Blog-list Malaysia |
- Video - Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya - Tunku Harmy Tunku Hanan
- Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah
- Debat Saifuddin vs Salahuddin 19 Jun Depan
- Bumiputera Untuk Semua Bangsa - Perkasa & Pekida Tak Mau Demo Ke?
- Ustaz Azhar digelar Maharaja Lawak oleh Dr Mashitah
- Cubaan Sabotaj Ceramah Ustaz Azhar Idrus Gagal
Video - Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya - Tunku Harmy Tunku Hanan Posted: 11 Jun 2012 06:53 PM PDT |
Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah Posted: 11 Jun 2012 06:28 PM PDT (Selangorku) - Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993. Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu. Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja'afar sendiri melalui satu panggilan telefon. "Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung. "Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku. "Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku? "Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara. "Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah," ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu. Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program "Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai" semalam. Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu. Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara. Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa. "Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing," kata beliau. Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Watch video at: http://www.selangorku.com/?p=9426 Dipetik dari - Malaysia Today |
Debat Saifuddin vs Salahuddin 19 Jun Depan Posted: 11 Jun 2012 06:16 PM PDT Untuk kali kedua, Debat Sinar Harian akan dianjurkan antara dua tokoh berlainan ideologi politik bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar idea mereka berhubung isu yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini. Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, tajuknya masih lagi dibincangkan peringkat akhir sebelum diumumkan penganjur dalam masa terdekat. "Debat antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub itu akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf pada 19 Jun depan. "Penyertaannya adalah terhad, jadi kami akan membuat jemputan khas untuk 350 kerusi yang disediakan pada malam berkenaan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. Abd Jalil berkata, Sinar Harian sebagai akhbar rasmi, juga akan siarkan laporan penuh debat ini keesokan harinya. "Sinar Harian telah mengadakan beberapa perbincangan dengan kedua-dua pendebat ini, masing-masing menunjukkan kesungguhan dan sedia berdepan dengan hujah masing-masing," katanya lagi. Sebelum ini, Sinar Harian pernah menganjurkan 13 siri wacana setiap bulan dengan pelbagai tajuk menarik untuk disajikan kepada pembaca setia. - SinarHarian |
Bumiputera Untuk Semua Bangsa - Perkasa & Pekida Tak Mau Demo Ke? Posted: 11 Jun 2012 10:16 AM PDT PPP WP cadang bumiputera untuk semua Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen. "Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia. "Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita," kata Kamaraj. Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka. "Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera," katanya. Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif. Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia. Buat masa ini, status 'bumiputera' merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak. Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti. http://www.kedahlanie.info/2012/06/nasib-baik-ppp-bukannya-dap-yang.html#more |
Ustaz Azhar digelar Maharaja Lawak oleh Dr Mashitah Posted: 11 Jun 2012 06:25 AM PDT Dr Mashitah menulis di Sinar harian perihal "Bertauliah elak sindrom keliru", tulisan terbaru beliau di Sinar Harian. Beliau menulis tentang sindrom keliru di kalangan masyarakat berkaitan pendakwah. Ini kerana latar belakang pendakwah yang meragukan termasuk selebriti yang bukannya pendakwah berwibawa. Tulisan Dr Mashitah juga ada menyebut tentang lawak dalam ceramah. "berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak". Agak-agaknya kepada siapa tulisan ini ditujukan? Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan. -Rujuk SinarHarian http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/06/ustaz-azhar-digelar-maharaja-lawak-oleh.html |
Cubaan Sabotaj Ceramah Ustaz Azhar Idrus Gagal Posted: 11 Jun 2012 05:29 AM PDT Suasana yang lengang & syahdu sepoi bahasa di program 'Lepak Positif' anjuran Belia 4B / BN-Umno di Parit Raja, Batu Pahat 9hb Jun 2012. Walaupun terdapat nasi lemak dan teh tarik 'free', ia gagal menarik orang ramai berbanding kehadiran luar biasa di ceramah UstazAzhar Idrus (UAI) pada masa yang sama, kira-kira 3km dari situ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan