MiLo SuaM |
- Program Ustaz Azhar Idrus di Astro OASIS mulai 3 Julai ini
- Lucu! Ahli parlimen Zimbabwe berkhatan beramai-ramai
- Janji ditepati, janji hospital yang ditunaikan semak samun
- Kerana artikel fitnah ini Utusan terpaksa bayar RM200 ribu
- Panas! Banner Himpunan Hijau disimbah cat biru!
- Veteran Umno Perlis ramal BN akan tumbang PRU13
Program Ustaz Azhar Idrus di Astro OASIS mulai 3 Julai ini Posted: 24 Jun 2012 12:26 AM PDT PENDAKWAH bebas yang juga merupakan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS mulai 3 Julai 2012 ini. Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam. Tentu sekali ini merupakan berita baik kepada peminat-peminat ceramah agama ataupun kuliyah santai yang disampaikan oleh penceramah yang kerap berjenaka ini. Oleh itu jangan lupa, mulai 3 Julai ini, jam 7:30 petang tekan channel 106, Astro OASIS untuk mengikuti program bersama beliau. Sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Sumber: Free Malays |
Lucu! Ahli parlimen Zimbabwe berkhatan beramai-ramai Posted: 23 Jun 2012 08:49 PM PDT SERAMAI 44 ahli parlimen Zimbabwe berkhatan pada hari jumaat lalu sebagai sebahagian langkah di dalam kempen kesedaran tentang HIV/AIDS di negara itu. Penyatuan politik yang jarang berlaku itu menyaksikan ahli parlimen kerajaan, daripada parti Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF dan parti pembangkang Perdana Menteri Morgan Tsvangirai, MDC berbual-bual dengan tenang sambil berbaris di sebuah klinik kecil yang didirikan di dalam komplek parlimen. "Semasa mula-mula masuk saya rasa sedikit takut, tapi selepas mereka menjelaskan prosesnya saya rasa tenang" kata seorang ahli parlimen berusia 53 tahun daripada Parti Gerakan Perubahan Demokrasi (MDC) ketika sedang dikhatankan. "Sekarang saya tidak rasa sebarang kesakitan. Malah saya boleh pergi menyertai sebuah perlawanan bola sepak" tambahnya lagi. Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO menunjukkan bahawa berkhatan oleh lelaki, iaitu membuang sebahagian kulit luaran hujung zakar boleh mengurangkan risiko lelaki menghidapi HIV sehingga 60%. Prosedur itu telah menjadi fokus utama negara-negara Afrika Selatan di dalam inisiatif mereka untuk menentang HIV. Malah salah seorang ahli parlimen turut membenarkan jurugambar mengambil gambarnya ketika berbaring sambil mempamerkan kemaluannya yang dibaluti kain pembalut. Zimbabwe merupakan salah sebuah negara yang memiliki kadar jangkitan HIV paling tinggi di dunia pada tahun 1990. Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. Sumber: Free Malays |
Janji ditepati, janji hospital yang ditunaikan semak samun Posted: 23 Jun 2012 06:30 PM PDT PERDANA MENTERI, Najib Razak begitu bangga dengan program "Jelajah janji ditepati" ke seluruh negara yang saling tak tumpah seperti program "Jom Heboh". Program "Jelajah Janji Ditepati" ini kononnya untuk menunjukkan bagaimana Barisan Nasional telah menepati segala janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia. Sebenarnya pada pendapat ReJaM© secara peribadi ini hanyalah program "Syok Sendiri" kerana terlalu banyak janji-janji kosong yang ditabur oleh Barisan Nasional namun sehingga sekarang masih tidak ditunaikan atau ditepati. Baiklah, mulai hari ini MiLo SuaM akan dedahkan satu persatu janji kosong Barisan Nasional yang ditabur sekadar untuk meraih undi rakyat. Lihat gambar di bawah ini baik-baik. Ini salah satu bukti janji kosong Barisan Nasional kepada penduduk Dungun Terengganu. Janji kosong ini ditabur pada tahun 2006, kononnya Barisan Nasional berjanji untuk membina hospital baru di sini. Namun selepas enam tahun, hospital yang dijanjikan tak muncul-muncul, semak samun sahaja yang diterima oleh rakyat. Papan tanda tapak hospital pun dah berkarat tunggu masa nak tumbang. Maklumat lanjut rujuk sini [Buletin Online] ReJaM© "Nantikan janji-janji kosong seterusnya akan didedahkan..." |
Kerana artikel fitnah ini Utusan terpaksa bayar RM200 ribu Posted: 23 Jun 2012 07:12 AM PDT SEKALI lagi akhbar propaganda Umno dan Barisan Nasional, Utusan Malaysia diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah beliau pada 11 Mac 2008 yang lalu. Artikel fitnah Utusan itu melaporkan perkataan yang tidak pernah diucapkan oleh Lim Guan Eng yang dituduh kononnya mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, DEB [The Star]. Di bawah ini prinscreen artikel yang dimaksudkan . Kalau kita lihat, artikel ini begitu jelas berniat jahat memainkan sentimen perkauman. Gambar Guan Eng dan ayahnya di tepi tingkap dipaparkan untuk menggambarkan seolah-olah anak beranak cina ini sudah berjaya merampas hak Melayu. Tujuannya begitu jelas mahu menimbulkan kemarahan dan sikap prejudis orang Melayu terhadap bangsa China. Memang patutlah kena bayar RM200,000. Apa yang menghairankan, nampaknya Utusan Malaysia cuba mencabar arahan mahkamah apabila akhbar kaki fitnah itu masih terus menyiarkan artikel ini meskipun sudah dijatuhkan bersalah memfitnah Guan Eng. ReJaM© "Ini namanya menghina mahkamah, laporan polis patut dibuat... " |
Panas! Banner Himpunan Hijau disimbah cat biru! Posted: 23 Jun 2012 02:17 AM PDT NAMPAKNYA taktik sabotaj dengan cara menyimbah cat sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Mungkin si pelaku bangga jika diketahui umum bahawa merekalah yang berani membuat sabotaj. Terbaru banner Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth yang akan berlangsung esok disabotaj oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Jelas kelihatan di dalam gambar, kesan simbahan cat biru pada banner yang dimaksudkan. Kenapalah jahat sangat, perangai macam syaitan! Apa pun, pada pendapat ReJaM© secara peribadi, tindakan begini hanyalah menunjukkan sikap busuk hati mereka, dan membuatkan rakyat semakin muak dengan politik ala samseng begini. Maklumat lanjut klik sini [ASD] ReJaM© "Rakyat tak suka politik samseng... " |
Veteran Umno Perlis ramal BN akan tumbang PRU13 Posted: 23 Jun 2012 01:33 AM PDT DI tengah-tengah kehangatan serangan United Malays National Organization, Umno menyerang KEADILAN Selangor yang disifatkan mereka sebagai retak menanti belah, veteran Umno Perlis pula tampil membuka pekung. Bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir. "Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain. "Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya. "Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan," kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim. Pemimpin Veteran Umno itu turut meramalkan Barisan Nasional akan tumbang dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti [FMT]. Isu perletakan jawatan oleh Rafizi Ramli semalam dianggap begitu hangat oleh Umno, sehinggakan Najib Razak pun turut memberi ulasan berkenaan hal itu. Utusan Malaysia melaporkan Najib menggambarkan KEADILAN Selangor sebagai sudah retak menanti belah, maka rakyat harus menyokong Barisan Nasional [Utusan]. Pelik bin hairan, Rafizi letak jawatan maka rakyat kena sokong Barisan Nasional? Apa punya teori ni encik Najib? kah kah kah... Sibuk bantai KEADILAN, Najib lupa partinya sendiri di Perlis retak dan sudah pun terbelah. ReJaM© "Muhyiddin tersenyum simpul menjeling kerusi empuk Presiden Umno " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan