Isnin, 18 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Dr.Morsi Menang Pilihanraya Presiden Mesir

Posted: 18 Jun 2012 12:22 AM PDT

Baru ahaja tamat sidang media yang disampaikan oleh Dr Mohd Morsi. Antara isi ucapan beliau adalah;

- Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang
- Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai

- Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapa yang cemerlang
- Ucapan khas kepada keluarga syuhada, di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka
- Kita semua berada dalam satu barisan yang sama. Dan aku menjadi jurukhidmat kepada semua rakyat Mesir
- Kita semua adalah anak watan yang satu
- Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru
- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan. -fb

Muslim Brotherhood isytihar Mohammed Mursi menang pilihan raya Presiden Mesir

KAHERAH: Muslim Brotherhood sebentar tadi mengisytiharkan calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Kumpulan itu dalam laman web mereka berkata, Morsi adalah `rakyat awam pertama dipilih sebagai Presiden Mesir'.

Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan daripada 95 peratus daripada 13,000 pusat mengundi seluruh negara berkenaan.

Berdasarkan laporan berkenaan, Morsi menguasai 52 peratus undi, lawan beliau yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq meraih 48 undi.
- AFP


Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad,

KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi 'mimpi ngeri' bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 'pindaan kilat' kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengisytiharkan Perang hanya dengan 'kelulusan' dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda jahat bagi memastikan calon 'tajaan' mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik 'sebagai calon penyalamat' bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan 'bahaya' kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelosok Mesir tanpa mengenal penat an lelah telah menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan "Kuasa rakyat' akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang disanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi...








Bahana Papar Kisah Rumahtangga Di Facebook

Posted: 17 Jun 2012 09:51 PM PDT

Alkisah rumah tangga di Facebook

"SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…," antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat 'cinta' di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.

Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

"Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.


"Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok," ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.

Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu." (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

"Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

"FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan.

Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat.

Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

"Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan.

Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal," ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

"Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. -SH

[BERGAMBAR] YB Gobala Dari Penceramah Jadi Pendengar Kerana Majlis Lengang

Posted: 17 Jun 2012 07:27 PM PDT

Biar gambar-gambar berbicara.... baik punya kisah... disebabkan tiada sambutan lansung.. YB Gobala dari penceramah jadi pendengar

Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.

Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya. -omakkau




Ulasan GB

Dia mungkin sudah tak heran untuk jadi YB lagi... sudah dapat rembat RM2 juta (angka standard untuk katak-katak menurut pendedahan baru-baru ini)

[WAJIB TENGOK] Melampau Betul: "Mahal"nya Bil Air Rakyat Selangor!

Posted: 17 Jun 2012 04:53 PM PDT

klik untuk lebih jelas

Ini bil air terkini rumah aku. Sejak Pakatan Rakyat perintah Selangor begitulah harga air aku.. .percuma dan kalau terlebih guna pun tak sampai RM10.

50 tahun BN perintah, tak terfikir depa nak bagi kesenangan kat rakyat. -Facebook


Bekalan Air Percuma 20m3 : Penduduk gembira 4 tahun tidak perlu bayar air

Meskipun tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor memperkenalkan program air percuma 20m3 dipertikai Umno-BN, namun ia tidak sedikitpun berjaya mengubah reaksi rakyat yang merasai sendiri perubahan yang dibawa kerajaan negeri.

Tinjaun Selangor Kini di Pangsapuri Teratai dan Melur di sini mengakui pemberian air percuma ini nyata bernilai kepada mereka meskipun pada dasarnya nilai RM11.40 dilihat kecil oleh segelintir pihak.

Mohd Razali Dahlan, atau lebih dikenali sebagai Don oleh penduduk setempat mengakui, beliau tidak membuat bayaran bil air hampir empat tahun hasil daripada pemberian bermakna kerajaan negeri.

"Hampir empat tahun saya tidak membuat bayaran bil air. Alhamdulillah, satu rahmat daripada Allah. Walaupun lama BN memerintah, belum mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat," katanya.

Hampir 1,200 buah rumah di pangsapuri ini mendapat faedah daripada program yang mula diperkenalkan sejak Jun 2008.

Bagi Noorina Mohamad, 38, beliau ternyata gembira dengan langkah prihatin kerajaan negeri kerana memahami keadaan rakyat yang dibebani dengan peningkatan kos hidup.

Beliau menambah, program sebegini perlu diperbanyakan supaya lebih ramai rakyat yang mendapat manfaat daripada perkara ini.

Ahmad Kurtubi Masduki, 60, yang menetap di sini sejak 12 tahun lalu beranggapan, penanggungan kos pembayaran bil air kerjaan negeri sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban perbelanjaan dan lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk keperluan lain.

"Sudah beberapa bulan bil yang saya terima, jumlah yang perlu dibayar kosong. Kalau ada yang perlu dibayar cuma dalam RM2.00 atau RM6.00," katanya.

Selain itu, mereka meminta pihak berkuasa terutama polis meningkatkan kawalan dan rondaan terutamanya pada waktu malam bagi membendung kejadian jenayah di sini
. -selangorkini


BEGINI RUPANYA BIL AIR RAKYAT SELANGOR SELEPAS PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH!





Dr Khir Toyo "Ditelanjangkan" Lagi - Bahana Suweh Penyapu Yang Belum Tamat

Posted: 17 Jun 2012 07:34 AM PDT

Khir Toyo: Jangan hina penjawat awam lagi

SHAH ALAM: Dakwaan Dr Khir Toyo bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuasa sepenuhnya meluluskan kontrak menggunakan dana Geran Selangorku demi memperkukuh kedudukan politik diSelangor merupakan tuduhan jahat melampau.

Demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika menjawab tuduhan Khir kononnya projek Geran Selangorku membelakangkan Pegawai Kewangan Negeri.

Menurut Faekah, Dr Khir sepatutnya berasa malu kepada rakyat Selangor kerana kegagalan beliau mengutip hutang yang dimiliki rakyat Selangor.

Kata beliau, Geran Selangorku adalah hasil kebijaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat mengutip hutang lapuk yang sengaja dilupakan Dr Khir semasa pemerintahannya atas sebab-sebab yang beliau dan seluruh kepimpinannya sahaja yang maklum.

"Setelah kita berjaya mengutip hutang tersebut dan mahu mengembalikan kembali kepada rakyat Selangor melalui Geran Selangorku, sekonyong-konyong Dr Khir mahu mengambil bahagian," katanya.

Malangnya Dr Khir terlupa membuat kajian tentang prosedur sebenar penggunaan dana Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta ini, tambah beliau.

Mengkritik sekadar mahu menunjukkan beliau masih lagi pemikir utama Umno Selangor.

"Apa-apapun, kita tidak hairan Dr Khir boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kita maklum pengalaman cetek beliau di dalam pentadbiran," jelasnya.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar pada penggal pertama dipilih sebagai ADUN. Pastinya beliau tiada pengalaman langsung dalam pentadbiran sama ada di negeri mahupun di peringkat Persekutuan sebelumitu.

Namun, beliau nasihatkan Dr Khir, kekurangan pengalaman tersebut tidak menghalalkan beliau membuat kenyataan bodoh dan berniat jahat.

Kata Faekah, untuk pengetahuan Dr Khir geran ini tidak termasuk dalam perbendaharaan negeri. Justeru, penggunaannya tidak memerlukan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Perkara yang sama dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana terdapat peruntukan yang dikelola terus dari Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit - ICU) dan tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan.

Di bawah projek ICU, semua permohonan cadangan dari ADUN dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri (PPN ) untuk dipanjangkan kepada ICU.

Senarai projek dibincang bersama diantara pegawai ICU dan PPN dan keputusan dilakukan oleh pegawai ICU. Senarai projek yang telah diluluskan dipanjangkan semula kepada PPN untuk dikemukakan ke Pejabat Daerah berserta waran pelaksanaan
.

Geran Selangorku pula diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Jurutera dan Jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas serta pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar.

Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini diunjurkan oleh ADUN, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD),Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PBT dan PTD diberi tanggung jawab mengeluarkan tender terbuka. Melalui Geran ini juga Kerajaan Negeri telah berusaha menghidupkan semula Geng Jalan (Road Gang) di PBT bagi melaksanakan projek yang mudah dengan cepat seperti penurapan semula jalan-jalan.

Road Gang di PBT ini telah lama mati apabila kerajaan BN menswastakan semua projek pembaikan jalan.

Tidak seperti projek ICU, di bawah Geran Selangorku kelulusan projek dan sebut harga dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu yang tidak ada kepentingan.

Manakala pemberian kontrak pula dibuat olehPBT/PTD masing-masing dan pelaksanaan projek diaudit oleh badan bebas termasuk JKR sebelum bayaran boleh dibuat oleh MBI.

Tidak ada satu projek infrastruktur yang ditentukan oleh Menteri Besar sebaliknya diluluskan oleh Jawatankuasa yangdianggotai pegawai tinggi kerajaan.

"Adakah Dr Khir mahu menidakkan keupayaan dan kepakaran pegawai kerajaan dalam membuat keputusan tentang keutamaan projek?" tanya Faekah.

Nampaknya beliau masih tidak insaf dengan penghinaan yang beliau lakukan dengan memberi hadiah penyapu kepada pegawai kerajaan dansekarang mahu mengulanginya dengan tuduhan melulu.

Bagi Faekah, lebih baik Dr Khir tutup mulut kerana beliau hanya akan membuka pekung di dada. Segala kesilapan dan kelemahan sepanjang dua penggal menjadi Menteri Besar akan habis terburai.

Kerana beliaulah, ratusan juta hutang syarikat pemaju kepada kerajaan negeri tidak dikutip dan ribuan ekar tanah di Bestari Jaya, Bukit Beruntung dan Bukit Jalil jatuh ke tangan pemaju dan tauke-tauke kaya.

"Kita faham ramai yang dengki dengan Geran Selangorku diurus secara telus dan teratur, sekali gus menutup ruangmana-mana pihak mengaut keuntungan atas angin sebagai orang tengah. Setiapprojek diberikan terus kepada kontraktor tanpa perlu ada pelobi," dakwanya.

Ini berbeza dengan zaman Dr Khir apabila projek-projek diberikan secara terus kepada kaum keluarga, biras, iparduai, suku sakat dan kroni.

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban langsung tiada, yang ada hanyalah prinsip mengkayakan diri, keluarga dan saudara mara. Amalan hina ini telah berkubur bersama terkuburnya pemerintahan UMNO pada 2008.


[BERGAMBAR] Liputan Himpunan Hijau Di Johor

Posted: 17 Jun 2012 04:23 AM PDT

Ledang: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor yang diadakan semalam dianggap berjaya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Ianya memperlihatkan rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS cukup memberansangkan bermula seawal program sehingga kemuncak pada ceramah sebelah malamnya.

Program semalam bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kemuncak program malam tadi di sebelah malamnya iaitu program munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 yang hadir.

Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Tuan Haji Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS semalam tercapai.

"Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran 10, 000 orang," katanya dipetik Nusajayakini.

Sambutan malam tadi ujarnya sesuatu perkembangan yang sangat baik buat politik negeri Johor apatah lagi rata-rata mereka yang hadir adalah golongan muda.

"Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS mula mendapat tempat di hati penduduk negeri Johor", ujar beliau lagi.

Selain Presiden PAS, pemimpin lain yang hadir termasuklah Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim. -HD



Istilah UMNO kubu paling kuat dalam dunia dan deposit tetap untuk setiap pilihanraya boleh dipertikaikan kini.

Lihat saja gambar-gambar sebagai paparan mencuit minda.

Ceramah Perdana PAS di Sagil,  Muar, Johor malam tadi 16hb Jun 2012.

Gelaran pemimpin kudis terhadap YB Ir Nizar Jamaluddin langsung tidak menguncupkan sokongan rakyat kepada PAS/PR.

Rakyat sudah bertekad..maukan perubahan menyeluruh.

Insy'Allah negeri Johor bakal memiliki Menteri Besar yang baru. -omakkau


Tiada ulasan: