MiLo SuaM |
- Panas! Pakatan Rakyat merusuh di Bangkok pulak!
- Tahanan Guantanamao Bay dipaksa dengar lagu Sesame Street
- Al-Fatihah, blogger D'perbatasan kembali ke rahmatullah
Panas! Pakatan Rakyat merusuh di Bangkok pulak! Posted: 01 Jun 2012 01:55 PM PDT LAPORAN akhbar propaganda Utusan Merapu, semakin hari semakin merapu. Ada sahaja ideanya untuk memperbodohkan pembaca. Terbaru akhbar propaganda itu melaporkan peserta berbaju kuning antikerajaan daripada Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) melakukan demo sekatan jalan raya menuju ke parlimen di Bangkok. Hairan juga, sejak bila pula Pakatan Rakyat boleh buat demonstrasi sampai ke negara jiran? Tak cukup ke demonstrasi di negara sendiri? Kah kah kah... Parti People's Alliance for Democracy (PAD) di Thailand kini disebut sebagai Pakatan Rakyat untuk Demokrasi oleh akhbar propaganda Regim Barisan Nasional, Utusan. Sifirnya mudah, tujuan menyebut PAD sebagai Pakatan Rakyat ialah bagi menyerang minda separa sedar pembaca agar timbul persepsi bahawa Pakatan Rakyat adalah kumpulan pengganas yang mahu mencetus huru-hara dan merosakkan negara. Buktinya, sebelum ini Utusan Merapu tidak menyebut PAD sebagai Pakatan Rakyat untuk Demokrasi, sebaliknya Perikatan Rakyat bagi Demokrasi. Lihat printscreen berita tahun lalu di Utusan Online di bawah ini. Propaganda ini sekaligus menanamkan kebencian pada pembaca Utusan terhadap Pakatan Rakyat di Malaysia. Inilah tugas media propaganda seperti Utusan di dalam membebalkan rakyat, ada penasihat 25% (APCO?) di sebalik laporan berita yang disiarkan. Namun apa yang menarik, sehingga kini stesen TV propaganda Regim Barisan Nasional iaitu TV3 Al-Musyrikin masih tidak berani menyebut Pakatan Rakyat untuk siaran berita mereka, sebaliknya hanya berani sebut Pakatan Pembangkang kah kah kah... Mereka lupa, BN juga pembangkang di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor kah kah kah... ReJaM© " Kalau tak menipu bukan Utusan Merapu namanya... " |
Tahanan Guantanamao Bay dipaksa dengar lagu Sesame Street Posted: 01 Jun 2012 03:15 AM PDT PELIK tapi benar, lagu yang penuh keriangan di dalam rancangan terkenal kanak-kanak, Sesame Street, dipasang sepanjang hari selama berhari-hari untuk menyeksa banduan yang ditahan di Guantanamao Bay lapor Daily Mail. Sebuah dokumentari oleh Al Jazeera mendakwa pada tahun 2008, sebuah pengkalan tentera laut di Cuba pernah memperdengarkan lagu berentak berat seperti Metallica 'Enter Sandman' dan Drowning Pool 'Bodies' Menurut laporan itu, lagu kanak-kanak telah disalah gunakan untuk tujuan yang tidak berperikemanusiaan, di mana lagu program popular kanak-kanak diperdengarkan berulang kali di gegendang para banduan. Christopher Cerf yang terlibat di dalam penyusunan irama Sesame Street selama bertahun-tahun terkejut apabila mengetahui bahawa alunan muziknya yang dicipta untuk tujuan baik telah digunakan sebagai satu bentuk seksaan. Mengulas berkenaan dokumentari terbitan Aljazeera itu beliau berkata: "Reaksi pertama saya adalah ini tak mungkin sesuatu yang benar, ia sangat gila, ia betul-betul tak masuk akal." "Saya betul-betul tak dapat terima bahawa saya telah membantu untuk menyeksa banduan, tambah lebih buruk bila saya kemudiannya mengetahui bahawa mereka menggunakan muzik itu di Guantanamao sebagai seksaan yang lebih mendalam untuk mengenakan kesakitan jangka panjang kepada banduan agar mereka membuka mulut." Sumber: [Free Malays] |
Al-Fatihah, blogger D'perbatasan kembali ke rahmatullah Posted: 01 Jun 2012 01:11 AM PDT DIPETIK dari blog sahabat, Sharpshooter. Beliau memaklumkan baru menerima mesej ringkas bahawa saudara Amir yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudara Amir, 38 meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah. ReJaM© "Seorang lagi sahabat menyaksikan sendiri segala kebenaran janji Allah " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan