Blog-list Malaysia |
- Hina Agong.. Kerja Terkutuk Pencacai Umno
- Biar Gambar Ini Yang Bercerita..
- SU Sulit Menteri Hampir Kena Tipu RM4.2 Juta.. Banyaknya Duit Dia...
- 'Kalau takut debat, jangan kata ini bukan budaya kita'
- Tragedi Kenaikan Gaji SBPA Bakal Berulang Jika Sidek Hassan Kuasai Petronas..
Hina Agong.. Kerja Terkutuk Pencacai Umno Posted: 23 Jun 2012 09:11 PM PDT Conteng billboard Yang DiPertuan Agong dengan simbol undilah PAS untuk gambarkan seolah-olah PAS yang buat, kemudian buat report polis. Itulah permainan jahat puak2 UMNO Padang Terap yang sudah kehabisan modal berpolitik. Taktik yang sama digunakan sewaktu PAS menganjurkan konsert Islamic utk anak-anak muda haritu, puak2 UMNO yang diketuai oleh seorang cybertrooper UMNO Padang Terap telah meletakkan botol arak di sekitar tandas awam bagi menggambarkan Pemuda PAS kaki botol. Taktik tersebut bagaimanapun berjaya didedahkan oleh seorang bekas blogger UMNO (yang kini berpaling tadah). Baru2 ini budak muda UMNO Padang Terap telah berjaya ditangkap dan diserahkan ke balai polis kerana menurunkan bendera PAS secara besar-besaran. Semua tindakan tersebut dilakukan akibat panik dengan kekuatan PAS yang bertambah berlipatganda di Padang Terap. Dipetik dari - Kedah La |
Biar Gambar Ini Yang Bercerita.. Posted: 23 Jun 2012 06:49 PM PDT Apa hal cina DAP nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama??Cina DAP yang gua ingat memang tak guna dan menentang Islam,begitulah yang diperkatakan oleh ahli Umno Haprak..Yang terbaiknya bagi gua ialah ahli-ahli umno yang apabila ada majlis ilmu di masjid dan surau mereka dulu yang akan angkat pungkok untuk lari.. Malah yang lebih bangsat lagi perangai baik Umno ialah menahan guru-guru daripada mengajar di masjid dan surau di mana mereka berkuasa..maka setiap surau dan masjid yang mereka kuasai hanya Indah Rupa daripada roh Islam itu sendiri..sudah tentu kejahilan masyarakat setempat akan menjadi dana berharga UMNO untuk setia menyokong mereka..kerana Rakyat Bangang,,Umno Menang,,Hancusss Umnuuooooo...!! http://karatijau.blogspot.com/2012/06/lu-orang-kenal-siapa-mamat-nii.html |
SU Sulit Menteri Hampir Kena Tipu RM4.2 Juta.. Banyaknya Duit Dia... Posted: 23 Jun 2012 07:25 AM PDT Banyaknya duit Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakod saja yang kaya raya…SPRM tak nak siasat ke? Harian Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33 Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa. Difahamkan, sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan orang ramai menerusi penipuan siber tersebut. Loh Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak seminggu lalu. Katanya panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. "Saya ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong. "Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka melaporkan kejadian seumpama itu" katanya.. Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak yang didakwa cuba menipunya? Jika tidak ada persetujuan antara beliau dan penipu-penipu itu mana mungkin penipu itu akan meminta beliau membayar wang cagaran.. Disesuaikan dari - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/setiausaha-sulit-menteri-nyaris-ditipu.html |
'Kalau takut debat, jangan kata ini bukan budaya kita' Posted: 23 Jun 2012 06:42 AM PDT Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini. "Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat. "Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita." Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang. Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. "Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'. "'Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis. Menurutnya lagi, dakwaan Najib (atas, berbaju merah jambu) itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan "Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya |
Tragedi Kenaikan Gaji SBPA Bakal Berulang Jika Sidek Hassan Kuasai Petronas.. Posted: 23 Jun 2012 02:12 AM PDT Umno Cheras mahu Perdana Menteri mempertimbangkan semula pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas. "Jawatan pengerusi baru Petronas sepatutnya dipegang oleh golongan profesional dan tidak semestinya daripada bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara. "Saya bimbang perlantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," kata Ketua bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee. Katanya, ia bagi mengelak anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan. "Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya. `Marah dalam diam' Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd. Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas. Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas-bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istmewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syraikat milik kerajaan. Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Sudah tentu rakyat akan bertanya, mengapa pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara diberikan jawatan penting itu, ini memungkinkan timbuil pelbagai andaian," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan