Isnin, 18 Jun 2012

Era Pasca

Era Pasca


Seksaan-seksaan ISA sebelum di Kamuntingkan

Posted: 17 Jun 2012 09:40 PM PDT

"Nota penyeksaan" yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
  • Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
  • "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
  • "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
  • Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
  • Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
  • Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
  • Mencucuh kemaluan dengan api rokok
  • Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Cadang Majlis Fatwa mengharamkan PRU musim haji

Posted: 17 Jun 2012 06:43 PM PDT

ini ulama nak ingatkan Najib.. hahaha

Tahutak korang berapa ramai jemaah tahunan? lebih kurang 27000,
banding rakyat malaysia bermakna 27000/27,000,000
bermakna 1 daripada 27 000 org pergi..
Ramai tu..

14 kali dah cakap 'Isunya p'raya pada musim haji, bukan tangguh haji'
"Majlis Fatwa harus berani mengeluarkan fatwa yang PRU adalah haram diadakan di musim Haji," 

Dari pada ulama nih kalut orang nak tangguh atau tak cuba jawab soklan, boleh tak Najib menzalimi pengundi dengan membuat PRU pada musim haji? ce try jawab..

baca berita.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malek meminta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa bahawa mengadakan pilihan raya di musim haji adalah haram.

Dr Mazlee mengulas polimik isu ini apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar ahli PAS yang terlibat dengan PRU menangguh pemergian mereka ke tanah suci jika PRU diadakan di masa itu juga.

Bagi Dr Marslee, isunya bukan hukum menangguhkan haji kerana PRU, perspektif menyikapi isu ini perlu diperbetulkan.

"Sepatutnya, kita perlu sedar bahawa setiap hak setiap warga yang sah untuk mengundi adalah dijamin oleh perlembagaan.

"Maka, setiap warga Malaysia yang sah yang menetap di luar negara wajib diberi peluang untuk mengundi.

Mengadakan pilihan raya di musim haji jelasnya akan menjejaskan peluang warga Malaysia yang menunaikan haji untuk menjalankan hak mereka yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan.

Bagi Mazlee, mengundi juga merupakan kewajipan setiap individu muslim untuk menentukan kelangsungan masa depan negara dan menepati Maqasid al-Syari'ah.

"Perlu ada precedence pada SPR bahawa PRU samasekali tidak boleh diadakan di musim haji," katanya.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: