MiLo SuaM |
- Adakah Malam Ini di Sembrong Bakal Menyaksikan Keganasan Umno Dalam Siri Merdeka Rakyat ?
- Skandal Zahida Rafik dan Shafie Apdal dilapor ke SPRM
- Bukti! Salinan dokumen mahkamah kes bakal menantu Najib
- Mengapa tiada tindakan ke atas Musa Aman?
- Anggota Polis patut disaman salah letak motorsikal
- Seleweng boucer Jom Shopping, 2 ahli KEADILAN digantung
Adakah Malam Ini di Sembrong Bakal Menyaksikan Keganasan Umno Dalam Siri Merdeka Rakyat ? Posted: 15 Jun 2012 09:35 PM PDT Salam Reformasi, Malam ini siri Pidato Perdana Merdeka Rakyat muncul lagi. Kali ini merupakan siri Merdeka Rakyat yang ke-8 dan kembali menjengah semula ke negeri umno paling kuat di dunia iaitu di Johor. Lebih menarik, siri Merdeka Rakyat kali ini berlangsung di parlimen Sembrong iaitu kawasan parlimen milik Menteri Dalam Negeri. Lokasi Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong bertempat di perkarangan Pejabat PKR Sembrong, Batu 4, Jalan Mersing-Kluang. Beberapa bulan yang lalu, kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Sembrong telah disambut oleh keganasan Umno di bawah pimpinan Hishammuddin THO yang menyaksikan kerosakkan besar ke atas kenderaan yang dinaiki DSAI termasuklah kemek pada 'body' dan cermin turut dipecahkan. Namun DSAI bertegas betapa beliau tetap LAWAN walaupun telah melalui bermacam dugaan termasuklah dirinya dipukul separuh mati, apalah yang hendak dibanding jika setakat kenderaannya sahaja yang 'dipukul'. Dengan ancaman Umno yang paranoid dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor, pasukan sekretariat Merdeka Rakyat tidak berganjak untuk satu lagi siri yang akan berlangsung di Sembrong. Namun kali ini dengan kekuatan yang cukup untuk menepis segala gangguan yang mungkin berlaku, kami bersedia. Merdeka Rakyat siri Pasir Gudang sebagai contoh di mana semua sekutu bersedia menghadapi kemungkinan diserang gerombolan Umno, tetapi tidak berlaku sebarang kekacauan walaupun Pasir Gudang kebiasaannya bertukar menjadi zon perang jika Pakatan Rakyat masuk membuat ceramah penerangan. Tahniah kepada Pasir Gudang kerna meletakkan demokrasi mendahului arahan-arahan jahat supaya Pidato Merdeka Rakyat diganggu dan dihentikan. Samada persediaan yang rapi menjadi faktor ataupun tidak, apa yang penting ialah program berjalan lancar hingga ke penghujung di mana DSAI sempat bersalaman mesra dengan semua pengunjung yang rata-ratanya pertama kali melihat Anwar Ibrahim dari dekat. Malam ini giliran Sembrong dan Kluang untuk menjadi saksi satu pesta Merdeka Rakyat yang setiap kali berlangsung meriah. Pidato Anwar Ibrahim yang lengkap dengan media pandang dengar menjadi kemuncak selain ceramah oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Hero mahasiswa, Adam Adli juga akan buat kemunculan pertamanya dalam siri Merdeka Rakyat. Istimewa buat warga Sembrong/Kluang, DVD Merdeka Rakyat BERSIH akan ditayangkan di layar utama bermula jam 8.30 malam. Dokumentari ringkas terbitan SAMM berdurasi 49 minit ini akan disiarkan sehingga program bermula dan akan dijual kepada sesiapa yang ingin memilikinya, dan cetak rompak dihalalkan demi untuk memastikan maklumat disebar secara maksimum. Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong juga akan turut disiarkan secara LIVE ke seluruh dunia dikeudarakan oleh Pasukan Propaganda SAMM. Pasukan propaganda SAMM beberapa kali dalam terma percubaan dan kali ini siaran langsung yang dibawakan pasti sangat positif dengan beberapa skill dan kelengkapan terbaru. Siaran langsung boleh diikuti dari pautan berikut (pautan yang sama dalam siri sebelumnya); http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat Jika bernasib baik, para penonton dari seluruh dunia akan berpeluang melihat gangguan 'regim di hujung usia' dalam usaha menutup saki-baki ruang demokrasi, melalui siaran ini secara LIVE. Kepada kumpulan yang berniat untuk mengganggu (dengan sedikit upah RM30), sila batalkan niat anda atau kelaku anda akan ditonton secara langsung dan dirakam dalam muzium Umno selepas PRU13. Ayuh warga Sembrong, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Segamat, Ayer Hitam dan kawasan sewaktu dengannya!! Ayuh raikan pesta kita demi merealisasikan kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat. Tanpa mengira apa jua warna kulit dan juga warna kepartian, raikan bersama demokrasi dan terapkan politik celik maklumat, semua dijemput hadir. Edy Noor Reduan (EDYES) Pengarah Propaganda SAMM |
Skandal Zahida Rafik dan Shafie Apdal dilapor ke SPRM Posted: 15 Jun 2012 01:08 PM PDT MiLo SuaM agak terlambat menerima kenyataan media yang berkaitan dengan skandal artis yang tidak kurang popularnya, Zahida Rafik dan Menteri Safie Afdal yang dikeluarkan oleh YB Zuraidah Kamaruddin. Kenyataan media bertarikh 12 Jun 2012 itu memaklumkan bahawa skandal Shafie Apdal akan dilaporkan ke SPRM dalam minggu ini kerana dibimbangi melibatkan wang rakyat bernilai RM1.5 juta. Wanita KEADILAN menegaskan bahawa mereka memiliki bukti yang cukup untuk membawa perkara ini ke SPRM dan ia akan didedahkan secara berperingkat-peringkat. Selain itu, bercakap mewakili Wanita KEADILAN, Zuraida menegaskan pendedahan mengenai skandal menteri ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau mengganggu hubungan intim mereka berdua, sebaliknya bagi memastikan tiada wang rakyat digunakan bagi tujuan peribadi. ReJaM© "Nantikan pendedahan lebih panas selepas ini... " |
Bukti! Salinan dokumen mahkamah kes bakal menantu Najib Posted: 15 Jun 2012 08:59 AM PDT BEBERAPA hari lalu kita digemparkan dengan laporan akhbar luar negara termasuk The New York Post dan Dailymail UK, berhubung sebuah dokumen mahkamah di New York yang mendakwa bakal menantu Najib Razak terlibat dengan satu kes penipuan terhadap bapa tirinya, rujuk sini [Bakal besan Najib]. Bagaimanapun, bakal besan Najib, yang juga merupakan ibu kepada tunang anak perempuan Najib (Daniyar Nazarbayev) mendakwa laporan tersebut adalah menipu dan tidak masuk akal [TMI]. Namun begitu hasil carian di portal rasmi Mahkamah New York membuktikan bahawa kes mahkamah tersebut sememangnya wujud, dan kenyataan bakal besan Najib itulah yang tidak masuk akal. Berikut salah satu salinan dokumen yang dimaksudkan. Dokumen-dokumen berkaitan boleh dimuat turun di link-link berikut [Docstoc], [Docstoc] ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena " |
Mengapa tiada tindakan ke atas Musa Aman? Posted: 15 Jun 2012 06:34 AM PDT SETELAH dikejutkan dengan skandal RM250 juta NFC dan jualan rahsia pertahanan negara dalam kes Scorpene, rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi oleh skandal rasuah yang maha besar. Kali ini, perlakuan rasuah didakwa dilakukan salah seorang pemimpin kanan Barisan Nasional di Sabah, iaitu tidak lain dan tidak bukan Ketua Menteri Sabah sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Laman web "Sarawak Report" dalam beberapa artikel sejak bulan April 2012 telah mendedahkan Datuk Seri Musa secara sistematik merompak harta pusaka rakyat Sabah sejak tahun 1996 dengan mengaut keuntungan haram melalui rasuah jualan balak. Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, "Sarawak Report" telah mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Datuk Seri Musa telah menyimpan wang haram yang dianggar melebihi USD90 juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich. Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC), yang menyatakan bahawa Datuk Seri Musa telah menggunakan sistem "money-laundering" melalui beberapa ajen - termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes - serta akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau. Pada masa yang sama, "Sarawak Report" turut mendedahkan terdapat usaha melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes rasuah ini yang dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman. Maka KEADILAN menggesa pihak-pihak bertanggungjawab memberi penjelasan berkaitan hal-hal yang berikut: 1) Demi membuktikan sama ada dakwaan "Sarawak Report" adalah benar atau tidak, Datuk Seri Musa Aman wajib membuat deklarasi aset sepenuhnya dalam masa yang terdekat, termasuklah segala aset dan harta yang disimpan dalam semua akaun-akaun bank di luar negara di atas nama beliau ataupun ahli-ahli keluarga terdekat. 2) SPRM wajib perjelas status siasatan ke atas Datuk Seri Musa Aman, sama ada pihak ICAC ada meminta bantuan siasatan di bawah "Mutual Assistance in Criminal Matters Act (2002)" berkaitan kes rasuah ini, serta apakah tindakan lanjut pihak SPRM berkaitan skandal ini. 3) Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa. 4) Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram ("money-laundering") Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland - mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman? Kenyataan Media oleh: YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden KEADILAN YB Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Darrell Leiking, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN |
Anggota Polis patut disaman salah letak motorsikal Posted: 15 Jun 2012 04:00 AM PDT SALAH seorang sahabat menghantar sekeping gambar menunjukkan deretan motorsikal milik anggota Polis di Komtar Pulau Pinang yang diletakkan di tepi jalan berhampiran pondok Polis. Pengirim memaklumkan bahawa pihak Polis yang bertugas seringkali memberikan saman terhadap orang ramai yang meletakkan motorsikal di kawasan seperti itu kerana didakwa mengganggu lalu lintas. Persoalan yang dibangkitkan di sini mengapa anggota Polis yang bertugas di Komtar Pulau Pinang tanpa rasa bersalah meletakkan motorsikal mereka di situ, dalam masa yang sama mengambil tindakan saman ke atas orang ramai? ReJaM© "Mereka patut saman diri sendiri... " |
Seleweng boucer Jom Shopping, 2 ahli KEADILAN digantung Posted: 15 Jun 2012 02:57 AM PDT KEADILAN telah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan Vouchers Program JOM Shopping – salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor - yang melibatkan dua orang anggota Parti dari Cabang Kapar iaitu Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad. KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik Parti bil. 59/2012 pada hari Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad. Pada waktu yang sama, Sdr Mohamed Amkah Ahmad digantung keanggotaannya secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti yang membenarkan penggantungan keanggotaan dibuat sementera menunggu siasatan disiplin selesai. KEADILAN sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik Parti. Sekian, terima kasih. DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGUNG Sent from my BlackBerry® |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan