MIMPI SENJA |
- "Saya melakukan hubungan sex dengan lebih 10 lelaki" - Nur
- “Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana bosan dengan DSAI dan Azmin Ali. - Zamil
- Debat Rakyat : Zul Nordin diserbu penduduk yang dah 'angin'
- Kenapa di Malaysia golongan agama yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng? - Mat Sabu
"Saya melakukan hubungan sex dengan lebih 10 lelaki" - Nur Posted: 15 Jun 2012 08:01 PM PDT DUNGUN – "Saya ingin kembali ke pangkal jalan, namun siapa yang boleh membimbing saya? Semuanya hendak mengambil kesempatan, saya hanya menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki sahaja, tidak lebih daripada itu." Demikian rintih seorang gadis berusia awal 20an yang difahamkan dinodai lebih 10 kali oleh lelaki yang dikenali. Dia yang hanya mahu dipanggil Nur mengaku mula terjebak setelah ibu dan bapanya yang masing-masing berasal dari Gurun, Kedah serta Dungun bercerai lebih empat tahun lalu. Kata Nur, ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan sedang menuntut di tingkatan empat disalah sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun. "Sejarah hitam saya bermula ketika berada di rumah ibu bersama bapa saudara. "Saya tidak sangka bapa saudara sendiri sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap saya," katanya. Kata Nur, sejak kejadian itu, dia trauma. Hidupnya terumbang-ambing dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. "Saya kemudian menemui lelaki yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk bergantung, namun pujuk rayunya membuatkan saya sekali lagi terjebak ke lembah hina. "Sejak itu saya makin berani dan liar," katanya yang berasal dari Kampung Paya Balai Besar. Disebabkan terlalu mengikut nafsu remajanya, dia kemudiannya dibuang sekolah tanpa sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Sejak berhenti sekolah, saya melakukan hubungan seks lebih dari sepuluh kali. "Saya menjadi semakin liar kerana tiada siapa yang ingin membimbing saya, ibu bapa saya bercerai malah semua lelaki yang mengenali saya pula mengambil kesempatan di atas kelemahan saya," katanya selepas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat dengan seorang kaki dadah yang bekerja sebagai pemasang jubin di sebuah rumah dekat sini. Akibat terlalu tertekan, Nur juga mengambil dadah jenis methampethamine dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya. "Saya mahu berubah tetapi siapa yang sudi menerima dan membimbing saya yang sudah jauh terpesong ini. "Saya tidak kuat untuk melakukannya seorang diri, saya perlukan sokongan mereka yang boleh dipercayai," katanya - SH |
Posted: 15 Jun 2012 06:33 AM PDT Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN, kata Zamil. Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. "Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010. "Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR," katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu. "Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN," katanya. Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti. Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur. Ada 25 VCD lagi Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyiarkan VCD yang didakwa Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan pakatan itu. "Saya meminta kedua-dua pemimpin itu mendedahkan 25 VCD lagi kerana saya mengadakan banyak pertemuan dengan pemimpin dan wakil rakyat PKR. "Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana menurutnya bosan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. "Mereka ini di depan Anwar memaki hamun BN tetapi di belakang mencium tangan pemimpin BN," kata Zamil. Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin-pemimpin PKR berkenaan. = FMT |
Debat Rakyat : Zul Nordin diserbu penduduk yang dah 'angin' Posted: 14 Jun 2012 11:46 PM PDT Friday, 15 June 2012 14:00 Izardy AmiruddinPETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan. YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab. Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan . Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali. Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam. Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama. Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu. Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab. Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. - KL pos |
Posted: 14 Jun 2012 11:33 PM PDT Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang. Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah). "Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng? "Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya. Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor". Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir. Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskanharam untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas. Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas). - Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan