Selasa, 12 Jun 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bukti! Kes RM3 Billion milik Anwar sudah disiasat dan ditutup

Posted: 11 Jun 2012 01:16 PM PDT

MEDIA kawalan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal kebelakangan ini sibuk memainkan isu kononnya Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang bernilai RM3 Billion.

Lepas seorang, seorang pemimpin United Malays National Organization, Umno dan NGO-NGO pro mereka ditemuramah setiap hari, diminta memberi ulasan agar memberi persepsi negatif terhadap Anwar Ibrahim.

Apa tujuan semua ini? Jawapannya mudah, sejak Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah daripada kes liwat yang dijaja Umno berpuluh tahun, kini mereka ketandusan isu untuk menyerang ketua pembangkang itu.

Maka, isu-isu lama yang sudah selesai satu masa dahulu perlu dikorek semula untuk menyerang Anwar Ibrahim. Ini kerana anak muda hari ini tak faham isu-isu lama, sebab masa itu mereka masih bayi, ada yang belum lahir pun.

Namun seperti biasa mereka terkantoi lagi di situ. Isu pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar Ibrahim yang bernilai RM3 Bilion ini dahulu telah disiasat secara mendalam oleh Badan Pencegah Rasuah dan didapati tiada kes.

Di bawah ini bukti kenyataan bersumpah oleh Abdul Razak bin Idris, mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, BPR yang terlibat menyiasat kes tersebut yang ditimbulkan oleh akhbar pada waktu itu.






Buat makluman para pembaca yang dihormati, Abdul Razak Idris, bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah ini merupakan salah seorang saksi kes saman Anwar Ibrahim ke atas NST dan Rose Ismail.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa BPR telah menjalankan penyiasatan ke atas tohmahan Abdul Murad Khalid kononnya DSAI melarikan RM 3 billion dan menyimpannya di luar negara.

Penyiasatan tersebut membuktikan tuduhan itu palsu dan tidak berasas. Malah menurut beliau kes itu telah pun ditutup.

Salinan Statutory Declaration ini boleh dimuat turun rujuk sini [SD Abdul Razak Idris]

ReJaM© "Harap dapat disebarkan ke seluruh pelusuk Malaysia... "

Abby Abadi muncul di program PAS hujung minggu ini

Posted: 11 Jun 2012 08:23 AM PDT

AKHBAR propaganda Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa pelakon terkenal dalam siri drama Gerak Khas, Abby Abadi nafi sertai PAS, meskipun beliau dilihat dalam salah satu program ilmu yang dianjurkan oleh Parti Islam itu.



Namun begitu, kemunculan pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza itu dalam satu lagi program PAS hujung minggu ini bersama-sama beberapa pimpinan Parti Islam itu seolah-olah menjelaskan sesuatu.



ReJaM© "Apa pun tahniah diucapkan kepada Abby Abadi dengan imej baru beliau... "

Isu Komunis: pesara Polis mohon maaf fitnah Mat Sabu

Posted: 11 Jun 2012 04:30 AM PDT

INILAH akibatnya bila terlalu mempercayai akhbar propaganda seperti Utusan Malaysia. Akhbar ini sudah diketahui umum gemar membuat fitnah untuk kepentingan politik.

Lihat sahaja sudah berapa banyak kali akhbar itu disaman dan terpaksa membayar ratusan ribu ringgit kerana memfitnah pelbagai individu.

Pesara polis, Visva Nathan, 75 dari Raub, hari ini mengaku beliau memfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar [Berita Harian].



Semoga jadi iktibar kepada rakyat Malaysia di luar sana, jangan mudah terpedaya dengan berita-berita terutama yang berkaitan politik yang dilapor oleh akhbar pengampu Regime Barisan Nasional, kerana mereka gemar memutar belitkan cerita untuk memperbodohkan rakyat.

ReJaM© "Utusan Syaitan - Pembebal Fikiran Rakyat... "

Berpuluh tahun orang pandai dihalang masuk Umno - Tun Mahathir

Posted: 11 Jun 2012 03:47 AM PDT

TUN Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia seperti yang dilaporkan di Sinar Harian, sebagai berkata "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS" [Sinar].



Penyataan Tun Mahathir ini secara jelas menggambarkan bahawa sudah tiada lagi orang bijak pandai di dalam Umno, sekaligus menggambarkan bahawa Parti Islam, PAS terdiri daripada orang-orang bijak pandai.

Kalau dilihat, Tun Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003 [Wikipedia]. Ini bermakna 10 tahun lalu beliau masih menjawat jawatan sebagai Presiden Umno.

Dalam masa yang sama beliau mendakwa sudah berpuluh tahun Umno menghalang orang pandai untuk menyertai Umno sehingga menyebabkan kebanyakkan doktor menyertai Parti Islam, PAS.

Persoalannya siapakah yang berada di tampuk kuasa sejak puluhan tahun lalu dan menghalang orang-orang pandai untuk menyertai Umno? Sedangkan tidak sampai 10 tahun pun beliau bersara.

Ternyata benar mamak mudah lupa...


ReJaM© "Kalau tiada orang pandai, maka siapa yang tinggal dalam Umno? "

Tiada ulasan: