PERAKITE |
Saya tahu..walaupun ramai tidak tahu Posted: 03 Jun 2012 06:35 PM PDT Banyak sudah di perkatakan mengenai Persatuan Bola sepak FAM yang berterusan gagal memmbawa kegemilangan bola sepak negara. Tiada siapa yang berani menegur pengurusan FAM. Dulu seketika Dato Seri Ibrahim Saad (mantan Timbalan Menteri dan TKM Pulau Pinang) pernah menduduki kerusi hangat Setiausaha Agong FAM. Beliau dikatakan rapat dengan Presiden FAM. Pun begitu akhirnya beliau sendiri berundur. Sebabnya tanyalah Ibrahim sendiri yang kini menjadi Duta Malaysia ke Filipina. Saya sendiri pernah ditawarkan kerja bahagian perhubungan FAM..saya pergi ke sana dua hari..kendian saya belah kerana melihat betapa unsur politik kicking yang kuat dalam FAM. Saya merumuskan betapa pada masa itu (lima-enam tahun lepas)..hanya mereka yang mempunyai daya tahan mengampu yang tinggi akan mempunyai jangka hayat hidup yang tinggi dalam FAM. Ada sekurang-kurangnya tiga kelompok penting dalam FAM..iaitu kelompok Presiden, kelompok Setiausaha Agung dan kelompok jurulatih. Mereka sudah lama menyelinap dalam pengurusan dan pentadbiran FAM dan ia akan berterusan selagi tidak dirombak sepenuhnya. Masuklah siapa sahaja dalam FAM ..tidak akan sampai ke mana.. Bola sepak Malaysia akan terus menghadapi nasib malang. Bayangkan Vietnam dan Myammar kini lebih baik dari Malaysia. Wal hal Malaysia mempunyai kewangan dan kemudahan. Bacalah rintihan Tan Sri Anuar Musa. Anda boleh lawati Facebook beliau di sini untuk sama-sama mengetahui konspirasi yang sedang beliau hadapi. Saya tahu rancangan menyekat saya bermula seawal saya dicalunkan sebagai Timbalan Presiden FAM. Saya tahu, urusetia tidak pernah NEUTRAL , malah mereka pernah buat pengakuan pada saya bahawa mereka terpaksa! |
Umno-BN dah tekan button panik Posted: 03 Jun 2012 06:19 PM PDT Dua bulan lepas, DS Najib Razak meminta maaf atas kesilapan Umno-BN. Semalam, TPM TS Muhyiddin Yassin pula mengklasifikasikan PRU13 sebagai penentu hidup atau mati Umno-BN. Mesej Muhyiddin itu menerima pelbagai pentafsiran ekoran dilihat dalam pelbagai perpektif. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau. Namun kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua itu membawa mesej yang jelas ... BN mahu kekal berkuasa dan merayu rakyat terus memberi mandat untuk UMNO-BN terus mentadbir negara. Pemerhati politik berpandangan bahawa UMNO-BN semakin bimbang dengan saingan Pakatan Rakyat. Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan berhadapan dengan kekalahan. Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang. "Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau. Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13. "Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini. "Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya. Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun. Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13. "BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu. Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau. Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya. Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bertujuan meningkatkan keazaman parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen." "BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya. (edited version from Sinar Harian) |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan