MiLo SuaM |
Panas! Papan tanda Yang Dipertuan Agong diconteng Posted: 17 Jun 2012 11:03 PM PDT SEKEPING gambar ini dikirim oleh salah seorang pembaca kepada MiLo SuaM. Menurut pengirim inilah kerja jahat penyokong Parti Islam, PAS yang tidak menghormati Raja Melayu. Lihat gambar ini baik-baik, tujuan si pelaku menconteng gambar atau papan tanda Yang Dipertuan Agong ini begitu jelas untuk memburuk atau mencemarkan Parti Islam, PAS. Supaya orang fikir PAS tidak hormat raja, mahu gulingkan raja. Nampaknya sudah ada usaha untuk memburukkan hubungan antara raja-raja dan Parti Islam, PAS. Tapi agenda si pelaku begitu mudah dibaca kerana dilakukan oleh si bodoh yang menyangka rakyat hari ini mudah diperbodohkan. ReJaM© "Ini namanya Black Operation tahap kambeng... " |
Menyedihkan! Ini sekolah tadika atau reban Ayam? Posted: 17 Jun 2012 09:38 PM PDT SALAH seorang sahabat di facebook yang enggan namanya didedahkan mengirim sekeping gambar salah sebuah sekolah tadika yang menurutnya diambil sendiri oleh beliau. Sungguh menyedihkan, jangan tersilap, ini bukan reban ayam kerana berdasarkan teknologi yang ada sekarang, contohnya reban ayam "close house" jauh lebih cantik dari ini kerana reban ayam hari ini pun sudah dilengkapi dengan penghawa dingin. Di manakah terletaknya sekolah tadika ini? Ia terletak di salah sebuah negeri yang mana kerajaan negerinya mendakwa mereka dan hanya merekalah yang pandai mentadbir negeri. Hanya merekalah yang pandai memerintah dan hanya merekalah yang boleh membawa kemajuan di negeri itu. Malah sudah berpuluh tahun mereka memerintah negeri itu, dan kini negeri itu yang suatu masa dahulu pernah menjadi negeri kedua terkaya di Malaysia, pada saat anda membaca artikel ini ia sudah menjadi negeri paling miskin dalam Malaysia. ReJaM© "Negeri miskin, pemimpinnya sahaja yang kaya raya... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan