Aku Budak Balun |
- Satu Selangor Akan Bergelap!
- Maha Benar kata Mukhriz Che Det ini...
- Siapalah PAS disisi UMNO....
- LHDN! Sila Henti Kutip Cukai di Selangor!
- Dah Bertahun Tak Sentuh Nozzle RON97!
Posted: 07 Jun 2012 07:30 AM PDT Teman harap sangat-sangat! Teman rayu sangat-sangat! Teman minta sangat-sangat! Janganlah hendaknya PR janjikan Elektrik percuma! Kelak... Pastinya TNB akan diarahkan agar hentikan bekalan Elektrik ke seluruh Selangor! Humang aihhhh!! Busuk hati sungguh! Mula-mula tu tak la nampak sangat busuk hatinye tindakan UMNO hentikan PTPTN kat Unisel nie.. Bila 'bakal' MB Selangor - Noh Omar kepala samseng ni buka mulut je.. naahhhh!!! bersembur kebusukan dan kehapakkan hati perut diaaa!! Buat adik-adik.. anak-anak yang sedang berjihad menimba ilmu di menara gading.. Lihatlah betapa busuknya hati mereka! Mari lakukan perubahan! Buat rakyat Malaysia... jom ubah! Tinggalkan politik mat samseng UMNO ini! budakbalun 07062012 Noh: PTPTN sambung jika PKR akui salah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah. Katanya, sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong, beliau yakin kerajaan persekutuan tidak kejam.-Mkini |
Maha Benar kata Mukhriz Che Det ini... Posted: 07 Jun 2012 05:30 AM PDT Betul... Betul... betul! Molek benor kata-kata Mukhriz nih! PAS memang tak bleh diharap membela Melayu.. PemimpinPAS tak pandai ambik rasuah macam pemimpin UMNO! Tak pandai kumpul kekayaan macam Pemimpin UMNO! Tak pandai buat rumah besor macam Mukhriz! Ada pemimpin PAS yang dah berpuluh tahun jadi Menteri Besor! Rumah dok macam tu jugak.. Takde pulak pemimpin PAS tu buat banglo! Takde pulak pemimpin PAS tu buat swimming pool dalam rumah! takde pulak pemimpin PAS tu buat majlis tari-menari! Apa punya koman la pemimpin PAS neh! Tunjuk la bukti sikit yang korang tu membela melayu! Bagi la duit 2-3 ratus sesekali kat orang melayu.. Agar tak la nampak sangat makan sorang! Tengok pemimpin UMNO! Sapu berjuta-juta! Ada gak la peruntukan untuk rakyat 2-3 ratus.. Jadi laaaaa!!! Woit anak Che Det! Kami nak ganti UMNO sebagai parti memerintah Malaysia! Bukan nak ganti UMNO dengan meneruskan kezaliman UMNO! Phuiiii!!! budakbalun 07062012 Buktikan mampu bela MelayuPULAU PINANG 5 Jun - Pas harus membuktikan kemampuan membela nasib orang Melayu dan Islam terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO di negara ini.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara tersebut perlu dibuktikan segera memandangkan sehingga kini, ia kelihatan gagal. "Jika Pas boleh membuktikan mereka mampu membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang, baru mereka boleh menyasarkan niat sedemikian untuk menggantikan UMNO," katanya.-utusan |
Posted: 07 Jun 2012 04:00 AM PDT Dan teman yakin jutaan rakyat Malaysia yang berakal pun hairan! Sekejap.. UMNO kata PAS Parti Ajaran Sesat! Siap buat wacana bagai di Terengganu.. Fathul Bari 'ulama' muda UMNO antara panelnya! Sekejap lagi.. UMNO ajak PAS bersatu pulak! Siap nak anjur 'muzakarah' bagai! Ketua UMNO Cawangan kat Hulu Selangor ni pun bukan main kecoh! Sembang kedai kopi pasal muzakarah nih! Tapi bila tanya apa dia muzakarah.. Haram tak tau! Wakakakaka! PAS kan sesat? Apa makna UMNO nak ajak bersatu.. Demi orang Melayu? aiiikkk?? Tak takut ke orang melayu jadi sesat? ataupun dengan lain perkataan.. Tak takut ke orang melayu UMNO jadi sesat bila PAS dan UMNO bersatu? wakakakakakak!! Sudah-sudahlah isu perpaduan ni.. Salam UMNO untuk berpadu dengan PAS tu penuh dengan racun dan duri yang tersembunyi! budakbalun 07062012 Ditolak oleh golongan 'parasit'SHAH ALAM 6 Jun - Beberapa pemimpin Pas, termasuk Ahli Parlimen parti itu kecewa kerana cadangan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan Melayu tidak dapat dilaksanakan.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh beberapa pemimpin Pas yang bertemunya secara peribadi.-Utusan |
LHDN! Sila Henti Kutip Cukai di Selangor! Posted: 07 Jun 2012 02:30 AM PDT PTPTN ni pun asalnya modal daripada Kerajaan Malaysia... Bukan daripada kantung UMNO negeri Johor ke.. UMNO negeri Selangor ke... UMNO negeri Perak ke... UMNO negeri Pahang kee.. Mana-mana negerilah! Tak sepatutnya Kerajaan Malaysia buat macam nie.. Ini busuk hati + dendam namanya... Idea Pendidikan percuma ni diusulkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya menguasai Putrajaya! Sebab terlalu banyak konflik kewangan dan pengurusan jika dibuat oleh Kerajaan Negeri! Kalau inilah prinsip menteri UMNO.. Mohon Lembaga Hasil Dalam Negeri tamatkan kutipan hasil daripada rakyat Negeri Selangor! Amacam? Ada bran? Apa pun.. Sepertimana posting teman sebelum ni.. Teman berdoa kepada Allah SWT.. Agar tindakan jahat UMNO ini akan menjadi kekuatan kepada pimpinan Kerajaan PR Selangor.. Untuk berusaha mencari jalan merealisasikan Pendidikan Percuma di Negeri Selangor.. Memang susah dan hampir-hampir kepada 'mustahil'! Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.... budakbalun 07062012 Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN. "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. - mkini |
Dah Bertahun Tak Sentuh Nozzle RON97! Posted: 07 Jun 2012 01:21 AM PDT Masa nak naikkan harga minyak petrol dan diesel.. Yang umumnya.. Pengerusi Saudagar Minyak.. Nak umum turun harga... Barulah Menteri tunjuk muka! wakakkaaak!! Woi! RON97 ni berapa ramai yang guna? Pi stesen Petronas... semua RON95.. Boss teman yang dulu maintain guna RON07 pun dah bertahun tak guna dahh! Mahal katanya... Inikan pulak teman yang guna kete Saga Lama neh! Tak pernah langsung pegang Nozzle RON97 tuh!! hmmmm... Menipu terang-terang derrrr!! ada bran? Turun lah harga RON95! wakakakaka! budakbalun 07062012 'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...' Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini. Beliau mengatakan bahawa penurunan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong. Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa. RON97 merupakan bahan api yang ditentukan oleh "sistem apungan terurus", iaitu harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini. Malahan, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenar mengguna petrol RON97 yang lebih mahal. |
You are subscribed to email updates from Aku Budak Balun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan