Kelab Greenboc |
- PRU13 Selepas Aidilfitri Sebelum Musim Haji
- [TRAGIS] Gadis Terjebak Ke Lembah Hina Dirogol Setiap lelaki Yang Dikenalinya
- 2 Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan Selepas Dirompak
- Negara Tanggung RM3 Juta untuk Kunjungan Singkat Najib ke Luar Negara
- Dua Kenyataan Aishah Yang Boleh Buat UMNO Sasau
- Najib Diharamjadahkan: RM20 Juta Pinjam Panda, Rakyat Berikan Nama "Cin Cin" & "Beg Beg"
- [IKTIBAR] Kepala Tersepit Bawah Kereta
- Penafian Bakal Besan Najib Lansung Tidak Meyakinkan
PRU13 Selepas Aidilfitri Sebelum Musim Haji Posted: 16 Jun 2012 01:16 AM PDT Shah Alam - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat 'terpaksa' dilupakan banyak pihak. Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihanraya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian. Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari. "Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan)," kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan. Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini. Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini. "Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian," katanya. Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian. SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan. Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu. Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkan pada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya. Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang. "Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen)," kata Wan Ahmad lagi. Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi. "Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa 'keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri," katanya lagi. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen "adalah keputusan politik" yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambil kira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai. "Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya. Tiada halangan kepada Perdana Menteri dalam undang-undang," katanya lagi. "Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan," kata Ahli Parlimen ini. Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, "satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan." "Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan," katanya. -SH Ulasan GB Kemungkinan bersar PRU diadakan selepas Aiditfitri tetapi sebelum masuk musim haji iaitu di dalam lingkungan bulan September. |
[TRAGIS] Gadis Terjebak Ke Lembah Hina Dirogol Setiap lelaki Yang Dikenalinya Posted: 16 Jun 2012 12:07 AM PDT Saya ingin kembali ke pangkal jalan' DUNGUN – "Saya ingin kembali ke pangkal jalan, namun siapa yang boleh membimbing saya? Semuanya hendak mengambil kesempatan, saya hanya menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki sahaja, tidak lebih daripada itu." Demikian rintih seorang gadis berusia awal 20an yang difahamkan dinodai lebih 10 kali oleh lelaki yang dikenali. Dia yang hanya mahu dipanggil Nur mengaku mula terjebak setelah ibu dan bapanya yang masing-masing berasal dari Gurun, Kedah serta Dungun bercerai lebih empat tahun lalu. Kata Nur, ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan sedang menuntut di tingkatan empat disalah sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun. "Sejarah hitam saya bermula ketika berada di rumah ibu bersama bapa saudara. "Saya tidak sangka bapa saudara sendiri sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap saya," katanya. Kata Nur, sejak kejadian itu, dia trauma. Hidupnya terumbang-ambing dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. "Saya kemudian menemui lelaki yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk bergantung, namun pujuk rayunya membuatkan saya sekali lagi terjebak ke lembah hina. "Sejak itu saya makin berani dan liar," katanya yang berasal dari Kampung Paya Balai Besar. Disebabkan terlalu mengikut nafsu remajanya, dia kemudiannya dibuang sekolah tanpa sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Sejak berhenti sekolah, saya melakukan hubungan seks lebih dari sepuluh kali. "Saya menjadi semakin liar kerana tiada siapa yang ingin membimbing saya, ibu bapa saya bercerai malah semua lelaki yang mengenali saya pula mengambil kesempatan di atas kelemahan saya," katanya selepas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat dengan seorang kaki dadah yang bekerja sebagai pemasang jubin di sebuah rumah dekat sini. Akibat terlalu tertekan, Nur juga mengambil dadah jenis methampethamine dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya. "Saya mahu berubah tetapi siapa yang sudi menerima dan membimbing saya yang sudah jauh terpesong ini. "Saya tidak kuat untuk melakukannya seorang diri, saya perlukan sokongan mereka yang boleh dipercayai," katanya. -SH |
2 Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan Selepas Dirompak Posted: 15 Jun 2012 09:28 PM PDT Seremban – Dua jurutol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) nyaris maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian samun berhampiran Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara, di sini, malam semalam. Gambar: Nurijah menahan kesakitan akibat ditembak di belakang badannya masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar. Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam itu, mangsa, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan dan rakan sekerjanya, Mohd Haffiz Zamri, 26, parah selepas ditembak dengan senapang jenis pump gun dari arah dekat. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara, menuju ke pejabat syarikat terbabit di Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara. "Ketika kejadian, kedua-dua mangsa mahu menghantar wang kutipan pada hari tersebut berjumlah hampir RM2,000 ke pejabat syarikat, kira-kira 200 meter dari plaza tol. "Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, sebuah kereta jenis Proton Wira tiba-tiba memintas motosikal mereka, sebelum salah seorang suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa," katanya. Menurutnya, insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek sempat merampas beg kecil berisi wang dipegang salah seorang mangsa. "Penjenayah dilihat melarikan diri ke arah Sendayan," katanya. Saiful Azly berkata, ketika kejadian seorang pengawal keselamatan turut ditugaskan mengiringi kedua-dua jurutol berkenaan dari arah belakang. "Tetapi ketika kejadian, pengawal keselamatan terbabit difahamkan berada pada jarak agak jauh daripada mangsa, malah dia juga tidak membawa sebarang senjata. "Buat masa ini, kita sedang mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 (Penalti lebih berat)," katanya. Menurutnya, tembakan dari jarak dekat itu menyebabkan Nurijah cedera di bahagian belakang dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, manakala Mohd Haffiz parah di kaki dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sementara itu suami Nurijah, Faizul Abd Latif, 31, berkata, dia bagaikan hilang nyawa sebaik sahaja menerima panggilan telefon memaklumkan isterinya ditembak. "Ketika sedang menidurkan anak di rumah, tiba-tiba saya terima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali. "Saya angkat sahaja walaupun tidak tahu siapa, tapi saya terkejut kerana saya dengar suara isteri saya menjerit kesakitan dan pemanggil terbabit memaklumkan isteri cedera ditembak," katanya. Menurutnya, sebelum kejadian isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun anaknya berusia lapan bulan sedikit meragam. Manakala bapa Mohd Haffiz yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, anaknya itu sudah tiga tahun bekerja sebagai jurutol dan baru sahaja bertunang. "Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia selamat dalam kejadian ini walaupun cedera ditembak," katanya. |
Negara Tanggung RM3 Juta untuk Kunjungan Singkat Najib ke Luar Negara Posted: 15 Jun 2012 06:10 PM PDT Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta. Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles. Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75. Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. Ulasan GB Demikian bagaimana Najib membelasah wang rakyat. Hukum kebenaran dan keadilan terap berlaku. Najib bakal tersungkur kerana setiap pembaziran wang rakyat tidak akan terlepas dari hukuman dari rakyat juga. Apabila pembaziran dan PEMBOROSAN berada di puncaknya itu tanda kejatuhan seseorang. Anda tidak boleh lari dari hukuman itu. |
Dua Kenyataan Aishah Yang Boleh Buat UMNO Sasau Posted: 15 Jun 2012 04:34 PM PDT Orang Bijak Pandai Ramai Masuk PAS - Aishah Kuala Terengganu: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara. Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini. Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno. "Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja. "Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang," tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir. (Gambar: Aishah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.) Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah. Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati. "Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis. "Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya. "Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita," jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin. -HD Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah |
Najib Diharamjadahkan: RM20 Juta Pinjam Panda, Rakyat Berikan Nama "Cin Cin" & "Beg Beg" Posted: 15 Jun 2012 08:45 AM PDT Dua ekor beruang panda yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia seperti yang dilaporkan The Straits Times Singapura baru-baru ini rupanya masih belum mempunyai nama. Seperti juga isu kucing, Najib Altantuya sekali lagi menunjukkan 'ketidak seriusannya' dalam soal pentadbiran negara tetapi lebih tertumpu dengan perkara yang remeh yang akhirnya mengundang ketawa seluruh dunia. Sudahlah bakal menantunya buat perangai semalam, kunun untuk meredakan tekanan akibat terdesak mempertahankan Putrajaya, Najib Altantuya meminta rakan di Facebooknya supaya menamakan dua ekor beruang kunun sesuai dengan citarasa Malaysia. Lalu berduyunlah 'rakannya' memberi cadangan seperti Altantuya dan sebagainya sebagai tanda 'prihatin' mereka kepada seruan pemimpin yang semakin hampir dengan Tribunal Grande de Instance di Paris atas dakwaan rasuah kapal selam Scorpene sepuluh tahun lalu! Tindakan Najib Altantuya yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu. Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu."Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita. "(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib. Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir. Sebahagiannya mengambil peluang itu dengan memperolokkan Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg (cincin cushion cut diamond bernilai RM24.4 juta - beg beg kerana koleksi beg tangan Rosmah yang berharga ratusan ribu ringgit)", "Altantuya dan Scorpene (merujuk kepada skandal rasuah komisen kapal selam kelas Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu)" dan "Rara dan Suahsuah" (bermaksud Rasuah). Delegasi parti komunis China tiba di Malaysia untuk lawatan kerja Panda diplomacy or a disaster in the making? Ulasan GB Pertama: Nama-nama yang dikemukakan oleh rakyat di dalam facebook itu menunjukkan rakyat semakin lama semakin meluat dengan Najib dan Rosmah. Itu kebenaran. Najib kena akur. Kedua, belanja sampai RM20 juta hanya untuk mempastikan beruang panda yang dipinjam selama 10 tahun dari China.. itu kerja gila dan kata orang pantai timur: natang sungguh! Ketiga: Sekarang tembelang UMNO terdedah: siapa buat hubungan kerjasama dengan komunis! Anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari. Begitulah keadaan Najib & UMNO sekarang. Dah terdesak sangat untuk dapatkan sokongan rakyat dari kaum Cina untuk PRU13 sehingga lakukan hal-hal bangang dan bodoh. Dia ingat masyarakat Cina di negara ini bodoh semacam dia. Kalau anda beri panda seorang seekor kepada orang Cina di Malaysia sekalipun, belum tentu anda akan dapat undi mereka! GB dah katakan sebelum ini, Najib akan terus ditimpa "haramjadah" yang tak putus-putus ekoran dari keceluparannya mengharamjadahkan rakyatnya sendiri. GB bukanlah tukang ramal, tetapi itulah hukum kebenaran dan keadilan: anda akan perolehi semula apa yang anda beri. Hukum sunnatullah adalah hukum universal, hukum alam yang dicipta Allah swt untuk panduan kepada manusia. Mudahnya begini: Jika anda tidak suka orang lain melakukan kepada anda, maka jangan lakukan hal itu terhadap orang lain. Dan di dalam Islam Surah Al-Baqarah ayat 286 ada menyebut: laha kasabat wa 'alaiha maktasabat Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. |
[IKTIBAR] Kepala Tersepit Bawah Kereta Posted: 15 Jun 2012 06:08 AM PDT Kuala Terengganu - Seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila tersepit di bawah kereta jenis Perodua Myvi, hampir sejam dalam satu kejadian di persisiran Pantai Tok Jembal, di sini, malam kelmarin. Gambar: Keadaan mangsa setelah ditarik keluar anggota bomba Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, mangsa, Amir Hussin, 20-an, dari Kampung Jabi, Jertih difahamkan memilih kawasan berpasir itu bagi rehatkan badan sementara menunggu teman wanitanya keluar makan malam bersama. Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kereta milik teman wanitanya itu terbenam dalam pasir pantai dan pemuda itu kemudiannya bertindak guna 'jek' kereta dengan beralaskan batu bukit bagi mengalih kenderaan itu. Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Yazid, kepala mangsa terperangkap di bawah kereta tersebut kerana 'jek' kereta yang digunakan tiba-tiba bengkok menyebabkan tayar kereta berkenaan semakin masuk ke dalam pasir. "Mangsa yang meniarap tidak sempat selamatkan diri kerana ia berlaku begitu pantas. Bagaimanapun, dia sempat hubungi teman wanitanya bagi dapatkan bantuan bomba. "Kami ambil masa kira-kira lima minit menarik keluar mangsa tersepit bawah kereta. Mangsa yang separuh sedar alami kecederaan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi rawatan susulan," katanya. -SH |
Penafian Bakal Besan Najib Lansung Tidak Meyakinkan Posted: 15 Jun 2012 04:38 AM PDT Bakal besan Najib tolak dakwaan pada anak Ibu kepada Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal. "Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini. "Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam. Maira menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan. "Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami. "Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu akan datang dan akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira. Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post. Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. Ulasan GB Penafian yang dilakukan oleh Maira, bakal besan PM Malaysia, Najib Razak nampaknya longgar dan kenyataan Maira itu dikatakan dipetik "melalui jurucakap perhubungan awamnya". GB berpendapat kenyataan itu lemah kerana Maira sebenarnya kini sedang diburu oleh Interpol. Dan penafian mengenai dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) juga tidak boleh diterima kerana sebelum ini beluiau sudah menyatakan "isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat." Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana. Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post. Justeru itu jika ada penafian hendak dilakukan ia perlu dikemukakan dimahkamah bukan melalui media. Apa yang memusykilkan kini: kenyataan penafian itu daripada mana sebenarnya? dari Kazakhstan atau dari pejabat PM Malaysia untuk membersihkan imej Najib? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan