Isnin, 4 Jun 2012

Addin

Addin


Mahathir Kecut Dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya.. Ini Buktinya

Posted: 04 Jun 2012 09:51 AM PDT

Umum mengetahui, Umno main tipu dari dahulu, di perkudakan semua agensi kerajaan terutamanya SPR dan JPN bagi memastikan kemenangan Umno. Mungkin macam nih jugaklah kenyataan Husni Mubarak semasa partinya memenangi pilihanraya hampir 90% kerusi parlimen di Mesir. Tetapi apa jadi selepas tu, rakyat Mesir bangkit dan menentang rejim Husni Mubarak sehingga tumbang pada 2011. Dan sekarang Husni Mubarak di penjarakan seumur hidup. Jelas kekhuatiran di wajah Mahathir melihat kebangkitan rakyat dari hari ke hari. Seorang pemimpin yang angkuh dan sombong seperti Mahathir yang bakal di hina oleh rakyatnya sendiri..

Mungkin begitu jugak pengakhiran hidup Mahathir dan Umno.. hanya masa yang menentukan.


Dr M: Himpunan besar PAS tak akan jadi undi

Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.

PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyaingi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu. ~malaysiakini


Sebab Inikah Warga Felda Tak Puas Hati Penyenaraian FGVH?

Posted: 04 Jun 2012 07:56 AM PDT

PETALING JAYA - Biro Felda dan Orang Asal PKR mendakwa peneroka Felda yang tidak puas hati mengenai pembahagian saham Felda Global Ventures Holding bukan hanya di Pahang tetapi juga peneroka di Negeri Sembilan. "Saya menerima aduan melalui telefon dari peneroka Felda Lui di Jelebu memberitahu mereka menerima saham hanya 800 unit untuk melabur dalam FGVH. "Tetapi yang paling banyak berlaku di kalangan peneroka-peneroka Felda di Pahang," kata Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said .

Suhaimi meminta pihak berkenaan khususnya Felda menyiasat mengapa perkara tersebut boleh berlaku. "Peneroka Felda Jengka 22 memberitahu saya mereka merasa peneroka telah tertipu. Mereka bertanya apa yang mereka dapat dari saham sebanyak itu?

"Peneroka meminjam wang bank untuk melabur tetapi selepas ditolak bayaran peguam dan kos pemerosesan, berapa yang mereka dapat?," tanya beliau.

Menurut Suhaimi, saham sama ada 800 atau 1, 000 unit tidak akan mengubah kehidupan mereka. Katanya, ramai peneroka menjangka mereka mendapat 50, 000 unit saham FGVHB kerana ia pelaburan sekali seumur hidup.

Banyak saham, banyak hutang

Suhaimi menegaskan pemberian saham yang kecil itu menyebabkan peneroka tidak mahu melabur dalam FGVHB.

"Peneroka berkata lebih baik mereka melabur dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang sudah tentu mendapat bonus dan dividen sebanyak 15 peratus setahun," tambah beliau.

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) sekali lagi menegaskan semakin banyak peneroka mendapat saham FGVHB, semakin hampir mereka untuk menanggung hutang.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, dalam borang saham yang dikeluarkan oleh FGVHB peneroka boleh mmbuat pinjaman bank antara RM50, 000 dan RM100, 000 tetapi kerugian akan ditanggung mereka.

"Bayangkan jika mereka meminjam RM100, 000 dan pelaburan dalam FGVHB rugi, berapa banyak hutang yang mereka akan tanggung? "Anak tetap dengan pendirian supara peneroka Felda menolak FGVH," tambah Mazlan.

Bernama melaporkan peneroka di beberapa tanah rancangan di Pahang yang kecewa kerana mereka hanya diberikan 800 unit saham dalam FGVHB. Mereka meminta Felda menambah saham mereka kepada 1, 000 unit bagi satu keluarga. ~fmt


Akibat Biadap, Blogger Umno Di Saman RM1 Juta

Posted: 04 Jun 2012 05:08 AM PDT

KOTA BHARU - Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar). Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" pada 8 November 2011. Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.

Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.

Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.

Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. ~harakahdaily




Gambar Najib Tengah Bersuka Ria Dengan Taib Mahmud

Posted: 04 Jun 2012 03:01 AM PDT


"Apabila kita menyambut Gawai, kita meraikan satu cerita mengenai kejayaan, kita bukan meraikannya kerana kita gagal atau sebagai sebuah negara yang gagal tetapi kita berjaya dalam pembinaan negara, pembangunan ekonomi dan sosial dan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang budaya,"

Berikut adalah ucapan Najib di hadapan 3,000 hadirin yang menghadiri rumah terbuka sambutan Ngabang Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini semalam. Namun tanpa Najib sedar ataupun tak sedar, inilah cara Najib merintis untuk meraikan kekalahan Umno BN di PRU 13.

Najib cakap Umno BN akan terus kekalkan kuasa tetapi rakyat semakin menolaknya serta Umno BN. Mungkin kenyataan Najib di sulami dengan kajian-kajian dari golongan profesor bertaraf kangkung..



Kredit gambar ~ajijoi & kosmo



Apabila Dr. Asri Bersuara.. Sungguh Pedas!!

Posted: 03 Jun 2012 09:57 PM PDT


Ini adalah posting terbaru Dr. Asri Zainaul Abidin di fbnya.. Sungguh berani tapi penuh dengan hikmah.. Kita sama-sama lihat apa reaksi golongan - golongan tertentu berkanaan posting terbaru Dr. Asri.. sama-sama kita tunggu..

Berikut adalah petikan daripada FB Dr. Maza.com..






~FB Dr.Maza.com


Tiada ulasan: