Rabu, 20 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Panas!! PapaGomo tumbuk muka lelaki berusia 53 tahun - Blogger UMB sahkan!

Posted: 20 Jun 2012 09:08 AM PDT


Benar rupanya kandungan e-mail yang diterima oleh Ameno World yang mengatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA @ Aku Peduli Apa dalam satu perjumpaan yang turut dihadiri oleh seorang Menteri.

Kejadian tersebut telah berlaku pasa 18hb June 2012, lebihkurang jam 2 petang dalam satu perjumpaan antara Bloggers UMNO dengan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Shabery Cheek di Bukit Kiara.

Selain dari e-mail yang diterima oleh Ameno World, pagi tadi ada seseorang telah mengirimkan e-mail yang meninggalkan satu link kepada sebuah Blog Pro UMNO yang mengesahkan kejadian Papagomo tumbuk APA.

Link tersebut membawa aku kepada Blog Tentera Maya.

Menurut Tentera Maya.. beliau adalah seorang blogger 'beginner' dan 'Junior' yang bernaung dibawah Unit Media Baru (UMB) hari kejadian adalah hari terakhir beliau bersama UMB.

MANUSIA BERNAMA WAN AZRI@PAPA GOMO TELAH MENUMBUK SEORANG BLOGGER YANG DIKENALI SEBAGAI 'APA'.

Hal ini kerana si mangsa (APA) telah mendedahkan kisah peribadi si pemangsa (Gomo) beberapa bulan lalu. Tapi aku tak cukup yakin tu adalah sebab musabab utama, coz ini jugak bermungkinan besar kerana pemangsa menyangka bahawa mangsa adalah tergolong daripada keluarga UMB.

Kalau tafsiran ini mungkin betul. Kau gagal lah Gomo, semua anggapan kau salah dan tak tepat langsung.

Blogger APA bukannya tergolong daripada keluarga UMB pun, dia just teman rapat dan dia rasa selesa luangkan masa dengan UMB .

That's it! Sorry, aku cuma kurang senang dengan tindakan kau sebab umur APA dah 53 tahun, tapi kau tu baru 29.. Lagi satu, kita ni melayu sama melayu. Sendiri mau ingatlah bro.. Adehh..

Mana sifat hormat kau Gomo? Tergamak kan kau tumbuk muka someone yang boleh dikategorikan sebagai abang kau?

Tapi aku respect bro APA sebab, kau tak berjaya tumbangkan dia pun walaupun badan dan kudrat kau 2X ganda dari dia. Ish Ish Ish....

Bacalah dari apa yang terpapar dalam printscreen dibawah ni...


Sila sambung bacan anda di ( SINI )

Video Ahli Parlimen BN menikus bila dicabar Anwar tentang isu RM3 Billion..

Posted: 20 Jun 2012 04:29 AM PDT


Nampaknya wakil-wakil rakyat dari UMNO hanya berani membuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media dan 'serang hendap' sahaja tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!"

Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

"Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua," cabar Anwar.

Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.

Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus.

Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun.

Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih.

Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas -Keadilandaily


Arman bersumpah dia cuma dibayar RM1,700 semasa bersama PERKASA.. boleh percaya ke?

Posted: 20 Jun 2012 01:12 AM PDT


Bekas Ketua Wira kumpulan pendesak Melayu PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata, pertubuhan yang pernah disertainya itu tidak memiliki sebarang penaja, tidak kira sama ada dari segi kewangan mahupun logistik.

Arman yang kini merupakan naib pengerusi unit pidato BN berkata, semasa memegang jawatan ketua wira PERKASA, beliau sendiri perlu mencari penaja bagi setiap program yang dibuat.

"Setiap kali nak buat program, saya akan jumpa sahabat-sahabat saya yang mana ingin bantu. Ada yang tolong bagi dua atau tiga ratus (ringgit). Bukan dapat banyak. Ini persepsi.

"Tak ada (penaja tetap). Bagi saya ini adalah tanggungjawab apabila pegang (bekas) ketua Wira PERKASA Malaysia, menjadi tanggungjawab mencari penaja," katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

Arman yang pernah bersama PERKASA selama dua setengah tahun berkata, selain meminta bantuan penajaan untuk membuat program daripada kawan-kawan terdekat, beliau juga menggunakan wang simpanan sendiri sebagai usaha sukarelanya terhadap pertubuhan tersebut.

"Bagi saya, bila kita pegang mana-mana jawatan dan amanah, keseluruhannya tanggungjawab kita. Maknanya, daripada segi pergerakan, logistik program, kita gunakan kebijaksanaan kita untuk memacu NGO. Dan bukan mudah untuk kita cari penaja untuk dapatkan bantuan," katanya.

Bukan agen Umno

Selain itu, Arman turut berkata, PERKASA juga bukan merupakan agen Umno seperti yang sering dikatakan.

Beliau menegaskan, PERKASA dan Umno merupakan dua badan yang berbeza dan menyifatkan, masing-masing membawa perjuangan mereka yang tersendiri.

"Inilah persepsi yang dilontarkan. PERKASA adalah PERKASA. Umno adalah Umno. Itu dua perkara berbeza.

"Jadi saya ambil inisiatif sebelum tinggalkan PERKASA, kuatkan jentera Wira PERKASA. Saya telah kuatkan barisan exco Pusat sebelum saya letak jawatan. Saya tinggalkan PERKASA dengan keadaan yang boleh dipacukan," katanya.

Selain itu, ketika ditanya kenapa beliau meninggalkan PERKASA, Arman, 37, berkata, beliau meninggalkan pertubuhan itu bukanlah disebabkan wang.

Sebaliknya, katanya, beliau ingin memberi ruang kepada ahli baru untuk menerajui jawatan yang disandangnya dahulu.

3 bulan pertimbang letak jawatan

Menurut Arman lagi, sepanjang penglibatannya bersama PERKASA, beliau hanya menerima wang berjumlah RM1,700 sahaja bagi keseluruhan dua setengah tahun tersebut.

"PERKASA memang tak ada penaja atau orang biaya. Itu yang kita tau. Kita tak ada penaja.

"Saya hari ini boleh katakan wallahi, wabillahi, watallahi, sepanjang saya dalam PERKASA RM1700 sahaja saya dapat. Dan saya tak pernah menyesal sebab perjuangan lebih utama.

"Saya punya prinsip. Kita harus beri peluang pada anak muda untuk rasa macam mana jadi pemimpin. Jadi bagi saya, ketika saya tinggalkan PERKASA itu saya yakin PERKASA boleh berjalan terus," katanya.

Arman juga berkata menambah beliau mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuat keputusan sebelum meletakkan jawatan.

Malaysiakini

Taktik baru untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor di bongkar!!

Posted: 19 Jun 2012 10:07 PM PDT


Beberapa keping gambar ini menunjukkan taktik baru yang digunakan untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor.

Menurut MiLo SuaM, gambar diambil di daerah Kulaijaya, Johor di tempat membasuh tangan (singki) salah sebuah kedai makan di daerah itu.

Difahamkan, notis pemberitahuan seperti ini ditampal di banyak lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kulaijaya berhubung ceramah Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di daerah itu.

Notis berkenaan dipercayai dikeluarkan oleh pihak Polis.. tapi kenapa agaknya tiada 'Letter Head'?

Tujuannya pula dikatakan untuk menyuruh para penduduk setempat agar membuat bantahan terhadap ceramah yang bakal diadakan sekaligus memberi alasan untuk Polis menghalang ceramah tersebut.

Persoalannya, mengapa jika program ceramah anjuran United Malays National Organization, Umno tiada pula notis begini ditampal?

Tindakan ini dilihat membuka ruang kepada gerombolan songkok tinggi membuat bantahan beramai-ramai kononnya sebagai mewakili penduduk setempat bagi membolehkan polis menghalang ceramah dengan alasan ada bantahan.

Wahai polis, rakyat Johor bukan bodoh, mereka nak datang ceramah biarlah mereka pergi, mereka ada otak, ada akal fikiran, kalau ceramah Pakatan Rakyat penuh penipuan dan fitnah mereka juga tak bodoh untuk terus percaya.

Lagi gambar sila lihat di ( SINI )


Empat asset NFC disita bantu siasatan pecah amanah

Posted: 19 Jun 2012 08:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya.

Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.

Empat aset yang disita itu ialah dua unit 'One Menerung' kondominium di sini untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya.

"Bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya.

Ramli berkata kegagalan mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86 AMLATFA 2001.

Pada 12 Mac lepas, Pengerusi eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009. – Bernama

Muhyiddin minta setiap Kilang hantar 200 orang untuk ramaikan majlisnya di Penang.. ini suratnya.. lihatlah!!

Posted: 19 Jun 2012 05:00 PM PDT

Surat dari Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia ini telah diedarkan kepada seluruh Syarikat Multi National (MNC) yang beroperasi di Pulau Pinang.

Tujuannya ialah meminta pihak Syarikat menghantar 200 orang pekerja dari setiap Syarikat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu 5000 orang ke Majlis Perhimpunan YAB Timbalan Perdana Menteri bersama warga pekerja industry di Western Digital Media (Malaysia) Sdn. Bayan Lepas, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Kononnya menurut surat ini matlamat utama perhimpunan ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada warga pekerja industri beramah mesra dengan pemimpin tertinggi Negara.

Di samping itu, ia juga adalah platform kepada para pekerja untuk meningkatkan kefahaman mengenai Dasar Transformasi Negara… kononnyalah…


Mungkin Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia merasakan yang rakyat Pulau Pinang khasnya Warga Industri buta internet seperti makcik-pakcik yang ada jauh di pendalaman Felda.. sebab itu dia kata meningkatkan kefahaman.

Menyedari bahawa bahawa kebanyakkan Warga Industri tidaklah sebodoh yang disangka oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan tambahan pula Muhyiddin itu sendiri bukanlah 'Crowd puler'..

Banyak Organisasi atau Syarikat terpaksa menyediakan imbuhan untuk menggalakkan pekerjanya supaya hadir ke himpunan itu..

Malah ada yang terpaksa mengagihkan baucer KFC yang bernilai RM20 untuk setiap pekerja yang hadir ke Majlis Muhyiddin itu.. lihat di bawah ni..


Walaupun begitu ianya tetap gagal menarik minat warga industry..

Kesian kat hang Muhyiddin.. Makcik Pakcik Felda bolehlah hang perbodohkan… kat Penang ni pencacai UMNO saja yang boleh hang perbodohkan sebab depa tu memang bodoh.

Hasilnya.. menurut seorang sahabat yang hadir.. dalam himpunan Muhyiddin itu majority yang hadir berbaju biru.. entah budak-budak manalah depa heret..budak-budak PLKN lah tu..

Nak cari sekeping gambar himpunan ni pun susah..

Perutusan Sempena Peristiwa Israk Dan Mikraj dari Najib.. bacalah..

Posted: 19 Jun 2012 10:51 AM PDT


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

2. Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:- "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

3. Sebaiknya, selain kita mengagumi peristiwa ini secara harfiah, adalah lebih afdal kiranya kita menjadikannya pedoman bagi mendepani cabaran semasa umat hari ini. Sebagaimana para nabi telah disatukan untuk berimamkan Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, demikianlah kita perlu bersatu untuk mempertahan serta menegakkan agama Islam.


4. Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini.

5. Menyaksikan apa yang berlaku di luar negara, kita seharusnya bersyukur dengan kestabilan sosial, politik dan ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Ini semua memerlukan dukungan dan peranan semua pihak. Syukur Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah dinobatkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dalam Indeks Keamanan Global. Justeru, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar menyokong usaha-usaha kerajaan dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran negara yang aman dan selamat.

6. Sesungguhnya, institusi masjid yang menjadi teras di dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj ini telah mengingatkan umat Islam dengan ikatan erat mereka dengan Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Dunia menyaksikan, bagaimana Malaysia terus istiqamah dengan pendirian kita menentang kezaliman dan keganasan rejim zionis Israel di Palestin tanpa berdolak-dalik.


7. Akhirul kalam, saya dan keluarga mengajak semua umat Islam di negara ini bersama-sama mengiktibari Peristiwa Israk dan Mikraj ini. Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Insya-Allah.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Cakap tak serupa bikin!!!!

Tiada ulasan: