Anak Sungai Derhaka |
- Tranformasi Najib semakin menyerlah.. Dua MP BN akan sertai PKR..
- Gadis cantik tak akan keluar mengundi jika guna dakwat kekal kata Presiden PPP
- UMNO anjur dangdut untuk sabotaj Ceramah Ustaz Azhar Idrus tapi gagal.. (Video sebagai bukti)
- Muhyiddin!! sebelum tunjuk akaun.. jelaskan siapa bayar sewa rumah hang dulu..
- Peluang Najib untuk jadi Ketua Pembangkang semakin cerah... MP BN Sabah akan keluar dari BN petang ini?
- Gagal peroleh sejuta 'LIKE' di FB.. BERSIH 4.0 nak kumpul sejuta tandatangan pula..
Tranformasi Najib semakin menyerlah.. Dua MP BN akan sertai PKR.. Posted: 10 Jun 2012 08:21 AM PDT Sehingga kini belum ada pengumuman rasmi tapi Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mengesahkan beberapa tokoh Barisan Nasional, termasuk dua ahli parlimen dari Sabah akan menyertai KEADILAN. Tahniah buat Najib kerana Tranformasi yang dilaung-laungkannya kini semakin menyinar.. TRANSFORMASI merupakan agenda penting yang ingin dijayakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan keluarnya dari BN dua ahli parlimen dari Sabah itu, Najib berjaya membuktikan bahawa agenda tranformasi yang dibawanya semakin menyerlahkan kejayaan.. Maksud aku Tranformasi dari UMNO/BN sebagai pemerintah kepada UMNO/BN sebagai pembangkang pula.. he..he.. Laporan berkaitan.. Dua MP BN dari Sabah dijangka sertai KEADILAN Antara tokoh tersebut ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran. Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi. "Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily. Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu. Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang. Beliau kini dalam Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana di Star City Convention Centre, Asia City di Kota Kinabalu. Jam 10 malam ini, Anwar dijadual bertemu Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah dilokasi sama. Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. http://www.keadilandaily.com/?p=31387 |
Gadis cantik tak akan keluar mengundi jika guna dakwat kekal kata Presiden PPP Posted: 10 Jun 2012 06:36 AM PDT Patutlah Tun Mahathir kata hanya yang bodoh saja bersama UMNO/BN kini.. memang benar rupanya.. korang bacalah apa Presiden PPP dari BN ni kata.. Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas. Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini. Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi. "Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi. "Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi. Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari. "Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC. 'TEKUN pada parti tertentu saja' Dalam ucapan sama, Kayveas turut membidas penggunaan media sosial yang menurutnya digunakan golongan muda yang dipengaruhi pembangkang untuk menyebarkan "maklumat yang tidak betul" tentang kerajaan. "Sekarang pembangkang punya cara, bangun pagi buka laptop fitnah orang. "Empat puluh peratus rakyat Malaysia guna media sosial tetapi kebanyakan maklumat dalam media sosial tidak betul," katanya. Sementara itu, Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menurutnya disalurkan hanya kepada "parti tertentu sahaja". "Pemberian pinjaman TEKUN perlu dikaji semula kerana ia hanya diberi melalui parti tertentu dan kami harap perlu diberi melalui semua parti. "Saya fikir kita akan dapat lebih banyak sokongan (rakyat) dengan cara itu," katanya tanpa menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya. Malysiakini |
UMNO anjur dangdut untuk sabotaj Ceramah Ustaz Azhar Idrus tapi gagal.. (Video sebagai bukti) Posted: 10 Jun 2012 04:12 AM PDT Menurut seorang sahabat yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi, semalam telah berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus tersebut telah diadakan berhampiran dengan McDonald Parit Raja, ianya menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau. Dan beliau menganggarkan kereta-kereta dan motorsikal diletakkan sepanjang hampir 3 Kilometer oleh pemilik-pemiliknya yang hadir untuk medengar kuliah Ustaz Azhar Idrus. Bagaimanapun tanpa disangka beliau, di kawasan berhampiran iaitu berdekatan KFC Parit Raja pula, sekumpulan manusia dari sebuah parti yang memperjuangkan Bangsa dan Agama dilihat cuba menarik perhatian anak muda untuk ke program "Lepak Positif" anjuran mereka. Program yang dinamakan 'Lepak Positif' itu telah dianjurkan oleh Belia 4B / UMNO-BN Program itu tidak lebih daripada sekadar persembahan Dangdut live band yang menyaksikan penyanyi wanita bergelek sakan di atas pentas sambil menyampaikan lagu berirama dangdut. Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak muda Parit Raja lebih gemarkan majlis ilmu, mereka tak layan konsert dangdut untuk golongan tua parti yang memperjuangkan Bangsa dan Agama. Mereka tak layan program lagha yang dibawa oleh parti yang memperjuangkan Bangsa dan Agama itu, bawak keris ke hulu ke hilir perjuangkan Bangsa dan Agama di Konsert Dangdut. Buktinya, di bawah ini rakaman Konsert Dangdut yang dimaksudkan, Walaupun terdapat nasi lemak dan teh tarik 'free', ia gagal menarik orang ramai berbanding kehadiran luar biasa di ceramah UstazAzhar Idrus (UAI) pada masa yang sama... Laporan lebih lengkap sila baca di Milo Suam |
Muhyiddin!! sebelum tunjuk akaun.. jelaskan siapa bayar sewa rumah hang dulu.. Posted: 10 Jun 2012 01:50 AM PDT Kata orang.. kalau tinggal dalam rumah kaca jangan cuba melontar batu... sekarang, Muhyiddin perlu jelaskan siapa bayar sewa rumahnya ketika beliau mula-mula menjadi Menteri dulu.. KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri. "Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi. Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain. Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama. "Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah. "Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya. Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi. Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat. Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat. Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. - Harakahdaily |
Posted: 09 Jun 2012 10:00 PM PDT Samada ianya sekadar khabar angin atau benar segalanya akan terjawab petang ini.. Antara yang akan keluar dari BN petang ini di Sabah ialah Ahli Parlimen Tuaran dan Beufort. Selain itu bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan. Semalam Free Malaysia Today melaporkan Presiden Parti Progressive Sabah (SAPP) memgumumkan akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini. Langkah SAPP itu dilihat akan mengukuhkan lagi keyakinan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya selepas PRU13 ini. Yong juga mengakui kagum terhadap DS Anwar Ibrahim dan baginya bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai kekuatan peribadi untuk membawa perubahanbagi Sabah. "Seperti yang kita tahu, semua pergerakanperubahan nasional untuk mempunyai satu imej ikonikpemimpin. Sebagai contoh, di Asean sahaja, AungSan Suu Kyi dan CorazonAquino adalah pemimpinperubahan yang merupakan sebahagian daripada susunan lama tetapi yang membawaperubahan kepada suatu susunan baru di negara-negara mereka. "Di Malaysia pada hari ini, pemimpin untuk perubahan ialah Anwar Ibrahim," kata Yong. Sebahagian laporan..
Dan peluang Najib untuk menjadi Ketua Pembangkan selepas PRU13 ini semakin cerah.. baca laporan ini..
"Bumburing will launch Kaamatan and Anwar will be there around 3.30pm. He (Anwar) arrives (in Kota Kinabalu) at 1.40pm," the leader said. |
Gagal peroleh sejuta 'LIKE' di FB.. BERSIH 4.0 nak kumpul sejuta tandatangan pula.. Posted: 09 Jun 2012 07:03 PM PDT Sebelum itu.. seseorang meninggalkan pesan dalam FB Anak Sungai Derhaka katanya "Tolong bagitahu kepada Pengerusi BERSIH 4.0 tu supaya bayar gaji pekerja.. dah 3 bulan lebih kami tak dibayar gaji, jangan sibuk sangat dengan BERSIH 4.0 tu..." Meskipun dibantu oleh promosi hebat dari media tunggangan UMNO iaitu TV3 dan juga Utusan Malaysia, sehingga ke hari ini Fanpages 'BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan' kelihatan masih jauh dari apa yang disasarkan mereka. Pengerusinya yang merupakan seorang penjual nasi lemak yang memiliki Ferrari telah mensasarkan jumlah 'LIKE' yang diterima oleh fanpages tersebut menjelang akhir June ini ialah 150,000 sahabat. Malangnya walaupun terpaksa menawarkan sebuah BMW 5 Series yang berharga RM225,000 hinga ke hari ini jumlah 'LIKE' di fanpage tersebut hanyalah 1,127 sahaja. Secara tidak langsung ini membuktikan kebanyakkan rakyat Malaysia yang mempunyai acess terhadap internet bukanlah begitu mudah untuk diperbodohkan oleh pihak yang mengambil kesempatan terhadap BERSIH ini. Bagaimana Pengerusi BERSIH 4.0 nak kaut untung dari aktiviti BERSIH 4.0 ini sila lihat di ( SINI ) Menyedari bukanlah begitu mudah untuk memperolehi 1,000,000 'LIKE's'.. penganjur BERSIH 4.0 menggunakan cara baru yang lebih berkesan untuk menipu pula. Kali ini mereka menjalankan kempen mengumpul sejuta tandatangan pula dan dakwa mereka hingga kini 110,000 tandatangan telah berjaya dikumpul. Dan sasaran mereka adalan sejuta menjelang Ramadhan ini.. Sebab apa aku kata kumpul tandatangan ini lebih berkesan untuk dijadikan modal menipu? Sebab jumlah tandatangan yang sebenar berjaya mereka kumpulkan hanya mereka yang tahu jadi mereka boleh istiharkan berapa juta yang mereka mahu. Lainlah kalau jumlah tandatangan itu diaudit oleh juruaudit bertauliah dan bebas.. ******************************************* Bersih 4.0 sasar kumpul sejuta tandatangan sokongan KUALA LUMPUR - Majlis Bertindak Peniaga-peniaga dan Penduduk-penduduk Ibu Kota menyasarkan mahu mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan terhadap Bersih 4.0 Cintakan Keamanan - langkah memprotes tiga perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini. Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata, usaha tersebut sudah berlangsung sejak lima hari lalu di beberapa kawasan di ibu negara. Menurutnya, setakat ini, sebanyak 110,000 tandatangan sudah dikumpulkan. "Kita mensasarkan dapat mengumpul sejuta tandangan sebelum bulan Ramadan. "Apabila kita sudah dapat kumpulkan sejuta tandangan, kita akan hantar kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika Program Mengumpul Sejuta Tandangan di sekitar Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam. Usaha tersebut sebagai membuktikan sokongan warga kota untuk melihat keamanan dikekalkan sekali gus menolak penganjuran Bersih, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0, sebelum ini. Dalam pada itu, Jamal berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka bagi penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 secara besar-besaran, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini. Dalam pekembangan lain, katanya, pihaknya kini sudah menerima 480 peniaga telah menyatakan hasrat mahu membuat tuntutan ganti rugi menerusi peguam sukarela di bawah Bersih 4.0. "Kita akan failkan di mahkamah dalam masa terdekat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan