MiLo SuaM |
Lucu! PTPTN mengaku mereka jadi agent Umno Posted: 08 Jun 2012 06:28 PM PDT MENTERI Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dipetik dari Sinar Harian berkata, tujuan membekukan PTPTN kepada pelajar Unisel adalah untuk menguji Kerajaan Negeri Selangor [Sinar]. Selama ini kita tahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN tugasnya ialah untuk menguruskan pinjaman kepada mahasiswa. Sejak bila pula PTPTN dapat tugas menguji kerajaan Negeri Selangor? Kah kah kah... Kalau dah sampai tahap mengaku mahu menguji Kerajaan Negeri Selangor, ini bermakna PTPTN mengaku mereka sudah menjadi agent atau kontraktor upahan Umno kah kah kah... Tambah melucukan, tak sampai sehari PTPTN mengaku membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel, tiba-tiba pembekuan itu ditarik balik. Kenapa tak jadi beku? Apa sudah jadi? Jawapannya mudah, kerana MB Selangor telah berjanji untuk mencairkan aset Unisel yang juga milik kerajaan negeri sebanyak RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar yang terjejas dengan pembekuan itu, rujuk sini [Rafizi]. Maka Khaled Nordin tak mahu orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng lihat MB Selangor sebagai hero. Khaled Nordin tahu tindakannya itu akan membuatkan rakyat semakin benci kepada BN. Maka untuk mengelakkan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi hero di mata rakyat, terutamanya rakyat Selangor, maka pembekuan itu harus ditarik balik kah kah kah... ReJaM© " Senjata sudah makan tuan kah kah kah... " |
Keselamatan penerbangan dalam Malaysia terancam Posted: 08 Jun 2012 10:48 AM PDT KAMI telah difahamkan bahawa para pegawai kawalan trafik udara di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang telah memberi laporan kepada Pengarah Jabatan Penerbangan Awam mengenai penambahbaikan sistem Malaysian Air Traffic Control Network yang dilaksanakan syarikat-syarikat berikut: SELEC Sistemi Integrati dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT). Kami difahamkan penambahbaikan ini merupakan fasa kedua dalam Malaysian Air Traffic Services Modernisation Program (MATSMP) Improvement Project (MIP), yang pada awalnya dibangunkan SELEX. Dilaporkan bahawa kos fasa pertama berjumlah RM160 juta, manakala fasa kedua adalah RM120 juta. Semua sedia maklum bahawa tugas seorang pengawal trafik udara (Air Traffic Controller, ATC) amatlah mencabar dan banyak tekanan oleh sebab nyawa ribuan penumpang kapal terbang terletak dalam tangan mereka. Apa pun sistem atau penambahbaikan sistem yang diguna bukan sahaja wajib selamat dan harus membantu memudahkan kerja-kerja lebih 950 ATC di Malaysia. Penambahbaikan sistem ini telah diberi kepada SELEX secara "tender rundingan tertutup", yang menyukarkan pemilihan sistem terbaik melalui proses bidaan kompetitif. ATC di NATCC Lapangan Terbang Subang telah menerima latihan dalam fasa kedua MIP2 sejak September 2011. Kami difahamkan wujud banyak kecacatan dan kekurangan yang dikenalpasti ATC-ATC ini, yang seharusnya diperbetul sebelum sistem Human Machine Interface (HMI) digunapakai. (Lampiran 1) Namun kami difahamkan SELEX gagal melaksanakan permintaan tersebut. Berdasarkan dokumen yang ada dalam tangan kami, sistem HMI ini telah beroperasi sejak 13 Disember 2011. Namun sistem tersebut mengalami pelbagai masalah sejurus bermula operasi, yang menyebabkan keselamatan kesemua penerbangan dalam ruang udara Malaysia pada waktu itu terjejas. Para pengawal trafik udara HMI tidak stabil dengan banyak kelemahan, langsung menyebabkan Pengarah NATCC menghantar satu memo kepada semua pengawal trafik udara, membangkitkan isu "inconsistency in cleared flight level". Sepucuk surat yang ditandatangani sebelas orang, yang termasuk timbalan-timbalan pengarah pengawal trafik udara di NATCC bertarikh 4 Januari 2012 telah dihantar kepada Pengarah NATCC untuk menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap ketiadaan maklum balas dari pihak berkuasa tentang kecacatan-kecacatan dan kekurangan-kekurangan dalam MIP2. (Lampiran 2) Pegawai-pegawai tersebut turut menyatakan peningkatan tekanan yang dialami para pengawal trafik udara akibat masalah-masalah yang timbul dari MIP2. Mereka mendesak HMI digantikan dengan sistem yang dahulu, yang mereka anggap lebih boleh dipercayai. SELEX, yang merupakan sebahagian dari kumpulan Finmeccanica Spa dari Itali, terbabit dalam pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. SELEX memiliki 30 peratus AAT, manakala Tirai Variasi Sdn Bhd memiliki 50 peratus dan baki 20 peratus dimiliki Tahap Harmoni Sdn Bhd. Pemilik Tirai Variasi adalah Dato' Zolkipli bin Abdul dan Ikhwan Hafiz bin Jamaluddin, manakala Tahap Harmoni dimiliki Dato' Mohamed bin Munip dan Datin Puteh binti Mohamed. (Lampiran 3) Cukup jelas dari dokumen-dokumen yang cukup memeranjatkan ini bahawa ruang udara Malaysia dan penerbangan-penerbangan di dalamnya mungkin berada dalam keadaan bahaya. Kami dengan ini mendesak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk: a) Menjawab pertuduhan-pertuduhan di atas secepat mungkin. Surat pertanyaan berkaitan isu ini telah dihantar kepada DCA dan Kementerian Pengangkutan. Adakah pihak DCA mengeluarkan sijil penyiapan praktikal (certificate of practical completion) sebelum SELEX dan AAT memperbaiki kecacatan-kecacatan yang telah dikesan? b) Memperinci masalah-masalah yang dihadapi sistem kawalan trafik udara negara yang meletakkan penerbangan-penerbangan dalam ruang udara Malaysia dalam bahaya. DCA harus mengesyorkan rakyat Malaysia bahawa tahap keselamatan sedia ada mencukupi dengan mengadakan satu audit bebas, yang wajib dilaksanakan pihak International Civil Aviation Organization (ICAO), yang kemudiannya akan diserah kepada semua ahli-ahli Parlimen. c) Perjelas dan berikan sebab mengapa AAT dan SELEX telah diberi kontrak sebanyak RM280 juta untuk membangunkan MATSMP Improvement Project (MIP) ini. Kontroversi ini, yang merupakan sebuah lagi kes bidaan tidak kompetitif dan tender rundingan terus telah membelakangkan keselamatan negara dan rakyat Malaysia, seharusnya mendesak kita melaksanakan reformasi parlimen yang membolehkan wujudnya jawatankuasa tetap suatu desakan yang tidak boleh ditolak. Kami sekali lagi menyatakan perlunya diwujudkan suatu jawatankuasa tetap parlimen bagi perolehan pertahanan termasuk isu kawalan udara, seperti jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan negara dan perkhidmatan tentera di Amerika Syarikat. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN Tian Chua Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN N Surendren Naib Presiden KEADILAN Press Release in English version click here [Malaysian Flight at Risk] |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan