Cuplikan Mauduk-Maduk Menarik
Empat hari medan blog saya sepi tidak di isi dengan sebarang catatan. Seperti biasalah bila tiada catatan menyebabkan ada para penjenguk tertanya-tanya. Ada yang
sms bertanyakan perihal saya. Pertanyaan yang popular ialah, apakah tuan sakit maka tiada posting baru? Haha... nampaknya sakit ("Umno") seakan sudah sinonim dengan kekosongan blog saya. Penjenguk akan membuat andaian, kalau tak isi blog bermakna MSO sakit.
|
Perang bendera di salah satu lokasi di Dun Wakaf Baru. |
(Terima kasih kepada penjenguk yang prihatin dan mengambil berat tentang saya).
Sebenarnya kalau soal "Umno" (sakit itu) tidak menjadi masalah kepada saya. Saya boleh menulis sambil meriba laptop atau pun menulis sambil meniarap. Saya menulis di ruang tamu membawa ke bilik tidur ataupun di meja makan. Kecualilah sakit "Umno" itu yang amat sangat. Namun betapa sakit disebabkan Umno setakat ini ia tidak menghalang untuk saya mencatat mengisi blog.
Saya masih ampuh dan betah untuk melawan "Umno".
Kekosongan blog selama empat hari (5 hingga 8) bukan apa, kerana kemudahan...kelemahan daya internet (broadband) di kawasan saya jejaki selama tempoh itu. Ini ditambah pula dengan peralatan yang dibawa tidak begitu 'sihat' atau dapat menjangkau akses yang kuat. Betapa canggih
gadget kapsul namun bagi saya ia tidak dapat mengatasi kesenangan menggunakan laptop.
Selain itu kesibukan juga menjadi penghalang untuk berbuat demikian. Namun para penjenguk budiman tidak perlu risau setiap apa yang saya dapat dan kutipkan akan saya anyam dan kunyahkan dijadikan bahan satu persatuan secara bervariasi.
Selama tempoh itu saya pulang ke Kelantan untuk bercuti sempena cuti sekolah. Bawa anak bongsu... sambil menghadiri kenduri kahwin yang berlambak, ada setengahnya kad jemputan diterima sejak dua bulan lalu. Jadi tidak elok dan berdosa kalau tidak memenuhi undangan.
|
Pemandangan di ceramah Pakatan Rakyat di Ketereh. |
Lagipun bagi saya khasnya kenduri kahwin merupakan kesempatan untuk berkenalan dengan sanak saudara serta mengukuhkan tali silatuhrahim. Selalunya kenduri kahwin menjadi medan pertemuan anak beranak dan keluarga, mendekatikan yang jauh dan memsrakan yang sudah dekat. Sebab itu amat 'rohok' bagi saya untuk ponting jemputan majlis kahwin, walaupun penat terpaksa juga paksakan diri.
Semestinya kesempatan itu untuk saya menijau dan melihat suasana politik di Kelantan yang kini sudah panas menggila. Walaupun parlimen belum dibubarkan (entah bila?), tetapi keadaan dan selera rakyat sudah seperti pilihan raya. Jabat salam, gaya percakapan dan cara berhubung orang politik persis seperti sudah dalam periode kempen pilihan raya. Pantang ada kematian dan sesiapa keuzuran akan mendapat perhatian orang politik.
Wakil rakyat atau mereka yang berangan-angan hendak menjadi wakil rakyat sudah menggambarkan mereka adalah csalon pilihan raya. Persaingan secara senyap dengan calon sebelum ini terus berlaku. Begitu juga lobi melobi terus berlaku. Lobi melobi ini akan berterusan sampailah saat pengumuman calon secara rasmi oleh parti masing-masing dilakukan. Di sesetengah kawasan nama calon atau mereka yang bakal dicalonkan sudah pasti. Tetapi dalam pada itu ia tidak boleh raqsa sedap sebab ia boleh berubah bila-bila masa. Pendeknya selagi nama kita tidak diistyharkan sebagai calon oleh pengurus pilihan raya kita tidak boleh merasakan kita adalah calon!
Para wakil rakyat semakin reancak turun ke bawah. Yang nelucukan ada yang sakit sebelum ini terlantar di hospital, di kepala katil penuh dengan botol ubat dan minyak urut kini sudah sihat dan pulih. Aura pilihan raya memberi keajaiban kepada mereka. Demam pilihan raya menjadi trapi berkesan kepada mereka untuk segera sihat. Ada yang sebelum ini berjalan macam ayam kena langgar basikal, atau macam berjalan kaki ayam atas aspa panas juga berusaha keras menunjukkan sihat dan jalannya tidak peka.
Ada juga yang memungkir janji sendiri? Seorang Adun bergelar ustaz sudah berjanji untuk berundur dan memberi tumpuan kepada pondok peninggal mertua, tetapi kini bergerak aktif berkempen dan memasang pelobi agar terus memilih dan menjual nama mereka. Dalam tilikan saya di pihak Pas perlu menggantikan 26 orang calonnya (Adun dan MP), tetapi nampaknya hari ini Pas sedia untuk menyalinkan 30 peratus saja calonnya. Ini bermaka 16 orang calon sudah dikenali pasti oleh Pas untuk tidak dicalonkan.
Yang sedang melobi tadi, saya rasa walaupun mereka terus melobi dan cuba menunjukkan mereka berkhdimat dengan baik namun ketua parti dapat menilai dengan saksama. Sudah tentu juga ketua parti ada mekanismenya sendiri untuk memilih calon dan membuang mana-mana yang buruk. Justeru sesiapa yang akhirnya dibuang atau tidak dicalonkan hendaklah redha.
|
Terjumpa Kamarudin Jaafar di Bunohan. |
Sebelum ini saya sudah memberi gambaran suasana politik dan persiapan parti politik untuk menghadapi pilihan raya. Kalau dua tiga minggu lepas persediaannya masih belum begitu hebat tetapi hari ini sudah berubah. Hampir semua kawasan kedua-dua parti politik yang bermusuh secara tradisi Pas dan Umno sudah memperhebatkan perang saraf dengan memasang bendera dan juga mengadakan ceramah yang boleh dikatakan siang dan malam.
Saya tidak mahu 'mengatuh' panjang dalam intri ini cukup kalau saya senaraikan topik-topik akan saya bincangkan nanti. Antara topi yang akan saya bawa ialah mengenai kedudukan Inchek Ibrahim Ali di Pasir Mas, perebutan calon di Pasir Puteh, siapa sebenarnya yang bakal mengganti Nik Aziz selepas pilihan raya ke-13 kalau Pas menang.
Juga saya akan sudahkan penulisan mengenai kedudukan dan nasib Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Apakah beliau perlu bertanding dan kerusi manakah paling selamat buatnya. Selain itu akan diulas mengenai 'perbalahan' atau perang dingin di antara Mohamad Alwi Hji Che Ahmat dengan Annuar Musa di Ketereh serta kedudukan kerusi-kerusi PKR di Kelantan.
Sudah pastinya kerusi kampung saya, Gual Periok juga akan dibicangkan serta cuba memberi gambar senario politik terkini di situ.
[wm.kl.9:34 am 09/06/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan