Ahad, 10 Jun 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


UCAPAN MB SELANGOR ISU PTPTN

Posted: 09 Jun 2012 09:42 AM PDT

UCAPAN MB SELANGOR ISU PTPTN

"Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru UNISEL yang teraniaya ekoran kerajaan persekutuan membekukan PTPTN. Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperoleh hasil penyusunan semula hutang TALAM (hutang ini adalah tinggalan kerajaan BN yang lalu). Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil usaha ini."

Pemimpin UMNO yang tidak cerdik terkedu dengan tindakan spontan Abdul Khalid Ibrahim itu. Jika RM30 juta itu dibahagi-bahagikan kepada 2000 pelajar, mereka akan mendapat RM15000 setiap seorang (sama jumlahnya dengan perolehan peneroka FELDA yang dilibatkan dengan penyenaraian penuh kontroversi FGVH). Jumlah itu lebih daripada cukup untuk menampung kos pengajian selama 2 semester. Jika hal ini dibiarkan berlaku, PKR/PR Berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pendidikan percuma bukan satu ilusi. Maka PTPTN pun membatalkanlah niat buruk mereka.

Tiada ulasan: