Rabu, 20 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Lynas: 'Mustafa Mohamed', Kilang Itu Tidak Boleh Beroperasi Sehingga 'Setuju Patuhi Syarat' AELB !!

Posted: 20 Jun 2012 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (foto) berkata loji Lynas tidak boleh beroperasi sehingga bersetuju mematuhi syarat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). "Tak boleh (beroperasi). AELB selaku autoriti yang uruskan ini semua kena adakan mesyuarat. "Kedua, ia akan kenakan apa juga syarat yang difikirkan perlu termasuklah keputusan menteri Mosti dan 31 syor yang dibuat oleh PSC (jawatankuasa pilihan parlimen)," katanya dalam satu sidang media hari ini. Katanya lagi, lesen beroperasi sementara itu hanya akan dikeluarkan setelah syarikat itu menerima syarat yang dikenakan. "Setelah syarikat menerima apa juga syarat yang dikenakan oleh AELB, terserah kepada AELB untuk menetapkan bila TOL (lesen beroperasi sementara) akan dikeluarkan," katanya. Terdahulu dalam ucapannya ketika melancarkan Laporan MITI 2011, Mustapa turut menyelar parti pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan membenarkan "lanun" memasuki negara ini untuk membuang sisa berbahaya. "Kita sangat sedih apabila mendengar kenyataan beberapa anggota pembangkang bahawa Miti dan Mida bertanggungjawab membawa masuk lanun ke negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan. "(Sedangkan), kita melalui proses ini selepas kita yakin bahawa pelaburan ini memuhi semua keperluan yang ditetapkan. "Kita tetap berpendirian bahawa pelaburan ini bukan (mengenai) bahan radioaktif, sama ada bahan mentah atau sisanya. "Perkara ini disahkan dalam (lapopran) jawatakuasa terpilih parlimen semalam," katanya dalam majlis itu.

Panas: Gara-Gara Debat, 'UMNO Temerloh' Cadang Padamkan Nama Saifuddin Jadi Calon BN PRU-13 !

Posted: 20 Jun 2012 01:22 AM PDT

TEMERLOH, 20 Jun - Gara-gara memberanikan diri untuk berdebat dengan Salahuddin Ayub malam tadi, kini heboh diperkatakan oleh penyokong UMNO Temerloh bahawa nama Datuk Saifuddin Abdullah (foto) bakal digugurkan sebagai calon parlimen itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Sebelum ini, desas-desus mengatakan nama Saifuddin tidak lagi akan tersenarai sebagai calon BN bagi kerusi parlimen itu memang sudah hangat kedengaran. Di fahamkan, terdapat usaha-usaha pihak tertentu dalam UMNO Bahagian Temerloh untuk menjatuhkan Saifuddin kerana mereka tidak suka seorang pemimpin yang berpendirian terbuka seperti beliau. Malah, ada info dari Temerloh yang mengatakan usaha untuk menganyang Saifuddin kini melibatkan pimpinan tertinggi UMNO bahagian terbabit termasuk Ketua Bahagiannya. Dato' Sharkar Samsuddin. Banyak majlis-majlis Saifuddin kini dicuri oleh Sharkar, termasuk semasa merasmikan projek jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Temerloh baru-baru ini. Program yang asalnya melibatkan Saifuddin selaku Ahli Parlimen telah ditukar oleh Sharkar atas kapasiti Ketua UMNO Bahagian. Sharkar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lanchang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang sekarang. Persoalannya, jika benar Saifuddin mahu diketepikan gara-gara sikap yang beliau tunjukkan, maka UMNO sebenarnya menjerat diri mereka sendiri dalam menghadapi PRU-13 nanti.



[Apa yang jelas dapat dilihat, debat yang disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia malam tadi jelas sekali menggambarkan amalan demokrasi sebenarnya yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan UMNO BN bersama media arus perdana mereka. Dengan berdebat maka rakyat dapat menilai segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak baik wakil kerajaan atau pun pembangkang. Namun anehnya, kerajaan mengatakan negara ini demokrasi tetapi amalan sebegini tidak mahu disuburkan. Maka, apa makna demokrasi itu agaknya?. Dalam debat malam tadi, jelas sekali Saifuddin gagal menggunakan ruang terbuka untuk memberi hujjah yang berkualiti. Beliau lebih banyak mengelakkan menjawab beberapa persoalan atas alasan tidak mahu lari tajuk. Akibatnya imej beliau kini tercalar di mata rakyat dan Saifuddin seharusnya membuat keputusan untuk bersama rakyat dalam perjuangan yang berbeza dari apa yang dilalui sekarang. Beliau tidak sesuai duduk di dalam UMNO kerana jiwanya memberontak. Maka, jika UMNO Temerloh membuang beliau sekali pun, rasanya Pakatan Rakyat bila-bila masa akan menerima Saifuddin kerana beliau lebih sesuai berada dalam perjuangan parti itu. Saifuddin Abdullah perlulah membuat keputusan segera demi menyelamatkan masa depan karier politik beliau sekarang ini].

Bekas Orang Kuat Ezam, 'Mohd Zukri Aksah' Akan Gempur Pekan Dalam Ceramah Di Chini Malam Ini

Posted: 20 Jun 2012 12:28 AM PDT

PEKAN, 20 Jun - Bekas orang kanan Senator Ezam Md.Nor yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Dan Rasuah (GERAK) Pahang, Mohd Zukri Aksah (foto) akan berada di pentas ceramah umum Pakatan Rakyat "Gempur Parlimen Pekan" malam ini. Ceramah yang akan diadakan di Markas PAS Felda Chini 3 itu turut akan menampilkan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). Zukri yang pernah menjadi calon KeADILan di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum ke-11 (2004) lalu, kini telah menyertai PAS selepas Ezam bertindak meninggalkan Gerak dan menyertai UMNO. Pada PRU-11 itu, Zukri tewas kepada calon BN di DUN Semambu iaitu Pang Tsu Ming dengan majoriti 5,735 undi. Beliau mendapat 5,375 undi sementara calon BN itu mendapat 11,110 undi. Sebelum ini juga, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang dan Ahli Jawatan Kuasa AMK Pusat ketika Ezam menjadi ketuanya. Beliau dikatakan terkilan dengan tindakan Ezam yang sanggup menjual maruahnya hanya kerana mengejar kuntungan duniawi ketika itu. Namun, kelibatnya bersama PAS agak jarang sekali kelihatan. Beliau seolah-olah diletakkan sebagai pemain simpanan oleh parti terbabit selama ini. Walau bagaimana pun Zukri yang dilihat tidak berapa aktif ketika di dalam PAS kemungkinan besar akan kembali bersama rakyat selepas ini. Lantaran itulah beliau akhirnya bersedia untuk turun berceramah dan membantu Pakatan Rakyat dalam menggempur parlimen Pekan. Justeru orang ramai dijemput hadir untuk mendengar ceramah sulung beliau selepas sekian lama anak muda ini menyepi daripada arus perjuangan rakyat sebenarnya.


Sejarah, majlis penyerahan borang sertai PAS oleh Zukri pada 27 Julai 2008


Zukri yang dahulunya juga seorang blogger telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga AJK PAS Pusat ketika itu pada 27 Julai 2008 dalam satu majlis Munajat dan Pidato Perdana di Perkarangan Markaz MTD Jengka. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Nasarudin Tantawi dan juga Ustaz Suhaimi Saad selaku pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang ketika itu. Menurut ramai pemimpin PAS ketika itu, Zukri Aksah telah memilih satu laluan yang paling tepat dalam hidup beliau bila masuk PAS.

[Zukri menyertai PAS dihadapan Naib Presidennya, Mahfuz Omar dalam satu majlis di Bandar Jengka selepas beberapa bulan Ezam masuk UMNO. Namun, anehnya beliau yang merupakan bekas calon, pemimpin anak muda KeADILan dan mahasiswa ketika itu langsung tidak diketengahkan sebagai penceramah dalam program-program besar anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negeri Pahang. Sedangkan, sepatutnya pengalaman dan pengaruh Zukri boleh digunakan untuk memantapkan lagi perjuangan anak muda dalam mencerna minda mereka untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Akhirnya nama Zukri seolah-olah hilang ditelan dek zaman. Sesekali kelibatnya dilihat sekitar Kuantan dan itupun bukan dalam program ceramah atau sebagainya. Di fahamkan dia kini sibuk dengan urusan perniagaannya selepas tidak aktif dalam berpolitik seperti dulu. Amat merugikan bila anak muda yang banyak pengalaman seperti Zukri dilupakan begitu saja. Maka itulah, peluang pada malam ini tidak wajar dilepaskan dan inilah masa untuk kita menilai siapakah Zukri sebenarnya].

Panas: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Putuskan Nallakaruppan 'Fitnah Anwar' Terima RM60 Juta !

Posted: 19 Jun 2012 09:51 PM PDT



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, memutuskan bahawa Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008. Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan. Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar ganti rugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar. Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut. Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut. Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian. Dalam pembelaannya, Nalla berkata beliau tidak berniat jahat ketika keluarkan kenyataan itu beliau berada di bawah perlindungan bersyarat·

[Jika pemimpin seperti Nallakaruppan ini digunakan oleh kerajaan UMNO BN untuk menghentam Anwar Ibrahim, maka mereka tersilap besar sebenarnya. Nalla tidak lebih sekadar seorang pencacai yang hanya mencari untung untuk masa depan beliau sahaja. Beliau rela membuat fitnah dan berbohong semata-mata untuk membuka mata pemimpin supaya melihat dia amat berharga dalam usaha menjatuhkan Anwar dan pembangkang di negara ini. Namun, semua ini sekadar indah khabar dari rupa. Nalla tidak lebih umpama tong kosong yang diketyk berbunyi kuat tetapi isinya tiada di dalam. Jika BN menggunakan Nalla untuk berkempen pada pilihanraya umum akan datang ini, pastinya ia boleh mejatuhkan dan mencemarkan imej parti itu sendiri sebenarnya. Jsuteru, berhati-hatilah dengan senjata makan tuan. Macam ini orang pun boleh dilantik Senator!].

Hujjah Salahuddin Matikan Kehebatan Saifuddin

Posted: 19 Jun 2012 07:54 AM PDT



Ramai pemerhati yang melihat debat Sinar antara Saifuddin Abdullah (BN) dengsn Salahuddin Ayub (PAS) yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani malam tadi amatlah baik dalam usaha kita menyuburkan amalan demokrasi di negara ini. Tajuk demontrasi jalanan yang dikupas oleh kedua-dua pendebat, memperlihatkan pendekatan baru dalam memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian sendiri. Apa yang jekas, hujjah-hujjah yang dikeluarkan oleh Salahuddin dilihat lebih bernas dan berkualiti dari Saifuddin. Malah, pada sesetengah tempat Saifuddin dilihat hilang punca dan sering mengeluarkan kenyataan selamat kononnya tidak mahu lari dari tajuk. Walhal, kita dapat lihat sendiri dengan jelas Saifuddin tidak berupaya berhujjah sedemikian rupa kerana jiwa dan hati beliau sendiri pun melihat demokrasi di Makaysia pincang. Lantaran itulah tidak hairan dia dikatakan antara pemimpin UMNO yang berani bercakap menentang arus dalam sesetengah isu. Terkadang, agak simpati melihat nasib Saifuddin kerana masa depan politik beliau bersama UMNO BN sekarang "umpama telur dihujung tanduk" sebenarnya.

[Usaha sedang dilakukan oleh pihak tertentu di Temerloh, untuk meletakkan calon lain bertanding di situ pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Beliau tidak digemari oleh UMNO Temerloh kerana keterbukaannya itu. Justeru, amatlah wajar seperti cadangan Salahuddin agar satu hari nanti dia bersama Pakatan Rakyat. Masa depan politiknya akan lebih bersinar jika dia kembali kepada rakyat sebenarnya. Keputusan terletak ditangan beliau. Jika terus bersama UMNO, nasibnya tidak menentu kerwna parti itu tidak gemar pemimpin yang bersikap terbuka atau neutral. Apapun, syabas kepada Sinar Harian atas anjuran debat malam tadi. Semoga ia dapat diteruskan pada masa akan datang. Tidak sabar rasanya menanti debat Anwar-Najib, apakah ia akan menjadi kenyataan agaknya].

Tiada ulasan: