpunan yang diadakan di Alor Setar tersebut menguntungkan Pas? Apakah himpunan itu demi perjuangan politik Pas atau ia akan menjadi alat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ia kerana realitinya Pas tidak akan mampu berseorangan untuk ke Putrajaya kerana sejarah penglibatan parti itu dalam pilihan raya menunjukkan Pas tidak pernah bertanding dalam jumlah kerusi yang mencukupi bagi membolehkan ia memerintah.

KOMENTAR TUKAR TIUB

apa masalahnya dap menang
apa masalahnya dap memerentah
apa masalahnya dap masuk kerajaan

dap lebih baik dari united malays national organisation

lim guan eng tak terlibat kes bunuh altantuya
lim guan eng tak terlibat minta komisen 1 bilion
lim guan eng tak terlibat tipu peneroka felda
lim guan eng tak terlibat kes rampas tanah di penggerang

najib terlibat kes bunuh altantuya
najib terlibat kes minta komisen 1 bilion
najib terlibat tipu warga felda
najib terlibat rampas tanah di penggerang

bangsa melayu saje tak ada apa apa makna
agama islam saje tak ada apa apa makna
najib melayu
najib islam
tetapi terlibat kes bunuh

NOTA:
lim guan eng tak rogol amah

Brader Tukar Tiub

HARAM JADAH: Rakyat ditipu dengan subsidi petrol

Posted: 04 Jun 2012 05:09 AM PDT

Rakyat ditipu dengan subsidi petrol?

Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!

Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.

- Blogmaster

PELIK: Pesawat Merempuh Bas...

Posted: 04 Jun 2012 01:35 AM PDT

10 maut jet kargo Ghana rempuh bas

Pesawat kargo Boeing 727-200 terbabas selepas merempuh sebuah bas di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka, Accra, Ghana semalam. - Foto ihsan idahostatesman/AP

ACCRA - Sebuah pesawat kargo merempuh bas selepas terbabas dari landasan ketika mendarat di ibu negara Ghana semalam, menyebabkan kesemua 10 penumpang bas terbunuh.

Empat anggota krew pesawat itu, Boeing 727-200 milik Allied Air, terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Beberapa laporan menyebut nahas terjadi ketika pesawat itu sedang berlepas dari lapangan terbang.

Nahas itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka, yang terletak berdekatan dengan kawasan bangunan-bangunan tinggi dan hotel-hotel yang baru dibina.

Saksi berkata pesawat yang terbabas dari landasan, kira-kira 7 petang waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia), merejah pagar lapangan terbang sebelum merempuh bas yang sedang bergerak.

Jurucakap Perkhidmatan Bomba Ghana, Billy Anaglate berkata, kesemua 10 penumpang dalam bas terbabit terbunuh.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Lagos, Nigeria ke Ghana.

"Ketika mendarat ia terbabas dari landasan dan masuk kawasan jalan di luar pagar (lapangan terbang)," kata Anaglate dipetik laporan AP.

Ghana, yang mempunyai 25 juta penduduk, tidak berhadapan dengan nahas udara besar sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Naib Presiden Ghana, John Dramani Mahama mengarahkan agar pegawai penerbangan mengadakan siasatan.

Kawasan tragedi turut menempatkan stadium sukan El-Wak dan perkampungan haji.

WAJIB TENGOK: Gambar yang buatkan Mahathir meracau siang... kahkahkah...

Posted: 03 Jun 2012 10:12 PM PDT

NOTA:
Hosni Mubarak duduk di dalam sangkar di mahkamah mendengar keputusan hakim menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atasnya di Kaherah, semalam. - AFP

KOMENTAR TUKAR TIUB:
gambar ini amat amat manakutkan mahathir muhamad
gambar ini menekan jiwa mahathir muhamad

gambar ini menekan najib
gambar ini menekan muhyiddin yassin
gambar ini menekan rais yatim


tapi

gambar ini menggumbirakan
gambar ini menggumbirakan rakyat mesir

gambar ini ditunggu tunggu oleh rakyat malaysia
gambar ini di nanti nanti oleh seluruh malaysia
gambar ini di mimpi mimpikan oleh rakyat malaysia

LALU...
JOM KITA RAMAI-RAMAI TIBAI MAHATHIR... kahkahkah...


*****************************

Yang baik itu datang daripada Mahathir, yang tak baik itu datang daripada Pak Lah

Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. "sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak" kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah dikalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir dihujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah diatas segala kelemahan BN dan UMNO Baru itu.

Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. 'Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah diatas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Disebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.

Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat yang sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.

Bak kata perpatah, 'masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru'. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu.

Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau, segala institusi dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk membetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan dari beliau.

Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakkan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah.

Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu.

Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan UMNO Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir.

Semua yang berada didalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun dikalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita. Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.

Mungkin Pak Lah adalah orang yang 'responsible' terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil 'accountability' sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakkan dari kebaikan.

Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham yang rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing.

Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh digunapakai buat selama-lamanya.

Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi.

Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada didalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya.

Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat UMNO Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada UMNO Baru dan kembali bercakap tentang UMNO dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan UMNO Baru itu.

Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa.

Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain dari semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka.

Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat.

Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara UMNO Baru mentadbir negara.

Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, 'there must be a cause for a cause'. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu.

Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai.

Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu.- Aspan Alias

TERHOT: BOM dikaki Najib lagi besaq...

Posted: 03 Jun 2012 06:00 PM PDT

Skandal Scorpene: Rahsia Pertahanan Negara Bocor Angkara Siapa?

1) Macamana Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan Perdana Menteri, Najib Altantuya memperoleh dokumen sulit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk dijual kepada DCNS.

2) Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib...

3) Apakah Najib juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan?


4) Rakyat berhak menuntut penjelasan PM kerana kemungkinan wujud bahaya besar kepada negara.

5) Apakah mungkin maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing?

6) Jika benar, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat.

BERGAMBAQ: Punca NAJIB kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 03 Jun 2012 05:17 PM PDT

Dasyat betoi jumlah yang menonton livestreaming Himpunan Hijau Menuju Putrajaya...

Ca tengok...
Sikit punya ramai ka...
13,588 tu beb...
Tak dak K Pop...
Tak dak Amy Search...
Kahkahkah...

Takbir!!!!!!

Tiada ulasan: