Selasa, 26 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Aku tak nak... Aku tak nak... Aku tak nak ler..!!

Posted: 25 Jun 2012 09:00 PM PDT


Haishhh.... tak paham-paham ler Anwar ni. Awatnya ketegaq sangat?? Dia dah tak mau tu, sudah la. Yang hang dok jolok-jolok dia lagi buat apa??

Anwar ni pun satu... dah tau si Najib tu peakut, dia fobiakan lagi kawan tu dengan debat. Kesian la sikit kat dia. Fikiran dia tengah dok kalut tu. Meracau.... sampai cakap pun dah tak betoi, ingatan pun dah kabur. 

Tun Mahathir dia kata Tun Hussein... Rakyat, dia pi haranjadahkan. Menantu dia pulak dok buat hal.... Dr Morsy pulak dah diangkat jadi prseisen baru Mesir. Uuuu... presiden rakyat tu!! Dia pulak... PM cikai.... PM undi pos.

Dah la Anwar oii... hang jangan dok sakat si Najib tu. Terima jer lah hakikat yang dia tak dak telor. Habeh cerita.

Kah kah kah kah kah

**************************************

Nak berdebat ke tak nak?' tanya Anwar pada PM

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak.

Anwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau.

"Dia nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat-debat di seluruh sekolah. Hadiah (yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Debat-hadiah-perdana menteri. Di sekolah minta anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa?

"Itu cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan pidato aspresiasi di majlis pelancaran dan diskusi buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat malam tadi.

Majlis pelancaran dan diskusi buku hasil tulisan Datuk Dr Siddiq Fadzil itu juga turut dihadiri  Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jumaat lalu, Najib terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan Anwar  untuk mengadakan debat.

Katanya, debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan perbahasan di Parlimen ada unsur perdebatan, Anwar menafikan perkara tersebut.

"Debat... bila Datuk Najib datang? nak debat atau tidak. Bagi alasan Parlimen ada debat. Tak ada.

"Kedua ini bukan budaya Melayu. Maki orang, pukul orang, bunuh, hina itu budaya Melayu ke? Guna media untuk aibkan orang itu budaya Melayu?" soal Anwar.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangan pemimpin baru Mesir, Mohamed Morsi, Anwar berkata, perkara tersebut membuktikan bahawa suara rakyat harus dihormati.

Menurut Anwar, presiden Mesir yang baru itu telah menghadapi pelbagai tuduhan tetapi masih ada kekuatan dan sambutan daripada rakyat negara itu.

"Rakyat Mesir dah buat keputusan. Ini tunjukkan bahawa suara rakyat harus dihormati. Beliau telah dipenjara dan dihina dengan pelbagai tuduhan tetapi masih lagi ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat," kata Anwar.

Ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, Anwar berkata, mantan perdana menteri itu masih mewakili zaman lampau.

Sambil menyifatkan bapa pemodenan itu mewakili pandangan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, Anwar berkata, Mahathir masih lagi merasai kehilangan Hosni.

"Mahathir mewakili zaman lampau dan mewakili pandangan Husni Mubarak. Jadi kawan kita Tun Mahathir masih rasa kehilangan Hosn-Mkini

Issyyy... isssyy... isssyyy.... Teruk punya kaki

Posted: 25 Jun 2012 05:30 PM PDT


June 25, 2012

PETALING JAYA, 25 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa campur tangan di dalam pemberian kontrak kepada sebuah konsortium diketuai George Kent bagi pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang bernilai hampir RM1 bilion.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, sedangkan laporan mendedahkan kontrak tersebut telah diberikan kepada konsortium lain, iaitu Konsortium PDA.

Menurutnya, sebelum ini Najib pernah berjanji untuk berlaku adil dan telus serta memastikan semua kontrak besar akan dijalankan secara tender terbuka.

"PKR boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka dijalankan Prasarana.

Ini disahkan surat Prasarana bertarikh 22 Jun lalu kepada Kementerian Kewangan memaklumkan Konsortium PDA terpilih sebagai kontraktor terbaik bagi pojek itu.

"Malah Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar sendiri menulis surat kepada Najib untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Rafizi menjelaskan campurtangan Perdana Menteri dalam isu itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan Prasarana sebelum ini.

Akan tetapi, menurut satu laporan akhbar Business Times pada 22 Jun konsortium George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta bagi kerja projek tambahan itu.

Tambahnya, laporan itu dibuat selepas Najib mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Perkembangan terbaru itu, Rafizi berkata, mengesahkan Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibatkan berbilion wang rakyat.

Berikutan itu, beliau berkata, PKR akan melakukan pendedahan berterusan dalam isu tersebut setiap dua hari sekali bermula hari ini bagi menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Saya betul-betul menasihatkan Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.

"Soal NFC dia tak sebut tak apa, soal ajak debat dia tak sebut tak apa, soal Scorpene dia tak sebut tak apa.

"Dia hanya beri reaksi apabila saya letak jawatan, saya rasa terharu sangat. Jadi sekarang saya nasihatkan Najib supaya memberi respon terhadap isu ini," katanya.

Tiada ulasan: